29 July 2012

kahwin =D

Assalamualaikum :)


bertemu lagi setelah sekian lama menyepi. hihi. okay kali ni nak bincang pasal kawen lagi. suka lettew. kekeke


~Perutusan Raja Sehari~
google

kawen muda


lately ramai kawan-kawan dan bloggers yg kawen muda. kawen muda yg dimaksudkan disini adalah kawen ketika umur 20/21/22/23/24 tahun. bagi aku lah. hehe. bagus sebenarnya kawen muda ni. selain daripada mengikut syariat Islam, dapat jugak mengelakkan maksiat. 


kawan satu sekolah yg sebaya dengan aku dulu pun ada yg dah kawen. yg bakal kawen raya nanti pun ramai. yg dah bertunang pun tak terkira ramainya. eventho sepupu aku yg umur 21 tahun pun dah bertunang. bulan 12 ni kawen. bloggers pun tak kurangnya. antara boggers yg kawen muda yg aku kenal ialah Dena Bahrin, Irine Nadia, Dian Pelangi. kalau tak silap, umur mereka tak cecah 23 tahun pun lagi. ehee


yes, I do jeles dengan orang yg kawen muda ni. muahahaha. aku pun teringin sebenarnya nak kawen muda. tapi bila mengenangkan both of us tak kerja lagi, so jangan mimpi lah. nak amek duit kat mana? ahahaha. lain  lah kalau dapat bakal suami yg dah kerja. nak kawen sambil belajar pun boleh. memang lah aku duk menggedik nak kawen, tapi aku tahu nak kawen ni perlukan baaannyyyaaakk duit. so dengan aku yg baru nak abes belajar ni,dalam mimipi sajalah boleh kawen. hewheww


google

kawen ketika belajar


sebenarnya kawen ketika belajar ni lebih kurang sama je dengan kawen muda. remaja sekarang ramai yg belajar tinggi-tinggi. lepas abes degree terus sambung master. disebabkan ada yg dah masuk meminang, mereka kawen lah masa duk belajar lagi. kawen muda pulak mungkin kedua pasangan tu dah berkerja. so, tiada masalah la nak kawen kan. hehee. lagi pun tak salah sebenarnya nak kawen ketika belajar ni. ;D


ada 3 kategori dalam kawen ketika belajar ni.
1) suami sudah bekerja isteri masih belajar
2) isteri sudah bekerja suami nasih belajar
3) suami isteri masih belajar


untuk kategori 1 dan 2, kesefahaman adalah sangat penting. kategori 1, suami perlulah menyokong si isteri yg masih belajar ni. jangan bagi si isteri stress. kalau dah stress, boleh ganggu peajaran tahu? kalau nak anak sekalipun, bersabarlah. bagi peluang untuk isteri tu untuk belajar sampai abes dulu. jangan paksa-paksa isteri. tapi kalau dapat anak, rezeki Allah nak bagi la kan. :')


kategori 2, isteri jangan lah nak membandingkan taraf dengan si suami. walaupun isteri dah kerja, bagi sokongan untuk suami abes kan pelajaran tu. jangan bagi suami stress. selebih nya sama lah jugak dengan kategori 1.


kategori 3, disebabkan kedua-dua masih belajar, perlu jugak kesefahaman tu. sokong antara satu sama lain. saling tolong menolong dalam pelajaran bagi yg sama kursus. banyak cerita aku dengar, pasangan dalam kategori ni berjaya dalam pelajaran. ada tu, siap dapat anugerah naib canselor lagi. see, kawen bukan lah halangan untuk belajar!


ya, aku tak kawen lagi so tak boleh nak komen banyak. tapi, aku tulis berdasarkan pemerhatian, pengalaman kawan dan pendapat sendiri. maaf sekiranya ada yg tak berpuas hati. hehee. anyway, sebarang komen atau pandangan anda amat lah dialukan. :)




till we meet in next entry! :)