24 February 2014

Holiday - Melaka

Assalamualaikum!

okay kali ni nak sambung trip ke Melaka. kami bertolak dari PD dalam pukul 10 pagi lebih-lebih macam tu. sampai Melaka dalam pukul 12 tengah hari kalau tak silap. dah sampai Melaka, tempat pertama kami lawati haruslah A Famosa.


ni yg kat atas bukit tu




tak tahu kenapa setiap kali bergambar aku mesti sengetkan badan macam tu -.-




 
teruja dengan balancing bird ni. Lol

just loving this orange army wide shawl. beli kat setia city mall for only rm10! *tetiba iklan shawl hihi*


gadis dinding? keke


ni trademark kalau pergi Melaka. wajib pose kat pintu gerbang A Famosa ni hokayyy


replika istana kesultanan melaka. 


harga tiket nak masuk sini hanya rm2 seorang untuk dewasa. dalam ni ada banyak replika istana negeri dalam seluruh malaysia, contoh pakaian tradisional mengikut negeri dan macam-macam lagilah!


ni kat galeri meteor

galeri meteor ni dalam muzium ape entah lupa pulak nama nya. kat Melaka kan banyak muzium hihi. tiket masuk muzium ni hanyalah rm3 untuk dewasa.


suka dengan suasana ni~~ 

kami pergi Melaka ni hari isnin. sangat lah tak ramai orang nak jalan-jalan. sukaaa. tak payah bersesak dengan orang ramai. kalau weekend konfemmm sesakkkk dengan orang ramaiiiii.





hard rock cafe. yeyeahhhhh!


jonker street

kat jonker street ni ada banyak kedai souvenirs. yg aku perasan kebanyakan peniaga adalah kaum cina.



muzium samudera. 
tiket masuk hanya rm3 untuk dewasa.


pose atas kapal yg menampakkan menara taming sari.
kalau naik menara taming sari akan nampak lah pemandangan seluruh Melaka. 


sebenarnya banyak lagi gambar menarik tapi yg aku tunjuk ni merupakan tempat hotspot yg wajib korang kunjung kalau pergi Melaka. budget aku ke Melaka hanya dalam rm200++ camtu je. souvenir pun beli fridge magnet dan keychain je hihi.




till we meet in next entry! =)

Holiday - Port Dickson

Assalamulaikum!

okay kali ni nak citer pasal trip ke Melaka. tapi plan nak bermalam di Port Dickson. aku pergi dengan 4 orang lagi kawan merangkap classmates dengan 1 kereta. kiranya ni last trip sebelum kiteorang berpisah. kami bertolak dari shah alam lebih kurang dalam pukul 3 petang hari ahad. sampai PD dalam pukul 5 lebih.

sesampainya kami disana terus pusing-pusing kawasan pantai kat area PD ni. pelbagai nama pantai kat sini. tapi yg paling famous ialah Pantai Teluk Kemang. kat sini sangat lah ramai dan banyak aktiviti. selain orang ramai mandi-manda, ada jugak permainan banana boat.

disebabkan orang terlalu ramai kami decide nak pergi pantai yg kurang siket orang. baru lah best nak main-main air. haha


ni pantai Saujana (kalau tak silap sbb dah lupa. ;p)
 kat sini kurang siket orang. tapi permainan banana boat ada jugak.
me in my fevret tudung aidijuma


selfie! HAHA


selfie lagi! 
from left - kak nurul, pija, kak tuan nurul, dila, me


watching sunset




lepas tengok sunset tu terus ronda bandar PD sebab nak cari hotel nak bermalam. kiteorang memang pergi tanpa book hotel dulu. lepas ronda-ronda so jumpa la hotel murah. rm 100 je untuk 1 malam. dalam bilik tu ada 1 katil queen, 1 katil single, 2 bilik air dan 1 tv kecik. berbaloi. muat untuk kami 5 orang.

esok nya kami bertolak ke Melaka pulak. yehuu. 


ni masa on the way ke Melaka. singgah amek gambar je kat Tanjung Tuan.


Holiday - Pulau Pinang
Holiday - Melaka


till we meet in next entry! =)

13 February 2014

Holiday - Pulau Pinang

Assalamualaikum!

wow its been 3 months since my last entry. entry ni dan next entry nak share aku dan kawan-kawan sekelas pergi melancong (la sangat) sepanjang setahun kami kenal. okay untuk entry ini nak share pasal Penang. sebenarnya pergi Penang sebab ada interview untuk cikgu mrsm. memandang kan ni kali kedua aku sampai ke Penang dan alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. bila dah abis interview around 5pm, terus pergi bersiar-siar kat Bukit Bendera.


first time lalu Penang Bridge. eksaited amek gambar bridge. HAHA


*gambar bridge lagi*


*gambar bridge lagi. nampak tak betapa jakun nya aku*


yihaa dah sampai


semangat pergi Bukit Bendera dengan berbaju kurung. baru lah perempuan melayu terakhir kan. 
gituuuu. wakaka


me and Kak Nurul
Kak Nurul pun interview jugak tapi dia keesokan hari nya.


me and dila
kebetulan pulak si Dila ni rumah dia kat Penang, so kami tumpang dia je.


sebelum naik cabel car. harga tiket hanya lah RM4 selepas guna kad pelajar.


pemandangan dari dalam cabel car. 


finally! puncak Bukit Bendera. nampak seluruh Penang uollss!


kalau macam ni dikira selfie tak? LOL


yes i have been to Penang!


teruja gila dapat sampai ke puncak Bukit Bendera. pengalaman once in a lifetime. cewah. =p
dan aku pun tak tahu kenapa setiap kali bergambar kaki aku mesti macam tu. =.=


cukup untuk Penang. sebab pergi Bukit Bendera je. masa tak mengizinkan. okay next entry citer pasal Port Dickson dan Melaka pulak. Yeay!


till we meet in next entry! =)