16 June 2014

kesan pakai kanta lekap (contact lens)

Assalamualaikum =)


dulu dah pernah tulis pasal benda ni. boleh tengok kat kesan pakai kanta lekap. kesan tu betul-betul terjadi kat diri sendiri. dah kena tu serik la kejap nak pakai contact lens. kejap je lah. lepas sebulan pakai balik. =p


bukan apa, power mata aku tinggi dan tak balance. so lagi prefer pakai contact lens. even optometrist pun cakap macam tu. bila power tinggi dan tak balance, tak selesa pakai spek. bila mengadap laptop pun rasa pening-pening bila pakai spek. 


aku mula pakai contact lens pada 2007 iaitu masa form 5. tu pun dah nak akhir tahun dah. once dah start pakai contact lens memang akan addicted. rasa macam mata dikembalikan dan dah tak nampak frame spek kat mata. kahkah. kiranya sampai sekarang dah 7 tahun pakai contact lens. pakai la jugak spek tu tapi jarang-jarang la.


setiap kali pergi kelas memang akan pakai contact lens. aku ada silau tapi contact lens yg aku beli takde silau. cuti sem jela jarang pakai contact lens sebab most of the time ada kat rumah je and pakai spek je. tapi lately sejak aku sambung belajar lagi, masa memang banyak abis buat assignment, thesis. bila buat kerja-kerja ni aku suka buat kat fakulti dan yes sememangnya aku akan pakai contact lens. lagi selesa nak mengadap laptop. bila aku pakai contact lens, aku akan pakai dari pagi sampai petang dan kadang-kadang sampai malam. betapa buruknya perangai aku tak reti jaga mata. hahaha


2 minggu lepas aku jadi patient kepada student optometry yg sedang buat final project. dia ni suami kepada classmate aku. betapa Allah swt nak bagi petunjuk kat aku. dia check mata aku guna 1 machine yg canggih sort of untuk x-ray mata yg aku teruja gila bila tengok. keke. dah siap semua tu dia citer la, disebabkan aku ni suka pakai contact lens dalam tempoh masa yg lama, ada salur darah yg dah masuk kat mata hitam kiri aku. no wonder la sebelum ni pernah rasa macam ada benda yg  duk cucuk-cucuk mata kiri. and guess what, kesan bila ada salur darah masuk mata hitam and kalau aku keep pakai contact lens, lama-lama akan buta. yes buta. memang aku terkejut gilaaa bila dengar. 




macam ni la kes aku.


so dia nasihat kan untuk stop dulu pakai contact lens buat sementara waktu. bila pakai contact lens, oxygen tak masuk dalam mata hitam. yes mata kita pun perlukan oxygen. mana tak nya, aku pakai contact lens dari pagi sampai petang -- oxygen dah tak masuk mata. bila tidur waktu malam -- oxygen pun dah tak masuk mata. ramai orang tak tahu kesan pakai contact lens yg macam kes aku. even aku pun baru tahu.


kebanyakan kita semua ni beli contact lens yg salah. mata ada silau tapi tak beli contact lens yg ada silau. sebelum beli contact lens perlu buat fitting dulu untuk contact lens sebenarnya ya adik kakak. aku pun baru tahu. kalau nak tahu lebih lanjut, sebelum beli contact lens tu tanya dulu optometrist apa ciri-ciri contact lens yg sesuai dengan mata kita. kalau nak pakai contact lens tu, tolong la jaga cara-cara penggunaan dan pemakaian. untuk tips, boleh tengok kat sini.


sekarang ni aku dah back to basic -- pakai spek kemana saja pergi. really need to cure my eyes. at least perlu hilangkan salur darah dalam mata hitam walaupun power ni tak nak turun. Lol. spek pun dah buat yg baru which is yg ke 6 sejak mata ni rabun. masa buat spek tu, optometrist suggest kan tambah blue control kat lens iaitu dapat kurang kan kepenatan mata bila mengadap laptop. nanti next entry aku share pasal ni.  




ni la spek aku yg ada blue control


boleh nampak kebiruan tuu


bila pakai pun akan nampak.
ni masa pergi teluk intan. akan dishare in next entry =p



so adik kakak abang semua, jaga lah mata ni dengan baik. sesungguhnya mata ni adalah anugerah yg terindah. sedih bukan jika kita tak dapat melihat disebabkan kealpaan kita sendiri.


