Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

18 March 2012

10 cara penjagaan kanta lekap

Assalamualaikum :)


okay kali ni nak share pasal tips-tips penjagaan kanta lekap a.k.a contact lens. okay kita semua especially gegurl ni suka la pakai lens kan. tambah lagi nak pakai lens kaler-kaler. tak cukup kaler-kaler, nak pulak big eyes. #its me. harhar.


skang ni aku pakai lens yg big eyes kaler hitam. perasan cantik kan. kahkah. aku suka beli lens kat kelantan sebab tersangat lah murah.  tambahan pulak aku ni power tak sama, so konfem la kena beli 2 pasang. 2 pasang dah boleh dapat rm60++. kat shah alam hadoo? aku dah survey tak hadoo pun. sepasang yg kalerless pun dah rm50++. beza tak harga? memang berbeza. sebab tu kalau aku balik kelantan memang aku beli banyak pasang terus. XD


mine. :)



tips-tips penjagaan contact lens :


1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.


2) bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.


3) jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.


4) bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.


5) jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda. #pernah berlaku kat aku. baca sini.


6) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.


7) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari. 


8) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.


9) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.


10) jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.




so kalian semua, semoga dengan ada nya tips ini, dapat membantu kalian menjaga contact lenses dengan lebih baik dan cermat. hihi XD


till we meet in next entry. choww! =)

02 March 2012

komik

Assalamualaikum :)



kali ni nak citer pasal komik. kalau korang nak tahu, aku ni suka baca komik. komik cintan-cintun la. harhar. komik ni sebenarnya asal dari Jepun. tapi dah di-translate ke bahasa melayu. aku memula addicted baca komik time diploma dulu. first pinjam yg senior je, pastu berminat nak beli jugak. dari first sem diploma sampai la sekarang, ada je komik aku beli. selalunya aku beli kat Popular atau MPH. kekadang kalau masuk 7-E dan ada komik menarik, beli la jugak. hehe.







kat atas ni semua koleksi komik aku. banyak jugak rupanya aku ada. baru perasan. harhar. sekarang ada 46 komik. tu pun ada satu dua hilang entah kemana. satu buku RM 6.50 atau RM 7.50. lepas dikira-kira, aku dah habiskan duit aku lebih kurang sebanyak RM 345. bapakk banyak! dengan duit sebanyak tu aku dah boleh beli kereta sebijik. #ok tipu. harhar. tapi aku tak nyesal pun. sebab aku puas dapat beli komik. dah nama nye hobi. ye dak?





pernah aku beli 4 bijik komik, kalau tak silap aku, dapat paper bag free. iaitu gambar di atas. bukan main suka lahh. time tu beli kat Popular One Utama. tak guna sangat pun paper bag ni sebab sayang. hihik kartun kat paper bag tu adalah salah satu watak dalam komik Maid Maiden.








ni lah komik Maid Maiden. puas gila hati aku dapat beli komik ni. sekarang komik ni ada 5 siri. dan bakal lagi keluar dengan siri seterusnya. aku beli komik ni guna baucer. jimat la siket duit aku. harhar. memang aku dah bajet nak beli komik ni dengan baucer. sebab nak beli dengan duit sendiri tengah pokai. maklum la masa tu akhir sem. hahaha.






okay last but not least, semalam aku pergi pesta buku islam antarabangsa kat Balai Islam Negeri Kelantan. kebanyakan nye buku agama la dijual. dah nama nye pesta buku islam. ye dak?  banyak jugak aku, adik aku dan umi aku beli buku. aku beli buku kat atas ni haa. adik aku lah hasut. harhar. time bosan boleh cari-cari perkataan. disamping menambahkan vocab. ececece ;)



till we meet next entry. choww! ;)

