Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

23 January 2013

KERJA PART TIME DARI RUMAH

Mencari Kerja Sambilan Di Rumah?


Assalamualaikum! :)


Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:
====================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

====================================
Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.
====================================


Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

03 April 2012

PANAS! ada orang jeles dengan aku!

Assalamualaikum :)


omai dah lama gilaaa tak update. berpura-pura busy. kehkeh. okay kali ni aku nak citer pasal sorang manusia ni yg tak puas ati dengan aku. aku tak tahu la sape dia ni. asyik kutuk-kutuk aku ja dekat cbox aku tu. dah la kutuk, tak tinggal kan dia punya link pulak tu. takut aku hentam balik la tu. HAHAHA. 






ada aritu *tak taw bila sebab aku lupa nak setting kan tarikh kat cbox aku*, dia kutuk blog aku cakap blog aku buruk. aku apa lagi, terkejut la. tak sangka aku yg tak femes ni ada orang tak suka. hahar. tapi, mesti dia selalu tengok blog aku kan. sampai sakit mata, tu yg dia komen tu. LMAO. rujuk kepada nombor 1. dah bila dia cakap macam tu, terus la mekap kan siket blog ni haa. takut la betul-betul buruk kan. saiko.


and then, lepas beberapa hari aku mekap kan blog, aku rasa orang yg sama, datang balik komen kat cbox aku tu. rujuk kepada nombor 2. aku rasa manusia ni betul-betul tak puas hati dengan aku. aku rasa tak pernah aku buat entry pasal blog yg buruk yg aku tak suka. itu kerja gila nama nya.


kepada awak yg mengomen dengan bahasa yg cantik tu, kalau tak suka blog aii, tak yah la nak kutuk-kutuk. senang-senang tak yah tengok langsung blog aii ni okay? LOL



till we meet in next entry. choww! =)

25 February 2012

gaya tudung Dara.com

Assalamulaikum :)


korang suka baca majalah Dara? aku pun suka. yeaayy kita sama! =.= . kalau beli majalah Dara ni, aku suka tengok cara pakai selendang tu. suka lahh. macam-macam gaya ada. aku pernah jugak cuba tiru gaya si model buat. tapi tak sama lah! haha



aku cuba tiru gaya ni








expectation
patut nye dapat macam ni la kan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.




reality
tapi ni lah yg aku dapat. langsung tak sama! hahaha. anyway, nice try for me! hihi :D




20 February 2012

TEASER

Assalamulaikum :)


holla.


okay, ini bukan lah teaser untuk lagu ye. hueh3. ini teaser untuk kain cotton. korang, girlsss la kan, mesti suka pakai baju cotton kan? tambahan lagi yg kain lembut tu. bila pakai sejuk je rasa. peluh pun meresap. dan mudah di gosok. tak macam sesetengah kain cotton yang keras, bila nak gosok tu kena gosok banyak kali baru lah tak berkedut.



me n my adik. ahakk



so, ni aku nak tunjuk kain cotton remaja suka. kain lembut, mudah digosok dan meresap peluh. kalau korang pergi kuliah pakai kain cotton ni sangat lah cantik kan? setakat ni aku dah ada 3 pasang baju kain macam ni. sangat suka pakai baju ni bila pergi kelas. rasa sangat selesa walaupun kelas seharian. 


sure korang akan suka. harga tak mahal. murah aje.  kalau kat kedai jual RM50 ke atas dan kalau yg dah siap dijahit baju kurung lagi la mahal kan. so aku tawar kan harga yg terbaik iaitu RM40. belum jahit lagi yaa. =)  bukan lah colour kat atas je ada. lain-lain colour pun ada jugak. macam yg dah tertera kat gambar tu. :)  kalau ada diantara korang berminat, boleh la emel kat sini - sakinahjuta@gmail.com


feel free to email me girlss! ;)


20 November 2011

newbie dalam blog

Assalamualaikum :)


recently aku tengok ramai blogger baru. kebanyakan budak-budak sekolah. yang darjah 5, 6 pun dah ada blog. hebat dowhh budak zaman skarang. aku masa sekolah rendah dulu sangat lah tak tahu pasal benda-benda alah ni. 

bila dah nama nya budak-budak, penulisan pun faham-faham lah kan. suka buat short form macam tulis message tu. okay, aku admit aku dulu pun macam tu. pastu aku sedar, kalau buat short form susah kowt orang nak faham. kalau short form yang faham tu takpe lah, kalau tak faham? terus aku tekan pangkah. 

