03 March 2014

Broga Hill

Assalamualaikum! =)


Broga Hill. atau nama melayu nya Bukit Broga. terletak di Semenyih, Selangor. first time ke sana! hehe. aku pergi berdua dengan kawan aku, kak nurul. kami pergi ari jumaat. sebab kalau pegi weekend, memang lah tersangat ramai. nanti traffic jam nak daki bukit. ni based on aku buat research dekat blog-blog sebelum pergi sana.


kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 4.20 pagi. kekonon nak tengok sunrise la kennn. kehkeh. sampai sana dalam jam 5.45 pagi. kami guna Lebuhraya Damansara - Puchong. guna google maps sudahhh. kemudahan adakan. heee. sebelum tu, kami solat subuh dulu kat petronas sebelum lorong masuk untuk ke Broga Hill. pada pendapat aku, better solat kat sini je. tempat yg kita yakin kiblatnya. tapi kalau korang nak solat kat puncak boleh, tapi kena reti guna kompas lah nak tahu kiblat. mueheee. 


kami mula mendaki dalam 6.45 pagi. peralatan yg kami bawa hanya lah lampu picit. sebab keadaan yg gelap masa nak mendaki tu. jangan risau, dah ada trek untuk mendaki. just follow the track. amek masa 45 minit jugak lah naik puncak tu. dalam 7.30 pagi sampai puncak. terlepas sunrise. ngeee


Broga Hill ni ada 4 puncak. nak naik puncak 1 tu sangat lah mencabar. agak licin la sebab ada pasir. macam merangkak nak naik tu. fuhh


inilah trek nak naik puncak 1. mencabarrrr



yeayy dah sampai! Subhanallah cantik sungguh pemandangan



pemandangan dari puncak 1



wajib  bergambar atas batu bila kat atas tu



puncak 1 lagi



puncak 1 lagii



i can touch the sun! lulz



selfie with the sun



broga hill the bessttt



trek untuk ke puncak ke 2



nak ke puncak 2



pemandangan dari puncak 2



di puncak 2 lagi



buat aksi macam model sket. wakaka



i can see the world!






angin yg sejuk walaupun matahari dah naik


kami kat atas sana dekat 2 jam jugak lah. menikmati sarapan pagi. kehkeh. menikmati pemandangan cantik. menikmati udara yg sejuk. sungguh menyeronokkan. tapi nak turun tu lagi mencabar sebenarnya. sebab pasir-pasir tu lah. licin. memang konfem la kotor seluar. pakai track suit je ye. tak payah pakai jeans. nanti boleh bayangkan jeans korang kotor waktu turun tu. mueheee



till we meet in next entry! =)