Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat. :)
holla. ni sy baru balik dari hantar kakak sy g kerja. pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. awal sih pergi kerja. biasa la kerja doktor. tambah pulak arini on-call. bila kerja memang sibuk giler. tapi bila dapat gaji memang seronok giler ahh. HOHO. ceh aku lak yg gelak lebih. agagaga.
masa dalam perjalanan ke hospital tu, kakak sy drive kereta almost 100km/j. padahal takde kereta pun. bukan je dia yg drive laju, sy tengok kereta2 lain pun ada jugak. yg sy nampak akak2 nurse yg bawak laju tu. ok shift 7 pagi la tu kot. yg bukan nurse ada gak oii. tak tahu la depe nak pergi mana. bawak kereta laju2 pagi hari lagi. ada kerja jugak la tu. depe semua macam duk racing pulak nengok nye. kejap lane kanan kejap lane kiri. haha. yg langgar lampu merah pun ada padahal masa tu lane lain lampu hijau. nak cepat nak pergi mane tak tahu. huhu. rasa macam duk kat shah alam lak sebab ada orang kerja ari jumaat. kui3.
semalam lak masa nak pergi ambil adik abes kerja, jalan jammed giler. ingat kan hape, rupa2 nya traffic light tak menyala. giler hura-hara jadi nya. first time sy drive dalam situasi camni. tambah lagi bile betul2 terperangkap kat tengah2 tu. ffuuhhh. takut giler. Alhamdulillah semuanya selamat. ngeh2. dalam waktu jammed tu, nampak kereta ni. fuh giler chentek menarik da booomm. terus snap gambar. kaler tu yg penting.
| Volkswagen Pink =) kalau kecik2 dulu panggil kereta kura2. haha driver nye lelaki oke. |
nanti dah kerja nak beli kereta Accord kaler pink lah. ada tak ekk? *wink2*