18 February 2012

Maid Maiden The Series

Assalamualaikum :)


holla. okay, masa awal-awal aku ber-blogging dulu, aku ada citer yg aku ni suka baca komik Jepun yg dah ditukar ke bahasa melayu. sekarang aku ada dalam 40 komik dalam koleksi. dan aritu, dengan menggunakan baucer buku tu, aku beli komik Maid Maiden. 5 bijik skali beli. puass ati aku. haha. jahat tak aku. orang lain beli buku ilmiah guna baucer tu, tapi aku beli komik. bukan ape, sem depan perlu beli 1 buku text je, bajet dalam rm100 je. so lebihan tu beli komik la. mueheee


ni lah buku tuu. :)


kalau korang suka baca komik macam aku, aku suggest korang beli komik ni. best wooo. tak salah kan kita baca bahaan macam ni, asal kan masa lapang tu tak terluang dengan perkara yg tak berfaedah. hihi :)


26 December 2011

coca cola

Assalamualaikum :)


tadi godek-godek facebook jap. pastu ternampak gambar ni. to all Muslims, please realize this. no more COKE! NEVER EVER! 




Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.




Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermaksud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.



#copy paste from facebook. if u are a real Muslim, PLEASE SHARE this. thank you. :)


28 November 2011

ponteng kelas?

Assalamualaikum =)

aku bukan lah suka ponteng kelas. aku pantang betul dengan orang tak pergi kelas sebab tak siap kerja. sape tak suruh tak buat kan. kalau aku tak siap, aku copy paste la dengan sape-sape yang dah siap. bhahaha. giler buruk perangai.


ada jugak yang sanggup tak pergi kelas semata-mata nak study untuk test. contoh macam ni laa, malam ni ada test math. kelas akaun pukul 4 petang, sanggup tuu tak pergi sebab nak study untuk test. perlu ke sampai macam tu? yes mengaku sangat menyampah dengan orang macam ni. yang dikejar tak dapat, yang dikendong terciciran. eh betul ke peribahasa aku? ahh lantak lah. Alhamdulillah aku setakat ni tak pernah lagi buat macam ni. mintak jauh la kann.


and for the first time ever, jumaat lepas aku ponteng kelas. tapi bukan lah sebab-sebab kat atas okay? aku pergi Pusat Kesihatan(PK) sebab nak  suruh doktor check kulit aku gatal-gatal. tak tahu lah kenapa gatal-gatal. lepas cuti sem aritu jadi camni haa. kawan-kawan aku 2 3 orang ada gak jadi camni. mungkin sebab air kotor? entah lahh. doktor bagi aku ubat makan dan krim sapu. 


nampak tak muka aku gatal-gatal tu.
ahh buruk nye muka. =.=


kelas 8.30 pagi aku pergi. memang tak tahan woo gatal. dah merah-merah muka aku. kawan aku cakap dia tak nak pergi kelas 10.30 pagi. ohh okay aku tak kesah la. 5 minit lepas tu aku cakap kat dia tak nak pergi jugak lah. aku suruh dia teman aku PK. memang gelak laa sama-sama tak pergi kelas. kehkeh.


then kiteorang pergi la PK. dalam setengah jam kot urusan aku dengan doktor selesai. sambil tunggu kawan aku sorang lagi jumpa doktor, nak tahu tak apa jadi? lecturer kelas 10.30 tu call aku! walawey, aku memang nervous la weii. memang tak nak angkat la kan, takut kena marah. aku biar kan jee. aku cakap kat kawan yang teman aku tu, kot-kot puan call semua orang tak pergi kelas. and i was true! lecturer call pulak kawan aku tu. mula-mula dia tak nak angkat. tapi dia angkat gak. apa lagi, terukk la kena marah.


lepas balik tu baru la aku mesej lecturer sebab aku tak pergi kelas. aku pun sebenar nya takde mood kalau dalam kelas dia. ikhlas aku cakap. kadang-kadang kalau dia buat lawak, aku langsung tak gelak. orang lain bukan main ketawa terbahak-bahak. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku tak dapat nak adopt cara dia mengajar. asyik duk tunjuk slide je. tak bagi salin pulak tu. mengantuk la baiii. at least kalau salin hilang la siket mengantuk tu. ada 1 chapter tu, takde pun nota lengkap yang di salin. bagus lah. nanti test, nak jawab apa? 


mungkin kata-kata aku kasar. tapi lebih baik terus-terang daripada duk pendam kan. merana nanti. 


