Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

01 June 2013

my super duper busy life

Assalamualaikum :)


pheww no update for a month! hahaha. what a hectic life since i further my study. Alhamdulillah degree dah abes dan sekarang sedang sambung master. wuwu. terpaksa sambung belajar sebab tak dapat kerja lagi. susah betul aku nak dapat tawaran kerja. tengok kawan-kawan senang nya dapat interview. aku ni apatah lagi kerja, interview pun tak pernah dapat. hukhuk. takpe, lain orang lain rezeki kannn. :')


sekarang dah bulan jun. mei dah berlalu. banyak betul perkara yg berlaku di bulan mei. 5 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran aku. aku genap 23 tahun. Alhamdulillah masih diberi pelang untuk terus hidup. dan pada 5 mei jugak lah kejadian yg betul-betul membuat kami sekeluarga sedih. adik bongsuku yg tercinta telah kembali ke rahmatullah pada malam tersebut. ternyata Allah swt lebih sayangkan beliau. arwah berumur 14 tahun merupakan kanak-kanak isitimewa iaitu down syndrome. sudah pasti syurga tempat buat adikku. sungguh aku rindu padanya. AlFatihah


dan pada 21 mei merupakan hari jubah aku. sungguh teruja sebab first time konvo. kehkeh. tapi tak semua family datang sebab masih bersedih dengan pemergian adik bongsuku. takpe, nanti konvo master semua kena datang. hehe



banyak gila dapat bunga.excited gilaaa. HAHA


siap dapat kek SR chocolate indulgence lagi sebijik. hahaha kemainnn.


okay got to go. esaimen berlambak-lambak tak siap lagi. since course aku takde final exam, harus mesti wajib fokus pada esaimensss and testssss.  semoga aku dapat habis kan master ni dalam setahun. inshaAllah. Amin.


till we meet in next entry =)



24 August 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum  :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua yg membaca entri ini.  arini dah raya ke 6 tapi baru nak update.  maklum lah, beraya sakan.  bila update, harus lah mahu berkongsi cerita dan gambar. heee ;)


raya ke 2
idham(adik), kin(saya), hidaa(kakak), mieha(adik), azim(adik)

bergambar ketika mahu pulang ke kampung untuk kali ke 2. raya pertama takde gambar official sebab busy sangat beraya, sampai tak sempat nak bergambar. kehkeh


raya ke 2
cikgu zalehan, kin, hidaa

pergi beraya rumah kawan kakak, terjumpa dengan cikgu matematik sekolah rendah dulu. rupa nya kawan kakak tu adik cikgu. kecik betul dunia ni. terjumpa jugak dengan anak lelaki cikgu yg satu kelas dulu. tapi dia lagi comel masa kecik dulu. ops tergatal pulak. kihkih. amek gambar guna bb. tu yg tak cantik. hahar


raya ke 3


raya ke 3
family day belah abah

raya ke 3 ada family day 3 keturunan keluarga belah abah. diadakan 2 tahun sekali. tahun ni kali ke 2, seramai 200+ yg hadir. masa pertama kali diadakan, seramai 502 yg hadir, sampai masuk kosmo dan sinar harian. :)


raya ke 4
saya, aida, shafa, azam, baz, nik, fatin

ni semua classmates kat uitm shah alam. shafa tu orang selangor. kampung dia kat kelantan. so, dikesempatan dia balik beraya kat sini, kami beraya la ramai. maklum la, sem depan kami dah tak jumpa sebab pektikal kat tempat berlainan. lokasi sini ialah rumah aku. guna bb lagi sebab tu gambar tak cantik. kehkeh.


