Assalamualaikum :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua yg membaca entri ini. arini dah raya ke 6 tapi baru nak update. maklum lah, beraya sakan. bila update, harus lah mahu berkongsi cerita dan gambar. heee ;)
raya ke 2 idham(adik), kin(saya), hidaa(kakak), mieha(adik), azim(adik) |
bergambar ketika mahu pulang ke kampung untuk kali ke 2. raya pertama takde gambar official sebab busy sangat beraya, sampai tak sempat nak bergambar. kehkeh
raya ke 2 cikgu zalehan, kin, hidaa |
pergi beraya rumah kawan kakak, terjumpa dengan cikgu matematik sekolah rendah dulu. rupa nya kawan kakak tu adik cikgu. kecik betul dunia ni. terjumpa jugak dengan anak lelaki cikgu yg satu kelas dulu. tapi dia lagi comel masa kecik dulu. ops tergatal pulak. kihkih. amek gambar guna bb. tu yg tak cantik. hahar
raya ke 3 |
raya ke 3 family day belah abah |
raya ke 3 ada family day 3 keturunan keluarga belah abah. diadakan 2 tahun sekali. tahun ni kali ke 2, seramai 200+ yg hadir. masa pertama kali diadakan, seramai 502 yg hadir, sampai masuk kosmo dan sinar harian. :)
raya ke 4 saya, aida, shafa, azam, baz, nik, fatin |
ni semua classmates kat uitm shah alam. shafa tu orang selangor. kampung dia kat kelantan. so, dikesempatan dia balik beraya kat sini, kami beraya la ramai. maklum la, sem depan kami dah tak jumpa sebab pektikal kat tempat berlainan. lokasi sini ialah rumah aku. guna bb lagi sebab tu gambar tak cantik. kehkeh.
raya ke 4 |
selepas rumah aku, kami semua ke rumah fatin pula. fatin ni orang terengganu. kebetulan dia balik beraya di kelantan, kami pun ambil kesempatan jugak beraya kat rumah dia. yg lain-lain tu dah memang orang kelantan. hehe
raya ke 4 fikri, akram, fatin, saya, fazlin, zulhilmi |
ni rumah fatin jugak. mereka semua ni kawan sekolah menengah dulu. memang lama lah tak jumpa. untung jugak pergi rumah fatin, dapat jumpa dorang. kehkeh.
raya ke 5 |
sebelum bertolak ke kampung abah untuk makan capati. ni azim yg amek gambar. guna iphong kakak. tak tahu lah kenapa muka aku macam tu. -_-
baju raya sepasang je tahun ni iaitu putih dan tudung pulak yg 3 layer tu. dah namanya tudung raya harus lah pakai setiap kali pergi beraya walaupun hari-hari. kahkah. =.='
until we meet in next entry. =)