Alhamdulillah terluah jugak apa yang di pendam. ringan rasa dada ni. muehehe.


#nak kena buat surat kat lecturer la pulak. sape suruh ponteng kan. padan muka.

21 November 2011

go away STRESS!

Assalamualaikum =)

pernah tak korang stress? boleh di kata kan semua orang akan mengalami stress kalau terlalu banyak beban yang terpaksa ditanggung. 



contoh camni laa. kita kan student. ni dah tengah-tengah sem ni banyak betul segala macam jenis assignments, quizzes, tests. tak tambah lagi dengan projects, proposals. nak pulak semua benda tu perlu di submit pada waktu yang sama. maksud nya korang kena siapkan semua kerja tu dalam satu masa. pastu mula la tak cukup tidur, tak sempat makan. memang betul-betul boleh stress la kan?

tapi aku awal-awal sem lagi stress. bila lecturer tanya sape ketua kelas, semua duk tuding jari kat aku. macam la aku sorang je ada dalam kelas tu. stress kamu tahu. yelah, nak kena fotostat nota bagai. nak kena kutip duit lagi. bukan mudah sorang-sorang nak bagi duit. sampai aku buat muka tak malu mintak banyak kali. ngeh ngeh. tapi kan, nampak sangat aku orang famous dalam kelas. okay, sangat perasan. bhahahaha

stress atau tekanan adalah cara badan bertindak balas kepada apa-apa jenis permintaan.


okay, berikut adalah cara-cara untuk menangani stress.

1. Plan to priorities (merancang untuk keutamaan)
rancang lah setiap apa kerja yang kita nak buat. perancangan kerja amat lah penting. kalau tak rancang dari awal, nanti akan kelam-kabut. dan dari situ anda akan mula stress.

2. Reduce anger (kurangkan marah)
kalau sebelum ni anda seorang yang panas baran, cuba lah untuk kurang kan nya. ya memang susah untuk kawal kemarahan. tapi benda yang paling simple untuk kawal kemarahan anda tu adalah dengan berwudhuk. InsyaAllah kemarahan anda akan reda.

3. Laugh a lot (banyak kan ketawa)
dengan banyak ketawa, anda dapat kurang kan stress. cuba lah tengok Running Man seribu kali, pasti stress anda dah takde.    #walaupun aku tak minat sangat Korea, tapi aku tahu jugak pasal Running Man. kehkeh

4. Change lifestyle (ubah cara hidup)
kalau sebelum ni anda seorang yang suka tidur lambat, cuba anda tukar habit tu. cuba tidur awal dan bangun awal. kalau anda buat kerja di awal pagi, anda akan rasa tenang. dan InsyaAllah kerja yang anda buat tu akan lancar.

5. Exercise (bersukan)
dengan banyak bersukan, badan anda akan berasa segar. kepenatan akan hilang dan seterus nya dapat mengawal anda daripada stress.

6. Ibadat
ya, memang hari-hari anda solat kan. tapi adakah hari-hari juga anda membaca Al-Quran? cuba anda luangkan masa untuk mengaji selepas solat dan sebelum anda mula kan kerja. InsyaAllah anda kan rasa tenang. perkara ini lah yang paling penting yang perlu di utama kan dalah kehidupan seharian.  #aku tak la reti bab agama, tapi aku hanya nyata kan pengalaman aku je.


berikut adalah gambar untuk menguji sama ada korang stress ke tak.












adakah anda melihat gambar tak bergerak? makna nya anda tak stress. tapi, kalau anda lihat gambar bergerak, makna nya anda stress! semakin laju gambar bergerak, maksud nya anda tersangat lahh stress. so, cuba lah untuk atasi. lihat cara-cara kat atas dan cuba praktik kan nya.