yang short form aku boleh lagi, tapi yang tulis ada huruf w kat belakang tu. oohhh sangat lah menyampah. contoh macam ni, kiteww sukewww diewww. ewww! geli-geliman aku baca. tambahan lagi, blog yang duk cerita pasal pakwe-makwe tu. meremang bulu roma aku. kiteww nak awak tahu, kiteww sayang awak. ewyaks! walaupun aku ada pakwe, aku rase tak pernah aku cerita pasal pakwe aku dalam blog. tak percaya? cari lah sendiri. muahahaha

okay for those newbie yang baca entry ni, kalau korang ada terasa, maaf okay. ni luahan hati aku. kalau kita nak terus orang baca blog kita, yang paling penting adalah penulisan kita. dari situ, orang tak kan berhenti visit blog kita.

dan kat bawah ni some tips yang aku nak share pasal blogging ni. semuanya aku punya pendapat. kalau tak puas hati, boleh refer kat bloggers lain yang lebih hebat.





#sempat lagi aku nak update blog, padahal esok ada test. gosh!

04 September 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum :)

holla. di kesempatan ini, saya tuan punya blog _piNk sitE_ ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI. ampun maaf atas segala kekhilafan. maaf kan saya yehh. hihi.

(^_^)


Salam Aidilfitri sekali lagi. ikhlas dariku, Nor Sakinah. 
*speechless tak taw nak cakap ape. muehehe*

salam sayang,

23 August 2011

words verification sangat menyusahkan

Assalamualaikum :)

holla. ada sesape kat sini suka words verification? ohh tolong jangan lah suka sebab benda ni sangat menyusah kan. husshh. words verification ni sebenar nya nak halang spam ape entah, saya pun tak  paham. =,=  tapi ada sorang blogger tu cakap takde spam nye. macam tu kot. lupa dah. kalau words tu senang takpe. ni kuar words yg tak paham. huhh. tak perlu lah buat words verification ni. okay kat bawah contoh-contoh benda alah tuh. malas nak taip panjang sangat. wakaka

1.  kat komen embedded below post. saya okay kalau korang nak guna komen macam ni. saya awal-awal ber-blog dulu pun guna macam ni jugak, yalah automatik setting camtu kan. lepas tu baru saya perasan takleh nak komen dalam kotak tu, after cik tom tegur. then terus lah tukar yg pop-up window tu. kalau korang nak jugak guna komen jenis camni boleh, tapi boleh tak kalau disabled kan benda alah tu? memula kena tulis komen, bila tekan post comment, reload lagi sekali sebab benda alah tu nak kuar, argh tak suka. =,=

embedded below post


 2. kat komen full page. saya tak okay sangat anda nak guna komen jenis camni. sebab komen kuar lepas post. bila dah siap komen, kena klik balik 'return to original post'. ni boleh menyebabkan mood nak ke post asal hilang dan dengan senang boleh klik pangkah. =,= takpe, semua tu terpulang pada anda, tapi boleh tak sidabled kan benda alah tu?

full page


3. kat pop-up window. okay saya paling suka guna komen jenis camni sebab mudah. lepas dah tutup kotak komen, still boleh tengok entry. tapi rasa geram pulak bila benda alah tu keluar. grrrr.

pop-up window


4. ni yg terbaru. semalam duk syiok follow kenalan baru dari uitm shah alam dari segmen cx. then tetibe benda alah tu kuar. ingat kan blog tu buat setting camtu. tak kesah la kan. tapi masa nak follow blog lain, ada jugak benda alah tu. tetibe jadi menyusahkan. ni blogspot punya pasal lah ni. =,=

follow

maaf lah komen teruk-teruk, bajet artis kan. ahaha. benda alah tu refer kepada words verification. malas nak taip banyak kali. sekian. choww. 