raya ke 4

selepas rumah aku, kami semua ke rumah fatin pula. fatin ni orang terengganu. kebetulan dia balik beraya di kelantan, kami pun ambil kesempatan jugak beraya kat rumah dia. yg lain-lain tu dah memang orang kelantan. hehe



raya ke 4
fikri, akram, fatin, saya, fazlin, zulhilmi

ni rumah fatin jugak. mereka semua ni kawan sekolah menengah dulu. memang lama lah tak jumpa. untung jugak pergi rumah fatin, dapat jumpa dorang. kehkeh.



raya ke 5

sebelum bertolak ke kampung abah untuk makan capati. ni azim yg amek gambar. guna iphong kakak. tak tahu lah kenapa muka aku macam tu. -_-


baju raya sepasang je tahun ni iaitu putih dan tudung pulak yg 3 layer tu. dah namanya tudung raya harus lah pakai setiap kali pergi beraya walaupun hari-hari. kahkah. =.='


until we meet in next entry. =)

14 November 2011

Pertunangan Dr. H

Assalamualaikum =)

selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua. maaf terlambat. tak sempat nak wish awal-awal. eheee

berbanyak terima kasih diucapkan kepada followers yg sudi follow blog ni walaupun hampir 2 minggu tak ter-update. tak sempat larhhhh. anyway, ada satu tugas untuk korang nanti. nanti kan yee. heee ;) *bajet korang baca je entry ni. muahaaa*

okay, start to main point. pada hari yg ke-2 yg lepas, kakak saya dah pun bertunang. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. pihak lelaki datang 10 buah kereta tu. sangat ramai. penuh satu rumah. :D

ohh sangat jeless dengan dia. bila la pulak turn saya. muahaha. *gatal jap*. 



nak tengok lebih banyak gambar? jom tengok kat blog dia, boleh klik kat entry ini, kisah klasik aku & dia ; Engaged. terima kasih. =D


28 September 2011

konvokesyen :)

Assalamualaikum :)

holla. sorry for da late update. bila dah start sem baru macam ni lah, blog akan terabai. wuwuwu. never mind. 

okay, last Saturday, 24/9/2011 saya dan famili pergi ke konvokesyen kakak saya kat UKM. konvo tu merupakan sidang satu iaitu hari pertama konvo tu bermula. biasa nya untuk setiap universiti, Fakulti Perubatan merupakan fakulti pertama yg memulakan sesi konvo. pagi tu saya dapat tengok upacara perasmian yg dihadiri oleh Canselor UKM iaitu Yang Di-Pertua Negeri Sembilan. so memang untung lah alumni-alumni Fakulti Perubatan sebab dapat ambil skrol atas stage daripada Canselor. :)


me :)
nak jugak kan 

kakak saya,
DR NOR HIDAYAH :)

maaf lah tak banyak gambar. sebab ni gambar dari fon saya. lain-lain gambar kat kamera kakak saya. tapi, korang still boleh tengok gambar-gambar tu taw. heee. korang boleh tengok kat blog kakak saya di entry ini, Convocation Day. =)



24 July 2011

buah hati ku - anak saudara

Assalamualaikum!

holla. walawey. seminggu kot tak update blog. biasa lah, bila dah menjadi baby sitter ni agak busy jadi nya. takpe yg penting berbayar. hoho. yes it means that i work with my sister. sekarang ni saya dah ada 3 orang anak buah. kesemuanya adalah anak kak long. sekarang ni kak long saya sedang berpantang selepas kelahiran anak ketiga yg baru berusia 17 hari. selamat dilahirkan pada pagi Jumaat 8/7/2011.  nak kenal anak buah saya? semuanya lelaki taw. dah cukup 3 orang lelaki, nanti boleh la buat team sepak takraw. ngeh3. mengarut betul cik kin ni. fyi, my nephew panggil i cik kin. heeee

wan adam rizqie
2007

wan ammar rizqie
2009

wan ar razeen rizqie
2011

versatile tu nama. semua nya ada rizqie kat blakang. tak tahu bila lak nak dapat niece pulak. ekceli tak sabar nak shopim baju girl. semua nya cute2. ohh!