SELAMAT MENCUBA!


26 October 2011

Majlis Penganugerahan Dekan

Assalamulaikum.

holla every one. its a been a week i did not post anything. cehh nak jugak speaking. huehee. kali ni nak cerita pasal Majlis Penganugerahan Dekan yg telah jayanya berlangsung Jumaat lepas. dah nak dekat seminggu baru nak post. bukan ape, busy lerrrr. heee =)

Majlis yg bertemakan dinner tu telah diadakan di Dewan Sri Budiman. sangat-sangat meriah. seramai 400 orang penerima anugerah hadir. dan Alhamdulillah, student Pure Maths merupakan paling ramai dapat anugerah. =)

malam tu makan nasi beriani dengan daging, ayam. ohh sangat-sangat sedap. time makan semua kusyuk! betul-betul menghayati makanan.! hihi

me :)
dalam buku tu ada
senarai penerima anugerah. 


Alhamdulillah
dapat gelaran untuk kali ke-6. :)


wani isoniy, me, kak haini
tak tahu mengapa ku snyum begitu. ngeh2


dapat hadiah, botol yg dicop dengan
Majlis Anugerah Dekan


doakan untuk kejayaan saya sem ni kalian semua! =)

entry ni hanya untuk tujuan penceritaan sahaja. bukan untuk menunjuk-nunjuk. harap maklum.

lots of love,

18 October 2011

my new pinky spek =)

Assalamualaikum :)

holla! mengambil masa yg ada ni untuk update blog. sambil membuat latihan pde. hueheheh. as you all know, saya ni kan rabun. dan power mata saya saaangat lahh banyak. kalau ada sesape yg tak tahu lagi, sila tengok kat sini. heee 

awal sem aritu, rasa tak selesa pakai spek lama. rupa-rupa nya power mata bertambah lagi. *sigh*. then decide nak buat spek baru dengan design baru. sejak spek baru ni, malas lagi nak beli lens. kat shah lam ni lens sangat lah mahal. HAHA

okay, kalau dulu saya punya spek kaler putih, tapi sekarang spek saya kaler pink! hoyeaaahh! sangat-sangat suka. waktu kat kedai spek tu, first ternampak design ni, terus berkenan. pekerja tu cakap saya berani ambil kaler pink, sebab kat luar sana jarang orang pakai kaler pink. hoho

dan itu memang benar. bila saya pakai spek pink tu, semua orang akan tengok, macam pelik sangat! haha. well, apa nak kesah dengan cakap-cakap orang. yg penting diri sendiri puas hati. weeee (^___^)

spek lama
.
.
.
.
.
.

.
.
taraaaa!


spek pink! abaikan senyuman ku itu. hekhek

at BTS

any comment for my new pinky spek? hihi =)

18 September 2011

Dinner Family Box di Mc Donalds

Assalamualaikum :)

holla. 2 hari yg lepas saya pergi mcD. saya dan 2 orang lagi kawan saya pergi dinner kat sana atau lebih tepat berbuka puasa kat sana. *puasa ganti lerrr. huehee* 

thanx a lot to my friend yg sudi belanja. untung kannn. hihik. pergi mcD dekat seksyen 3 Shah Alam. kami pilih untuk makan Dinner Family Box Set A yg hanya bernilai RM29.90. sangat jimat u! Dinner Family Box bermula jam 6 petang.

set A ni untuk 3 orang sahaja.  set ni ada 1 Spicy Chicken McDeluxe burger, 2 McChicken burger,  2 medium French Fries, 3 medium Carbonated Soft Drinks, 6 pcs Chicken McNuggets, 2 Sundaes - strawberry n chocolate -

so malam ni korang semua pergi dinner kat mcD yehh! hihi :)


dia lah yg blanja! :)

my rumet untuk sem ni :)

model mcD. huahuahua

muka i sangat innocent kan. agagaga. 

so korang-korang yg duk shah alam ni, jangan la segan silu untuk ajak i dinner bersama. ekekeke ;)