till we meet in next entry! =)

03 March 2014

Broga Hill

Assalamualaikum! =)


Broga Hill. atau nama melayu nya Bukit Broga. terletak di Semenyih, Selangor. first time ke sana! hehe. aku pergi berdua dengan kawan aku, kak nurul. kami pergi ari jumaat. sebab kalau pegi weekend, memang lah tersangat ramai. nanti traffic jam nak daki bukit. ni based on aku buat research dekat blog-blog sebelum pergi sana.


kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 4.20 pagi. kekonon nak tengok sunrise la kennn. kehkeh. sampai sana dalam jam 5.45 pagi. kami guna Lebuhraya Damansara - Puchong. guna google maps sudahhh. kemudahan adakan. heee. sebelum tu, kami solat subuh dulu kat petronas sebelum lorong masuk untuk ke Broga Hill. pada pendapat aku, better solat kat sini je. tempat yg kita yakin kiblatnya. tapi kalau korang nak solat kat puncak boleh, tapi kena reti guna kompas lah nak tahu kiblat. mueheee. 


kami mula mendaki dalam 6.45 pagi. peralatan yg kami bawa hanya lah lampu picit. sebab keadaan yg gelap masa nak mendaki tu. jangan risau, dah ada trek untuk mendaki. just follow the track. amek masa 45 minit jugak lah naik puncak tu. dalam 7.30 pagi sampai puncak. terlepas sunrise. ngeee


Broga Hill ni ada 4 puncak. nak naik puncak 1 tu sangat lah mencabar. agak licin la sebab ada pasir. macam merangkak nak naik tu. fuhh


inilah trek nak naik puncak 1. mencabarrrr



yeayy dah sampai! Subhanallah cantik sungguh pemandangan



pemandangan dari puncak 1



wajib  bergambar atas batu bila kat atas tu



puncak 1 lagi



puncak 1 lagii



i can touch the sun! lulz



selfie with the sun



broga hill the bessttt



trek untuk ke puncak ke 2



nak ke puncak 2



pemandangan dari puncak 2



di puncak 2 lagi



buat aksi macam model sket. wakaka



i can see the world!






angin yg sejuk walaupun matahari dah naik


kami kat atas sana dekat 2 jam jugak lah. menikmati sarapan pagi. kehkeh. menikmati pemandangan cantik. menikmati udara yg sejuk. sungguh menyeronokkan. tapi nak turun tu lagi mencabar sebenarnya. sebab pasir-pasir tu lah. licin. memang konfem la kotor seluar. pakai track suit je ye. tak payah pakai jeans. nanti boleh bayangkan jeans korang kotor waktu turun tu. mueheee



till we meet in next entry! =)

24 February 2014

Holiday - Melaka

Assalamualaikum!

okay kali ni nak sambung trip ke Melaka. kami bertolak dari PD dalam pukul 10 pagi lebih-lebih macam tu. sampai Melaka dalam pukul 12 tengah hari kalau tak silap. dah sampai Melaka, tempat pertama kami lawati haruslah A Famosa.


ni yg kat atas bukit tu




tak tahu kenapa setiap kali bergambar aku mesti sengetkan badan macam tu -.-




 
teruja dengan balancing bird ni. Lol

just loving this orange army wide shawl. beli kat setia city mall for only rm10! *tetiba iklan shawl hihi*


gadis dinding? keke


ni trademark kalau pergi Melaka. wajib pose kat pintu gerbang A Famosa ni hokayyy


replika istana kesultanan melaka. 


harga tiket nak masuk sini hanya rm2 seorang untuk dewasa. dalam ni ada banyak replika istana negeri dalam seluruh malaysia, contoh pakaian tradisional mengikut negeri dan macam-macam lagilah!


ni kat galeri meteor

galeri meteor ni dalam muzium ape entah lupa pulak nama nya. kat Melaka kan banyak muzium hihi. tiket masuk muzium ni hanyalah rm3 untuk dewasa.


suka dengan suasana ni~~ 

kami pergi Melaka ni hari isnin. sangat lah tak ramai orang nak jalan-jalan. sukaaa. tak payah bersesak dengan orang ramai. kalau weekend konfemmm sesakkkk dengan orang ramaiiiii.





hard rock cafe. yeyeahhhhh!


