Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

10 June 2011

Sinopsis Samarinda - ANNISSA

Assalamualaikum.

*gambar dari cik google*

ecece nak buat sinopsis citer la pulak kan. ki3. korang tgk tak citer ANNISSA yg sedang hangat di tayang kan kat TV3 tu? best jugak kan citer tu. ok ni sinopsis utk korang semua. ye la, tak nak kasi suspen kann. hehee

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yg sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej, membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. mereka berjanji utk bersikap jujur antara satu sama lain, namun keakraban mereka mula goyah apabila syak wasangka bersemi dlm hubungan tersebut. memasuki tahun ke-5, Annissa Corporation mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. namun, kehidupan peribadi mula tercalar.
Anna(Fiza Elite) mengesyaki suaminya Farid(Zamarul Hisyam) sudah kahwin lain. wlpn Farid menafikannya, Anna tetap cuba siasat siapakah isteri ke-2 tu. Balkis(Rozita Che Wan) ialah sahabat yg paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. namun, Balkis telah khinati Anna dgn kahwin dgn Farid secara senyap2. mereka pandai simpan rahsia dan jadikan Kamal(Eizlan Yusof) sbg kekasih Balkis. Kamal tinggalkan Balkis apabila Balkis memintanya berpura2 jadi suaminya slps mengandung. maka, Balkis upah Imran menyamar sbg suami.
Sara(Aida Aris) ambil keputusan utk tarik diri drpd Annissa Corporation dan jauhkan diri drpd kwn2 nya slps disahkan hidap barah peringkat ke-3. sikap Sara yg banyak berahsia mula timbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila(Faradhiya) turut memusuhi Sara kerana bersimpati dgn Anna. apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna sedar dirinya telah mempersalahkan Sara selama ini. wlpn akhirnya Shila dapat hidu hubungan sebenar Balkis dgn Farid, dia tak sanggup beritahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. 

Bagaimana Anna berdepan dgn pengkhianatan sahabat karib yg ibarat adik-beradik kpd nya? jangan lupa utk menonton citer ni pada setiap hari Selasa-Khamis, jam 10.30 mlm hanya di TV3. ^__^

*dipetik dari Berita Harian*


07 June 2011

LAGU TEMA NORA ELENA

Assalamualaikum :)

olla korang. layan tak citer Nora Elena? ala yg kat TV3 tu. ape, tak tengok? tipuu. hihik. dalam citer ni banyak lagu tema yg best. tapi lagu yg betul2 menarik perhatian sy ialah lagu TERHENTI DISINI. lagu ni so sweett. jom kite layannnn~~ 

TERHENTI DISINI
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta






lagu ni boleh di download kat sini. best wooo. ;)
*lirik lagu kredit kpd liriklagumuzik*