22 August 2011

kesan cuti sem 4 bulan

Assalamualaikum :)

holla. jumpa lagi kita ye. hehe. okay kali ni saya nak cerita pasal kesan cuti sem 4 bulan. disebabkan cuti sem yg terlalu panjang, banyak kesan yg telah timbul. walau bagaimanapun, pejam celik pejam celik, dah nak abis pun cuti. tak sampai sebulan pun lagi. rasa kejap pulak masa berlalu. jom tengok kat bawah. :)

  • berat badan naik! yeaayyy suka! sebab dari diploma lagi berat asyik mantain 43 kg. ^_^
  • tulisan jadi hodoh. haa ni lah akibat nya bila dah lama tak menulis. tulisan dah jadi macam budak tadika. =_=
  • lupa kat kawan-kawan sekelas. memang tak mesej dorang sangat cuti ni. =_=
  • dapat puasa kat rumah ramai-ramai. raya apatah lagi. tapi tak dapat rasa feeling balik kampung. ahh tak kesah lahh. ^_^
  • dapat upah sebab jaga anak buah ^_^
  • dapat buat biskut raya sendiri. sedap! hihi ^_^

ni kesan pada saya lahh. korang pulak camne yehh? ;D



buffered earnings ke tujuh

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, rezeki di bulan puasa, dapat b.e yg ke-7. nampak nya saya harus sentiasa update blog agar sentiasa bertambah-tambah b.e. hekhek.

:)

korang semua mesti dah mencecah ribu-raban earnings kan. hihi ;)


20 August 2011

jom exchange banner!

Assalamualaikum :)

holla. dah setahun lebih saya ber-blogging. tapi baru buat banner. hehe. dah lama nak buat tapi kerajinan tu takde. bila tengok banner orang lain chantek-chantek, cemburu taw. heheh. nak tempah tak taw nak describe camne. tapi bila buat sendiri baru puas hati. heee. 



Photobucket

coding :
<a href="http://s1194.photobucket.com/albums/aa364/kinn55/?action=view&amp;current=bannerps.gif" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src="http://i1194.photobucket.com/albums/aa364/kinn55/bannerps.gif" /></a>

apa pendapat korang ye pasal banner ni? tersangat simple. simple is nice, right? ni saya guna photoscape je, lepas tengok tutorial di kebanyakan blog. jom kita exchange banner! hehe. korang boleh copy code kat atas atau pun code kat sidebar sebelah kiri. dua-dua sama je. hehe. nanti korang dah ambil bagitahu yeh, boleh saya ambil yg korang punya jugak. teheheee ;) 


10 August 2011

buffered earnings ketiga, keempat dan kelima

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah rezeki bulan puasa, hari ni dapat b.e yg ke-4 dan ke-5. semalam dapat b.e yg ke-3. bukan lah nak menunjuk-nunjuk tapi hanya lah nak berkongsi. yalah, sebelum ni baca orang lain dapat b.e yg ke belas-belas, jeles la jugak kan. hehe. bila diri sendiri dapat, memang senyummmmm je. hihi

malulah nak tunjuk nilai yg xseberapa. agagaga ;p

makna nya sekarang ni ada 4 aktif b.e. moga bertambah-tambah lagi la nilai b.e ni. tapi kena lah senantiasaaa update kann. tu yg masalah. hekhek. ada kawan saya tu, dia cakap pernah ada 9 aktif b.e. walawehhh banyak nyee. orang femes kannn. kikiki

korang semua lagi la dah ada banyak b.e kan. hehe =)


09 August 2011

SEGMEN CX'S : GENG UITM BY CAMPUS

Assalamualaikum :)

holla. sekarang ni nak join segmen. special untuk student UiTM. nampak segmen ni kat blog BICARA GADIS DESA.

klik banner untuk maklumat lanjut :)

semua student UiTM sila join yer. boleh la kita kenal lebih dekat. ekeke ;p

CAMPUS UiTM  :
UiTM Shah Alam

COURSE : 
Bachelor of Science (Mathematics)
(Pure Maths)
-  Penerapan Diploma Part 3 -

PART :
Part 5
(next sem)

TAG : 
semua student UiTM yg baca entry ni :)

 trimasss penganjur sudi buat segmen macam ni. boleh kenal lagi ramai student UiTM. hihi =)

06 August 2011

buffered earnings pertama dan kedua

Assalamualaikum =)

holla. pagi ni rasa nak online. pastu tetiba rasa nak tengok nuffnang. bile tengok simbol earnings, rasa heran, tetibe macam banyak je ada. bile view earnings, woww i'm amazed! tak sangka dapat buffered earnings. Alhamdulillah dapat jugak b.e.. setahun lebih woo tunggu nak dapat benda nih. haha. biasa la, i kan jarang2 sekali update n blog walking. lalala. maybe my few days back tak online dapat benda nih. bukan 1, 2 pulak tu. tapi yang first dah jadi m.e. dah. tak kesah la. dah dapat pun bukan main suka nya. hahahh.

