Showing posts with label contact lens. Show all posts
Showing posts with label contact lens. Show all posts

16 June 2014

kesan pakai kanta lekap (contact lens)

Assalamualaikum =)


dulu dah pernah tulis pasal benda ni. boleh tengok kat kesan pakai kanta lekap. kesan tu betul-betul terjadi kat diri sendiri. dah kena tu serik la kejap nak pakai contact lens. kejap je lah. lepas sebulan pakai balik. =p


bukan apa, power mata aku tinggi dan tak balance. so lagi prefer pakai contact lens. even optometrist pun cakap macam tu. bila power tinggi dan tak balance, tak selesa pakai spek. bila mengadap laptop pun rasa pening-pening bila pakai spek. 


aku mula pakai contact lens pada 2007 iaitu masa form 5. tu pun dah nak akhir tahun dah. once dah start pakai contact lens memang akan addicted. rasa macam mata dikembalikan dan dah tak nampak frame spek kat mata. kahkah. kiranya sampai sekarang dah 7 tahun pakai contact lens. pakai la jugak spek tu tapi jarang-jarang la.


setiap kali pergi kelas memang akan pakai contact lens. aku ada silau tapi contact lens yg aku beli takde silau. cuti sem jela jarang pakai contact lens sebab most of the time ada kat rumah je and pakai spek je. tapi lately sejak aku sambung belajar lagi, masa memang banyak abis buat assignment, thesis. bila buat kerja-kerja ni aku suka buat kat fakulti dan yes sememangnya aku akan pakai contact lens. lagi selesa nak mengadap laptop. bila aku pakai contact lens, aku akan pakai dari pagi sampai petang dan kadang-kadang sampai malam. betapa buruknya perangai aku tak reti jaga mata. hahaha


2 minggu lepas aku jadi patient kepada student optometry yg sedang buat final project. dia ni suami kepada classmate aku. betapa Allah swt nak bagi petunjuk kat aku. dia check mata aku guna 1 machine yg canggih sort of untuk x-ray mata yg aku teruja gila bila tengok. keke. dah siap semua tu dia citer la, disebabkan aku ni suka pakai contact lens dalam tempoh masa yg lama, ada salur darah yg dah masuk kat mata hitam kiri aku. no wonder la sebelum ni pernah rasa macam ada benda yg  duk cucuk-cucuk mata kiri. and guess what, kesan bila ada salur darah masuk mata hitam and kalau aku keep pakai contact lens, lama-lama akan buta. yes buta. memang aku terkejut gilaaa bila dengar. 




macam ni la kes aku.


so dia nasihat kan untuk stop dulu pakai contact lens buat sementara waktu. bila pakai contact lens, oxygen tak masuk dalam mata hitam. yes mata kita pun perlukan oxygen. mana tak nya, aku pakai contact lens dari pagi sampai petang -- oxygen dah tak masuk mata. bila tidur waktu malam -- oxygen pun dah tak masuk mata. ramai orang tak tahu kesan pakai contact lens yg macam kes aku. even aku pun baru tahu.


kebanyakan kita semua ni beli contact lens yg salah. mata ada silau tapi tak beli contact lens yg ada silau. sebelum beli contact lens perlu buat fitting dulu untuk contact lens sebenarnya ya adik kakak. aku pun baru tahu. kalau nak tahu lebih lanjut, sebelum beli contact lens tu tanya dulu optometrist apa ciri-ciri contact lens yg sesuai dengan mata kita. kalau nak pakai contact lens tu, tolong la jaga cara-cara penggunaan dan pemakaian. untuk tips, boleh tengok kat sini.


sekarang ni aku dah back to basic -- pakai spek kemana saja pergi. really need to cure my eyes. at least perlu hilangkan salur darah dalam mata hitam walaupun power ni tak nak turun. Lol. spek pun dah buat yg baru which is yg ke 6 sejak mata ni rabun. masa buat spek tu, optometrist suggest kan tambah blue control kat lens iaitu dapat kurang kan kepenatan mata bila mengadap laptop. nanti next entry aku share pasal ni.  




ni la spek aku yg ada blue control


boleh nampak kebiruan tuu


bila pakai pun akan nampak.
ni masa pergi teluk intan. akan dishare in next entry =p



so adik kakak abang semua, jaga lah mata ni dengan baik. sesungguhnya mata ni adalah anugerah yg terindah. sedih bukan jika kita tak dapat melihat disebabkan kealpaan kita sendiri.


till we meet in next entry! =)

