Assalamualaikum :)
pada 10/9 yg lepas, aku telah berjaya melaporkan diri sebagai pelajar praktikal di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). hari pertama, lebih tepat lagi minggu pertama, tak banyak sangat kerja yg dibuat. kerja utama adalah merenung dan tengok tv. HAHA. aku ditempatkan di Pengurusan Kemanusiaan. atau lebih spesifik lagi ialah dibawah unit Hal Ehwal Murid (HEM). dibawah unit ni, aku bekerja dibawah bos-bos. makna nya, aku seorang la staf biasa. what-to-do. hihi
bila dikatakan PPD, mesti la berkait dengan sekolah kan. so dah boleh agak la apa kerja aku. macam yg biasa kita dengar, pelajar praktikal disuruh fotostat, call, fax. and yes. itu lah yg aku buat. kena fotostat surat untuk sekolah, kena fax surat untuk sekolah, kena call sekolah. eventho tak berkait langsung dengan bidang belajar aku, yg penting dapat pengalaman kerja. lecturer pun ada cakap, yg penting pengalaman kerja. so bila interview kerja nanti boleh la cerita pengalaman tu. walaupun siket, pun boleh.
sudah masuk minggu ke 4 aku praktikal. maka nya tinggal lagi 10 minggu. sejak aku berpraktikal ni, PPD ada buat 2 event. 1 under PPD sendiri iaitu Jamuan Hari Raya pada 18/9. 1 lagi under unit HEM iaitu Kem Gaya Hidup Sihat bersama pelajar tingkatan 4 di Bukit Keluang, Terengganu pada 25/9-27/9. :)
jamuan hari raya. tema merah youuu |
the one and only budak praktikal bersama umur 20. okay matang gilaaaa |
bukit keluang! wehuuu |
bersama kumpulan Gaya Kami Hidup Sihat kumpulan ni sangat sportinggg |
bersama kumpulan 3S mereka sangat happening! |
sepatut nya hari ini ikut bos ke Kuala Terengganu. tapi tak dapat ikut last minit sebab ada perkara tak dapat dielakkan. tapi takpe. dapat pergi ke Bukit Keluang pun dah cukup seronok. budak-budak tu siap ajak pergi reunion lagi. kikiki
itu lah serba sedikit yg dapat diceritakan sejak berpraktikal ni.
until we meet in next entry! =)