harus lah tunjuk kan. ngeee~

walaupun nilai nya ciput dan tak sebanyak kalian, saya sangat2 teruja. yalah, hasil ber-blogging kan. keh2. sementara ada b.e masih berjalan, harus lah sentiasa update supaya dapat banyak. haha



24 July 2011

buah hati ku - anak saudara

Assalamualaikum!

holla. walawey. seminggu kot tak update blog. biasa lah, bila dah menjadi baby sitter ni agak busy jadi nya. takpe yg penting berbayar. hoho. yes it means that i work with my sister. sekarang ni saya dah ada 3 orang anak buah. kesemuanya adalah anak kak long. sekarang ni kak long saya sedang berpantang selepas kelahiran anak ketiga yg baru berusia 17 hari. selamat dilahirkan pada pagi Jumaat 8/7/2011.  nak kenal anak buah saya? semuanya lelaki taw. dah cukup 3 orang lelaki, nanti boleh la buat team sepak takraw. ngeh3. mengarut betul cik kin ni. fyi, my nephew panggil i cik kin. heeee

wan adam rizqie
2007

wan ammar rizqie
2009

wan ar razeen rizqie
2011

versatile tu nama. semua nya ada rizqie kat blakang. tak tahu bila lak nak dapat niece pulak. ekceli tak sabar nak shopim baju girl. semua nya cute2. ohh!


14 July 2011

keywords - Lisa Surihani dan Nabil

Assalamualaikum. 

holla. arini nak cakap pasal keywords setelah godek-godek keywords kat nuffnang tadi. akhir-akhir ni blog ni di view sebab penangan post Lisa Surihani singgah blog! dan The Lazy Song versi Nabil. mungkin ramai yg kecewa pasal post Lisa Surihani tu. ye lah, dorang cari blog Lisa Surihani tapi blog ni pulak yg muncul. hihik. tapi kalau yg Nabil tu betul lah sebab rata-rata cari lirik lagu yg Nabil nyanyi masa final ML dulu.


last month
keywords kanta lekap ada jugak sebab pernah buat post kanta lekap boleh rosakkan mata.


last week
'dulu aku seorang jutawan aku ada banyak kawan nabil mp3' tu yg tak tahan tu. maybe tak ingat kot tajuk lagu Nabil nyanyi ni. hihi, reben kartun tu lak sebab pernah post dapat hadiah reben dari blog aksesori perempuan. post boleh baca kat sini.


this week
pernah post pasal lirik lagu tema nora elena. dan yg hias blog menarik tu boleh tengok kat sini.


today

title post kita sangat lah memainkan peranan. kita perlulah guna title yg ringkas dan mudah difahami. bila title sama dengan keywords, makna nya akan ramai la singgah blog kita. hehe *betul tak? hihi* 

bila baca pasal keyword ni nak tergelak pun ada. hahakk ;)



09 July 2011

dashboard baru

Assalamualaikum. :)

holla. eh korang dah guna dashboard baru belum? semalam nak bukak blog, tup-tup dashboard baru la pulak.  pening sket nak guna. ye lah, tak biasa lagi kan. kaler tema nye putih dan oren. oren tu sebab sama kaler dengan logo blogger. nanti lama-lama biasa lah kan.

dashboard


korang pulak macam mana? dah guna dashboard baru?


08 July 2011

volkswagen pink & kuning

Assalamualaikum!

holla. akhir-akhir ni asyik terserempak je dengan kereta volkswagen. terus la ambil gambar. bukan lah minat tapi disebabkan macam-macam kaler, tu yg menarik perhatian tu. hihi ;)

hiraukan kekaburan gambar. hik2

pink atau kuning? mana lagi cantik? hihi ;)

06 July 2011

gara-gara iklan Grapevine

Assalamualaikum. :)

holla. kan sekarang ni ada iklan Grapevine tu kan. ala kalau kita share kita dapat duit jugak tu. *jap, betul kan? ngeh2* kita perlu share iklan tu tak kira la kat facebook ke, twitter ke, msn ke, mail ke. oleh sebab aku takde twitter, so aku share kat facebook je la. dan salah satu iklan tu pasal iphone 4. and u know what? gara-gara iklan tu, ada kawan aku ingat aku nak beli iphone 4. hoho. kelakar la pulak. duit pun tarak camne nak beli. kui3 ;p



ada sesape nak belanje aku iphone 4? fon skarang dah brape kali jatuh. pagi td jatuh dari kereta. aisshhh. =,=

