24 February 2014

Holiday - Melaka

Assalamualaikum!

okay kali ni nak sambung trip ke Melaka. kami bertolak dari PD dalam pukul 10 pagi lebih-lebih macam tu. sampai Melaka dalam pukul 12 tengah hari kalau tak silap. dah sampai Melaka, tempat pertama kami lawati haruslah A Famosa.


ni yg kat atas bukit tu




tak tahu kenapa setiap kali bergambar aku mesti sengetkan badan macam tu -.-




 
teruja dengan balancing bird ni. Lol

just loving this orange army wide shawl. beli kat setia city mall for only rm10! *tetiba iklan shawl hihi*


gadis dinding? keke


ni trademark kalau pergi Melaka. wajib pose kat pintu gerbang A Famosa ni hokayyy


replika istana kesultanan melaka. 


harga tiket nak masuk sini hanya rm2 seorang untuk dewasa. dalam ni ada banyak replika istana negeri dalam seluruh malaysia, contoh pakaian tradisional mengikut negeri dan macam-macam lagilah!


ni kat galeri meteor

galeri meteor ni dalam muzium ape entah lupa pulak nama nya. kat Melaka kan banyak muzium hihi. tiket masuk muzium ni hanyalah rm3 untuk dewasa.


suka dengan suasana ni~~ 

kami pergi Melaka ni hari isnin. sangat lah tak ramai orang nak jalan-jalan. sukaaa. tak payah bersesak dengan orang ramai. kalau weekend konfemmm sesakkkk dengan orang ramaiiiii.





hard rock cafe. yeyeahhhhh!


jonker street

kat jonker street ni ada banyak kedai souvenirs. yg aku perasan kebanyakan peniaga adalah kaum cina.



muzium samudera. 
tiket masuk hanya rm3 untuk dewasa.


pose atas kapal yg menampakkan menara taming sari.
kalau naik menara taming sari akan nampak lah pemandangan seluruh Melaka. 


sebenarnya banyak lagi gambar menarik tapi yg aku tunjuk ni merupakan tempat hotspot yg wajib korang kunjung kalau pergi Melaka. budget aku ke Melaka hanya dalam rm200++ camtu je. souvenir pun beli fridge magnet dan keychain je hihi.




till we meet in next entry! =)

0 pink people talk :):