18 March 2012

10 cara penjagaan kanta lekap

Assalamualaikum :)


okay kali ni nak share pasal tips-tips penjagaan kanta lekap a.k.a contact lens. okay kita semua especially gegurl ni suka la pakai lens kan. tambah lagi nak pakai lens kaler-kaler. tak cukup kaler-kaler, nak pulak big eyes. #its me. harhar.


skang ni aku pakai lens yg big eyes kaler hitam. perasan cantik kan. kahkah. aku suka beli lens kat kelantan sebab tersangat lah murah.  tambahan pulak aku ni power tak sama, so konfem la kena beli 2 pasang. 2 pasang dah boleh dapat rm60++. kat shah alam hadoo? aku dah survey tak hadoo pun. sepasang yg kalerless pun dah rm50++. beza tak harga? memang berbeza. sebab tu kalau aku balik kelantan memang aku beli banyak pasang terus. XD


mine. :)



tips-tips penjagaan contact lens :


1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.


2) bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.


3) jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.


4) bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.


5) jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda. #pernah berlaku kat aku. baca sini.


6) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.


7) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari. 


8) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.


9) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.


10) jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.




so kalian semua, semoga dengan ada nya tips ini, dapat membantu kalian menjaga contact lenses dengan lebih baik dan cermat. hihi XD


till we meet in next entry. choww! =)

09 February 2012

rabun itu seksa

Assalamualaikum :)

holla. 


tahukah anda rabun itu satu penyeksaan? sekarang nih memang aku menyesal giler sebab dah rabun. kalau power tu setakat 100 200 tu aku tak kesah. ni power aku 500++ tahu tak. ohh sangat seksa. kalau tak pakai spek memang aku tak nampak ape-ape pun. kalau nak mengadap laptop tak pakai spek, jarak muka dengan skrin laptop ada dalam lebih kurang 10 cm kamu tahu. sangat seksa. kalu tengok tv lagi lah. kalau tak pakai spek memang tak tahu apa kat tv tu. nampak kaler-kaler je. sangat seksa. 


sebenarnya, dah mula nak bercerita dah, aku start rabun dalam form 2 lagi. tapi aku buat tak tahu je. tapi bila form 4, kesedaran nak buat spek tu timbul. bila nak buat spek tu, tup-tup power dah 400++. padan muka aku. sape suruh buat tak tahu. huhh. memang dah tak boleh nak buat apa la. hanya dapat meratap penyesalan. wawawa. kira nya dah 5 tahun aku pakai spek. dah banyak kali la jugak aku tukar-tukar spek. perlu ke cakap. haha 


first spek aku.
tembam tak pipi aku. ;)


spek aku yg latest.
kemana ketembaman pipi aku hilang? =.=


  
pink tak spek aku? wawawa. okay memang aku suka gila spek pink ni walaupun ada yg tak suka. lantak lah. spek aku kan. aku yg rabun kan. muahaha. aku pernah buat entry pasal spek pink ni.


tapi kalau pergi kuliah aku lebih prefer pakai lens. rasa macam mata asli siket. perasan. sila muntah. wek. kalau time ngantuk dalam kelas, boleh sembam kan muka kat meja terus. tak payah susah-susah nak kena buang spek dulu. hueheee


so korang-korang sekalian, sila lah jaga mata baik-baik. jangan jadi macam aku. dah rabun baru menyesal. pepatah melayu ada mengatakan, dah terhantuk baru terngadah. err, betul ke? *nampak sangat fail bm. wawawa*


Thanks for reading this entry! #tiru Fatin Liyana laahhhh. huahaha

08 August 2011

kesan pakai kanta lekap

Assalamualaikum.

holla. kali ni nak share kesan pemakaian contact lens. dulu pernah buat entry pasal 'kanta lekap boleh rosakkan mata'. respon nya agak positif. skang ni nak citer pasal kesan pakai benda alah ni pulak. bukan main dalam entry tu bagi tips kat korang kan, tapi i sendiri tak terjaga. ngeh3. sangat-sangat nak buat pasal ni sebab it happens to me twice. 