03 July 2011

The Lazy Song versi Nabil

Assalamualaikum :)

holla. korang tengok tak final maharaja lawak yg lepas? mesti la tengok kan. musical Nabil paling sy suka. best brooo. hihi. tak jemu kowt tengok banyak kali. oleh itu sy sanggup salin lirik Nabil nyanyi. hoho. entah betul ke tidak salin tu. haha

Nabil
*rembat gambar dr google*
sy suka tengok Nabil sebab gigi dia cantik. kih2. tak macam gigi aku. bak kata Mamat Sepah, "ni bukan taring. ni jongang. bangang." haha. ok mengaku gigi aku tak cantik. lalalala. 

ni versi tangan. haha
ni versi Nabil

dulu aku seorang jutawan
aku ada banyak kawan
tak punyai masalah wang
*duit baru nak hutang
dulu aku seorang jutawan

dulu aku memang seorang yang bergaya
pakai barang semua berjenama
LV, Gucci kau namakan saja
pakai kereta mewah sport rim besar giler
tapi boleh muat 2 orang sahaja
awek-awek aku cun giler
ohh tapi aku, tapi aku, aku terpedaya

duit pun macam biskut juga
kejap ada kejap takde
jangan suka-suka belanja
lama-lama habis juga
boleh jadi papa kedana
papa kedana

whoohh whoohh whoohh papa kedana
whoohh whoohh whoahh

niat nak kasi kan duit yang dah ada
lalu aku masuk skim cepat kaya
tak perlu lagi bekerja
oh mai god seronok nye

berbulan ku tunggu sunyi sepi
ape pun takde, ape dah jadi
aku pun pergi mencari
whooaahh
*pin dah takde, ejen dimana 
aku dah terkena
duit pun takde, aku dah terkena

duit pun macam biskut juga
kejap ada kejap takde
jangan suka-suka belanja
lama-lama habis juga
boleh jadi papa kedana
papa kedana

nak menyesal pun tak guna
aku sudah pun papa
papapapa kedana

nak menyesal pun tak guna
aku sudah pun papa
papapapa kedana


kini aku hidup sendiri
dalam kotak yang kecil ini

yang ada tanda * ni, tak tahu betul ke tidak. tak dengar sangat. kui3 ;p

enjoy yaa! ^__^


01 July 2011

racing di pagi hari & volkswagen pink

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat. :)

holla. ni sy baru balik dari hantar kakak sy g kerja. pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. awal sih pergi kerja. biasa la kerja doktor. tambah pulak arini on-call. bila kerja memang sibuk giler. tapi bila dapat gaji memang seronok giler ahh. HOHO. ceh aku lak yg gelak lebih. agagaga. 

masa dalam perjalanan ke hospital tu, kakak sy drive kereta almost 100km/j. padahal takde kereta pun. bukan je dia yg drive laju, sy tengok kereta2 lain pun ada jugak. yg sy nampak akak2 nurse yg bawak laju tu. ok shift 7 pagi la tu kot. yg bukan nurse ada gak oii. tak tahu la depe nak pergi mana. bawak kereta laju2 pagi hari lagi. ada kerja jugak la tu. depe semua macam duk racing pulak nengok nye. kejap lane kanan kejap lane kiri. haha. yg langgar lampu merah pun ada padahal masa tu lane lain lampu hijau. nak cepat nak pergi mane tak tahu. huhu. rasa macam duk kat shah alam lak sebab ada orang kerja ari jumaat. kui3.

semalam lak masa nak pergi ambil adik abes kerja, jalan jammed giler. ingat kan hape, rupa2 nya traffic light tak menyala. giler hura-hara jadi nya. first time sy drive dalam situasi camni. tambah lagi bile betul2 terperangkap kat tengah2 tu. ffuuhhh. takut giler. Alhamdulillah semuanya selamat. ngeh2. dalam waktu jammed tu, nampak kereta ni. fuh giler chentek menarik da booomm. terus snap gambar. kaler tu yg penting. 


Volkswagen Pink =)
kalau kecik2 dulu panggil kereta kura2. haha
driver nye lelaki oke.

nanti dah kerja nak beli kereta Accord kaler pink lah. ada tak ekk? *wink2*