jonker street

kat jonker street ni ada banyak kedai souvenirs. yg aku perasan kebanyakan peniaga adalah kaum cina.



muzium samudera. 
tiket masuk hanya rm3 untuk dewasa.


pose atas kapal yg menampakkan menara taming sari.
kalau naik menara taming sari akan nampak lah pemandangan seluruh Melaka. 


sebenarnya banyak lagi gambar menarik tapi yg aku tunjuk ni merupakan tempat hotspot yg wajib korang kunjung kalau pergi Melaka. budget aku ke Melaka hanya dalam rm200++ camtu je. souvenir pun beli fridge magnet dan keychain je hihi.




till we meet in next entry! =)

Holiday - Port Dickson

Assalamulaikum!

okay kali ni nak citer pasal trip ke Melaka. tapi plan nak bermalam di Port Dickson. aku pergi dengan 4 orang lagi kawan merangkap classmates dengan 1 kereta. kiranya ni last trip sebelum kiteorang berpisah. kami bertolak dari shah alam lebih kurang dalam pukul 3 petang hari ahad. sampai PD dalam pukul 5 lebih.

sesampainya kami disana terus pusing-pusing kawasan pantai kat area PD ni. pelbagai nama pantai kat sini. tapi yg paling famous ialah Pantai Teluk Kemang. kat sini sangat lah ramai dan banyak aktiviti. selain orang ramai mandi-manda, ada jugak permainan banana boat.

disebabkan orang terlalu ramai kami decide nak pergi pantai yg kurang siket orang. baru lah best nak main-main air. haha


ni pantai Saujana (kalau tak silap sbb dah lupa. ;p)
 kat sini kurang siket orang. tapi permainan banana boat ada jugak.
me in my fevret tudung aidijuma


selfie! HAHA


selfie lagi! 
from left - kak nurul, pija, kak tuan nurul, dila, me


watching sunset




lepas tengok sunset tu terus ronda bandar PD sebab nak cari hotel nak bermalam. kiteorang memang pergi tanpa book hotel dulu. lepas ronda-ronda so jumpa la hotel murah. rm 100 je untuk 1 malam. dalam bilik tu ada 1 katil queen, 1 katil single, 2 bilik air dan 1 tv kecik. berbaloi. muat untuk kami 5 orang.

esok nya kami bertolak ke Melaka pulak. yehuu. 


ni masa on the way ke Melaka. singgah amek gambar je kat Tanjung Tuan.


Holiday - Pulau Pinang
Holiday - Melaka


till we meet in next entry! =)

13 February 2014

Holiday - Pulau Pinang

Assalamualaikum!

wow its been 3 months since my last entry. entry ni dan next entry nak share aku dan kawan-kawan sekelas pergi melancong (la sangat) sepanjang setahun kami kenal. okay untuk entry ini nak share pasal Penang. sebenarnya pergi Penang sebab ada interview untuk cikgu mrsm. memandang kan ni kali kedua aku sampai ke Penang dan alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. bila dah abis interview around 5pm, terus pergi bersiar-siar kat Bukit Bendera.


first time lalu Penang Bridge. eksaited amek gambar bridge. HAHA


*gambar bridge lagi*


*gambar bridge lagi. nampak tak betapa jakun nya aku*


yihaa dah sampai


semangat pergi Bukit Bendera dengan berbaju kurung. baru lah perempuan melayu terakhir kan. 
gituuuu. wakaka


me and Kak Nurul
Kak Nurul pun interview jugak tapi dia keesokan hari nya.


me and dila
kebetulan pulak si Dila ni rumah dia kat Penang, so kami tumpang dia je.


sebelum naik cabel car. harga tiket hanya lah RM4 selepas guna kad pelajar.


pemandangan dari dalam cabel car. 


finally! puncak Bukit Bendera. nampak seluruh Penang uollss!


kalau macam ni dikira selfie tak? LOL


yes i have been to Penang!


teruja gila dapat sampai ke puncak Bukit Bendera. pengalaman once in a lifetime. cewah. =p
dan aku pun tak tahu kenapa setiap kali bergambar kaki aku mesti macam tu. =.=


cukup untuk Penang. sebab pergi Bukit Bendera je. masa tak mengizinkan. okay next entry citer pasal Port Dickson dan Melaka pulak. Yeay!


till we meet in next entry! =)