01 June 2013

my super duper busy life

Assalamualaikum :)


pheww no update for a month! hahaha. what a hectic life since i further my study. Alhamdulillah degree dah abes dan sekarang sedang sambung master. wuwu. terpaksa sambung belajar sebab tak dapat kerja lagi. susah betul aku nak dapat tawaran kerja. tengok kawan-kawan senang nya dapat interview. aku ni apatah lagi kerja, interview pun tak pernah dapat. hukhuk. takpe, lain orang lain rezeki kannn. :')


sekarang dah bulan jun. mei dah berlalu. banyak betul perkara yg berlaku di bulan mei. 5 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran aku. aku genap 23 tahun. Alhamdulillah masih diberi pelang untuk terus hidup. dan pada 5 mei jugak lah kejadian yg betul-betul membuat kami sekeluarga sedih. adik bongsuku yg tercinta telah kembali ke rahmatullah pada malam tersebut. ternyata Allah swt lebih sayangkan beliau. arwah berumur 14 tahun merupakan kanak-kanak isitimewa iaitu down syndrome. sudah pasti syurga tempat buat adikku. sungguh aku rindu padanya. AlFatihah


dan pada 21 mei merupakan hari jubah aku. sungguh teruja sebab first time konvo. kehkeh. tapi tak semua family datang sebab masih bersedih dengan pemergian adik bongsuku. takpe, nanti konvo master semua kena datang. hehe



banyak gila dapat bunga.excited gilaaa. HAHA


siap dapat kek SR chocolate indulgence lagi sebijik. hahaha kemainnn.


okay got to go. esaimen berlambak-lambak tak siap lagi. since course aku takde final exam, harus mesti wajib fokus pada esaimensss and testssss.  semoga aku dapat habis kan master ni dalam setahun. inshaAllah. Amin.


till we meet in next entry =)



1 pink people talk :):

tenku butang said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. heee..

hai.. salam kenal,
follower no.391
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog