Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

13 May 2012

HIJABISTA

Assalamualaikum :)


ada sesape tak tahu majalah HIJABISTA ni lagi? fyi, Hijabista ni adalah majalah fesyen untuk pompuan-pompuan berhijab. ekceli, aku pun baru tahu ada majalah ni. hihi. jumaat minggu lepas, lepas tengok Chow Kit kat Jaya Jusco Bukit Raja, pusing-pusing lah dulu satu mall tu. pastu terpandang majalah ni kat satu kedai ni. terus terpikattt. terus beli. haruslah. aku kan suka berfesyen. wekkk. ;p



hijabista



at first, aku tak cam lagi taw sape cover ni. lepas cari nama, baru prasan si Diana Amir rupanya. seriuss dia cantik bila bertudung. :) ini merupakan edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama pada bulan Julai ini. ianya berharga RM10 dan merupakan harga mampu milik. macam-macam tips fesyen dalam majalah ni. cara pakai shawl, cara mix and match. korang kena beli sendiri lah baru tahu kan. hehe.



model terbaru. kekeke


dalam kita berfesyen pun, kita kena ingat, menutup aurat tu yg utama. aku macam notice la skarang ni sesetengah orang tu berhijab untuk berfesyen, bukan berhijab untuk menutup aurat. well tu pandangan aku saja, aku tak boleh lah nak cakap lebih sebab pemakaian aku kadang-kadang tak sempurna mana ka. but i'm trying to make it perfect. :)

till we meet in next entry! =)

02 March 2012

komik

Assalamualaikum :)



kali ni nak citer pasal komik. kalau korang nak tahu, aku ni suka baca komik. komik cintan-cintun la. harhar. komik ni sebenarnya asal dari Jepun. tapi dah di-translate ke bahasa melayu. aku memula addicted baca komik time diploma dulu. first pinjam yg senior je, pastu berminat nak beli jugak. dari first sem diploma sampai la sekarang, ada je komik aku beli. selalunya aku beli kat Popular atau MPH. kekadang kalau masuk 7-E dan ada komik menarik, beli la jugak. hehe.







kat atas ni semua koleksi komik aku. banyak jugak rupanya aku ada. baru perasan. harhar. sekarang ada 46 komik. tu pun ada satu dua hilang entah kemana. satu buku RM 6.50 atau RM 7.50. lepas dikira-kira, aku dah habiskan duit aku lebih kurang sebanyak RM 345. bapakk banyak! dengan duit sebanyak tu aku dah boleh beli kereta sebijik. #ok tipu. harhar. tapi aku tak nyesal pun. sebab aku puas dapat beli komik. dah nama nye hobi. ye dak?





pernah aku beli 4 bijik komik, kalau tak silap aku, dapat paper bag free. iaitu gambar di atas. bukan main suka lahh. time tu beli kat Popular One Utama. tak guna sangat pun paper bag ni sebab sayang. hihik kartun kat paper bag tu adalah salah satu watak dalam komik Maid Maiden.








ni lah komik Maid Maiden. puas gila hati aku dapat beli komik ni. sekarang komik ni ada 5 siri. dan bakal lagi keluar dengan siri seterusnya. aku beli komik ni guna baucer. jimat la siket duit aku. harhar. memang aku dah bajet nak beli komik ni dengan baucer. sebab nak beli dengan duit sendiri tengah pokai. maklum la masa tu akhir sem. hahaha.






okay last but not least, semalam aku pergi pesta buku islam antarabangsa kat Balai Islam Negeri Kelantan. kebanyakan nye buku agama la dijual. dah nama nye pesta buku islam. ye dak?  banyak jugak aku, adik aku dan umi aku beli buku. aku beli buku kat atas ni haa. adik aku lah hasut. harhar. time bosan boleh cari-cari perkataan. disamping menambahkan vocab. ececece ;)



till we meet next entry. choww! ;)