this is a real me
ahh buruk nye muka i. ;p

tengok lah mata sebelah kiri tu, bengkak kan? agak ketara dengan mata kanan. ni terjadi lepas saya pakai lens. dah dua kali jadi macam ni. selalunya lepas pakai ok je. pada malam tu memang gatal sangat mata, yalah selepas seharian pakai lens. bila digosok-gosok mata, terus jadi bengkak macam tu. kakak saya cakap dah terkena jangkitan kuman. wuwuwu

next day, Alhamdulillah bengkak mulai surut. then bila fikir-fikir, saya ni suka pakai lens. tapi kebersihan lens tak pernah jaga. yalah, sejak 2 bulan beli lens ni, tak pernah basuh kowt casing lens. gilaa aah. rupa nya jangkitan kuman kat situ lah. cit. lepas tu terusss la basuh. dan setakat hari ni, tak pernah pakai lens. tunggu raya je. hek2. kalau keluar pun pakai spek dan pashmina je. supaya nampak natural. natural tang mana? ahaxss.

sumber google
yg ni lah lens di beli tu. tempoh 3 bulan.

so korang-korang yg suka pakai lens tu, please beware ye. most important is tolong jaga kebersihan lens tu! casing lens kalau nak basuh, hanya dengan solution lens, tak boleh guna air paip. if i'm not mistaken sebab pH air dengan solution lens tak sama.

sumber google
oh cantik nya!

sama-sama lah kita menjga kebersihan mata dan contact lens. hihik =D


29 May 2011

kanta lekap boleh rosakkan mata

Assalamualaikum :)

olla u alls. bertemu lagi kite ye. dah seminggu tak update. bukan takde masa, tapi malas. muahaha.
ok jangan buang masa. u alls ada masalah mata tak? maksud saya rabun la. contoh nya saya ni. saya ni ada rabun jauh. power mata kanan 525 dan mata kiri pulak 300. camne, banyak tak? ada sape2 nak lawan? hoho. ni la akibat nya kalau masa kecik2 dulu tak jaga mata elok2. dah besar baru la menyesal. oleh disebabkan pergi kelas tak nak pakai cermin mata a.k.a spek, saya lebih prefer pakai kanta lekap atau nama english nya contact lens. bila dah pakai contact lens ni, rasa macam mata dikembalikan. tak rasa macam rabun pun. 

kalau anda ni macam saya, prefer kepada contact lens, korang kena la sentiasa hati2. jangan ambil mudah hal2 berkaitan mata ni. nanti merana la hidup. huu. kalau yg suka pakai yg kaler2 tu lagi la kena hati2. sebab nya, cahaya matahari tu akan masuk kedalam mata kita menerusi kaler tu dan boleh merosakkan mata. lebih kurang macam ni la optometri cakap kat kawan saya. so, hati2 lah ye. tempoh maksimum pemakaian contact lens ini kebiasaannya 8-10 jam. kalau dah lebih tempoh masa tu, lebih baik tanggal kan. ini kerana mungkin akan berlaku nya kegatalan pada mata dan akan menyebabkan mata tak sihat.

tips penjagaan kanta lekap :
- pastikan anda tahu tentang kanta lekap apabila anda membelinya dan melihat tarikh luputnya. kalau dah lebih tarikh luput tu jangan la pakai sebab berkemungkinan akan berlaku jangkitan kuman.
- simpan di tempat yang bersih dan jangan sesekali meletakkan kanta lekap di dalam bilik air. ini bagi mengelakkan jangkitan kuman pada casing kanta lekap.
-  cuci tangan sebelum memakai kanta lekap. dapatkan nasihat doktor pakar mata atau optometri sebelum membeli kanta lekap. 

ada kes yg berlaku keatas seorang wanita, dimana dia memakai kanta lekap untuk satu malam dan tertidur tanpa menanggalkannya. keesokkan harinya, matanya merah dan berair.dia pergi ke klinik biasa dahulu sebelum matanya menjadi lebih teruk dan bernanah. matanya dijangkiti kulat dan masuk ke dalam bola mata. untuk mengelakkan jangkitan merebak ke otak, pakar mata akhirnya memutuskan untuk membuat pembedahan membuang bola matanya. sehingga kini, wanita tersebut telah buta sebelah matanya. 

ini lah akibatnya ye kalau kita ambil mudah tentang kanta lekap ni. ianya boleh membuat mata kita buta. saya pernah tertido selam sejam tanpa tanggalkan kanta lekap. bila dah tersedar tu, sebelah kanta lekap dah hilang! dah puas tilik dalam mata kot2 ada dicelah mata. tap takde. tak taw la kot2 terkatuh ke waktu tido. sekarang sangat risau sebab takut akan rosakkan mata. 

anyway, akhir kata dari saya, jagalah mata anda sebaik2 nya! mata adalah organ yg paling penting.

*sumber adalah drpd dara.com