14 April 2011

final exam bakal menjelma

Assalamulaikum semua! =)

waahh lama sudah blog ini tak terupdate. biasa la busy tahap perdana menteri katakan . ekekeke~
akhir nya berakhir sudah kuliah untuk sem ini. final exam pulak yang bakal menjelma. rasa takut pulak nak menghadapi final exam sem ni. banyak lagi persediaan yang diperlukan. memang betul2 merisaukan. jadual exam agak mengecewakan la siket. hehe. tapi tak boleh la melenguh kan. pasti ada hikmah nya. =)

korang2 tahu kan yang saya ni budak pure math. saya start exam 20 APRIL ni. maksud nya dah minggu depan tu! sempat ke tidak ni nak study. risau betul. ni haa jadual exam saya.
20/4 - MATHEMATICAL METHOD
22/4 - OPERATIONAL RESEARCH
24/4 - COSTING 2
29/4 - REAL ANALYSIS
4/5 - NUMERICAL ANALYSIS

memang awal lah abis. tapi suka sebab takde paper time birthday saya. sebab tahun lepas ada paper. jawab exam time birthday pelik je rase. hehe. birthday saya pada 5/5. hehe. ni saja cakap sebab nak mintak hadiah dari korang semua. hihi ;))
kepada rakan2 yang bakal menghadapi final exam, semoga berjaya saya ucapkan. semoga kite semua dapat mencapai lebih banyak kejayaan. hehe. amin. =)

ohh yaa kin nak kongsi berita gembira siket. kakak saya selepas berhempas pulas belajar medic selama 5 tahun akhir nya, Alhamdulillah, sudah berjaya menjadi seorang doktor. hehe. kepada rakan2 yang bakal doktor tu, semoga kalian semua dapat mencapai kejayaan seperti kakak saya. hehe ;)

04 April 2011

karnival mahasiswa 1 kelantan di UPM

Assalamulaikum..

kalau korang semua nak tahu, kat uitm ni ada 1 persatuan khas untuk anak2 kelantan. keahlian seramai seribu lebih. persatuan ini dinamakan HIMSAK (himpunan mahasiswa kelantan).  pada sabtu, 27 mac yg lepas, sebahagian dari ahli, termasuk lah saya, telah pergi ke upm untuk menghadiri 1 karnival seperti mana dinyata kan di atas. memang khas untuk anak2 kelantan. universiti lain yang turut serta ialah tuan rumah sendiri, UPM, UIA, UPSI, USIM, UITM, UUM. memang meriah sangat sebab ramai yang hadir. pagi tu dimeriahkan dengan sukaneka. bermacam2 sukan diadakan. saya tak join pun, tolong sokong je. hehe. petang pulak ada sesi penyampaian hadiah dan sedikit soal jawab. ni ada sedikit gambar yang sempat di snap buat tatapan kalian semua. hehe :)

sebelum bertolak ke upm. sambil tunggu bas snap gambar dulu.. ;)


saya dan kawan2 rapat yang turut serta.. :)


bersama pelakon, Syed Aiman. dia sebagai duta HIMSAK. ^__^


selepas sukaneka. memang teramat panas. terpaksa tutup muka camtu. sampai ada yang tanya saya ni student uia ke sebab pakai camtu. ekekeke ;p


di banner program sebagai tanda kenangan selepas program tamat.
sempat lagi tu tukar baju. hihik ;)

kiteorang memang tersangat2 happy. dan presiden HIMSAK cakap program macam ni mungkin akan di buat annually. hooyeaahhh.. =)