Showing posts with label Ainan Tasneem. Show all posts
Showing posts with label Ainan Tasneem. Show all posts

25 January 2012

I met Ainan Tasneem!

Assalamualaikum :)


hooyeeaaahh finally I met Ainan Tasneem live! Isnin malam yg lepas, kat Kelantan ni telah diadakan Ladies Nite sempena dengan Kelantan International Trade Exhibition (KITE). disebabkan Ainan Tasneem ada cakap kat facebook dia yg dia akan hadir untuk Ladies Nite tu, aku apatah lagi dengan bersemangat nya nak pergi ke program tu. dengan ditemani kawan dan adik nya, akhir nya aku berjaya ke program tu! dengan harapan dapat jumpa Ainan Tasneem. ohh aku minat gilaaa kat si Ainan Tasneem tu. 


aku pernah post pasal Ainan Tasneem dalam blog ni. adalah dalam 3 kali. kehkeh. lagu dia yg ketiga aritu tak sempat nak buat review. kalau nak buat sekarang, konfem korang pun dah tahu kan. ekekeke. okay, pada malam tersebut, Ainan Tasneem menyanyi 4 buah lagu iaitu Aku Suka Dia, Tak Mungkin Aku, 150 Juta dan Carta Hati.  ohh sangat seronok dapat dengar dia menyanyi secara live. kalau ikut kan hati nak je rekod, tapi pihak penganjur tak benarkan sebarang rakaman dibuat. takpe lah. tapi yang penting aku dapat bergambar dengan Ainan. hihi.


me & Ainan Tasneem

sukaaa sangaaattt. tapi sayang gambar gelap siket. terpaksa edit nak kasi nampak. hihi. nak ambil lagi sekali tapi susah sangat sebab berebut orang nak bergambar dengan dia. tapi takpe lah, yg penting dapat tangkap gambar. ada kenangan tu. hikhik. 


Ainan Tasneem dah femes sekarang. good job Ainan Tasneem! moga terus suksesss! yeaahh!


#bajet Ainan Tasneem akan baca kan. ekekeke ;p


22 September 2011

Aku Keliru - Ainan Tasneem


Assalamualaikum :)

holla. for sure korang dah dengar kan lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia. ohh sangat best lagu tu. kalau tak pernah dengar, boleh dengar kat sini. =)

and tadi saya terjumpa pulak lagu kedua dia yg bertajuk Aku Keliru. sebenarnya lagu ni kesinambungan lagu pertama tu. kalau lagu pertama tu based on apa yg perempuan rasa tapi lagu kedua ni based on lelaki tu pulak rasa. 

so apalagi, jom kita dengar. syiookkk. :) 


Flashback from the guy's view :
Ketika aku, sedang leka bermain dengan telefon bimbitku,
Aku terlihat, seseorang yang sedang memerhatikan aku,
Aku pun terkaku, Fikiranku celaru,
Aku mula keliru, kerna

Jantungku berdegup laju dan hatiku berdebar
Pabila mata nya menatap mata ku, aku keliru
Hatiku tak keruan bila mengenangkan si dia
Peluh membasahi diriku di saat dia memandang diriku
Aku pun keliru, Aku memang keliru, Aku sangat keliru

Aku tersedar, dari lamunan bila diriku dihampirinya,
Aku tersenyum, aku mengenalkan diriku kepada dirinya,
Aku pun tertanya, Adakah ini semua,
Cinta pandang pertama, kerna

Jantungku berdegup laju dan hatiku berdebar
Pabila mata nya menatap mata ku, aku keliru
Hatiku tak keruan bila mengenangkan si dia
Peluh membasahi diriku di saat dia memandang diriku
Aku pun keliru, Aku memang keliru, Aku sangat keliru

Jantungku berdegup laju dan hatiku berdebar
Pabila mata nya menatap mata ku, aku keliru
Hatiku tak keruan bila mengenangkan si dia
Peluh membasahi diriku , aku pun mula keliru

Dan tiba, tiba aku mendapat balasan nota cintanya
Aku pun membaca dan terbukti bahawa dia
Suka padaku juga, cintaku dibalasnya
Aku sangat bahagia. 3x


walaupun dengar banyak kali tak jemu kan? weeee :)
korang boleh usya dia kat sini - Ainan Tasneem Fan Page


21 August 2011

Ainan Tasneem balas komen!

Assalamualaikum :)

holla. korang ingat tak saya pernah post pasal Ainan Tasneem? kalau tak ingat, boleh tengok kat sini. hehe. lepas saya post tu, saya letak la link tu kat wall dia punya facebook fan page. and u know what? dia balas komen saya! haha. tu pun nak kecoh kan. biaww leerr. bila tengok dia balas tu, memang sangat gembira. even though she is not an artist, at least dia ingat kat peminat dia. makna nya dia tengok setiap satu komen kat wall dia. 


agak lambat update. muehehe ;p

i totally cant forget this. ngeh ngeh.


12 August 2011

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Assalamualaikum :

holla. semalam tengok video clip Cinta Muka Buku by Najwa Latif. ohh tetiba jadi suka kat lagu tu. hoho. and then ternampak satu girl ni with her own song. so dengar la. and u know what? her song sangat best oke! terus jatuh cinta kat lagu tu. tajuk lagu tu Aku Suka Dia by Ainan Tasneem. suara sedap dan dia pun sangat comelss. hihi. :)



amacam? best kan? hihi. yg ni pulak lirik nya.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...


ni lak her own fan page kat facebook -> Ainan Tasneem
ohh i adore her! =)