30 December 2011

Nafsu Muka Buku

Assalamualaikum :)

holla. just nak share dengan korang lagu ni. lagu asal dari Cinta Muka Buku Najwa Latif. tapi diubah dari segi lirik nya. kira nya islamik punya versi la. lirik tu membawa maksud yang sangat mendalam. 


first aku tengok video ni ari rabu lepas, baru 300 lebih views. hari ni dah lebih 100 ribu lebih views. bagus lah. selalu nya lagu-lagu islamik cenggini tak ramai yang nak dengar. tapi Alhamdulillah, penyanyi ni berjaya sampai kan lagu ni dengan baik.


korang patut dengar lagu ni. dengar banyak-banyak kali pun tak jemu. tapi lelaki lah yang nyanyi lagu ni. tak kesah lah kan lelaki ke perempuan, asal kan lirik yang ditulis tu membawa maksud sangat baik.






# fall in love with this song n his voice. ahakss :)

27 December 2011

uitm dihatiku

Assalamualaikum :)


okay pagi semalam lepas solat subuh aku pergi jogging sesorang round uitm shah alam ni. cehh rajin kau pergi jogging. kahkah. takde la satu uitm ni, tapi separuh uitm je la. haha.  fikir idea untuk project dan proposal tak dapat-dapat. aku rasa otak aku ni tak cukup oxygen, tu yang rajin pergi jogging tu. muehehehe


dalam duk seronok jogging tu, sempat lagi aku snap gambar-gambar bangunan dalam uitm ni. bukan apa, sem depan kan aku last sem kat sini, so chance yang ada ni aku ambil la gambar buat kenangan banyak-banyak. kenapa bukan ambil sem depan? takut sem depan tak sempat a.k.a malas jogging. bhahaha. fyi, sem depan aku ada 3 projects sebelum melangkah ke alam praktikal. wewitt kelas ayat kau. ahakss


dah mengarut aku ni. ape-ape pun sila la layan gambar yang aku snap ni. maaf la kalau gambar tak cantik. guna kamera tepon je, 3.2 megapixel je lak tu. bukan apa, tak mampu nak ber-DSLR bagai ni. :P



bangunan CANSELARI


pintu pagar depan (seksyen 2)


air terjun ;p


bangunan CANSELARI...lagi


fakulti aku :)







kolej aku :)





terasa macam Fatin Liyana kejap. ewwww 


# Alhamdulillah project dah siap. esok present. dan sekarang dalam proses siap kan proposal lak. kesan jogging. ngeh3

26 December 2011

coca cola

Assalamualaikum :)


tadi godek-godek facebook jap. pastu ternampak gambar ni. to all Muslims, please realize this. no more COKE! NEVER EVER! 




Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.




Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermaksud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.



#copy paste from facebook. if u are a real Muslim, PLEASE SHARE this. thank you. :)


24 December 2011

kahwin

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah done with all the tests. boleh la fokus on project dan proposal pulak. dah siap dua tu baru boleh fokus on final exam. aku kena skor exam kali ni. carry marks nampak tak membantu sangat sem ni. sadissss.


okay back to main topic. kahwin? yes kahwin. akhir-akhir ni aku asyik sebut je pasal kahwin. waktu raya haji aritu kakak aku tunang. lepas tu waktu awal muharram aritu, senior dekat bilik aku kahwin. jelesssss weiii. tadi dia balik rumah suami dia. untung lah dah ada suami. waaa aku jelessss.


memang aku tak nafi, aku sangat lah nak kahwin. tambah lagi, sijil kahwin pun dah ada. tunggu orang masuk meminang jer. ahah. 


sijil kahwin ;p


sampai kan dalam facebook pun aku duk merapu meraban cakap pasal kahwin je. 


^___^



kazen aku ingat aku dah nak kahwin. hihi


kawan aku cakap aku gatal? memang! haha


yang ni paling tak boleh blahh. haha


kak long aku kahwin umur 24, sekarang dia dah 28, 3 orang anak. fuhh. abang aku sekarang 26 tapi takde mende pun lagi. duk ngorat lagi. haha. kakak aku tunang aritu umur 24. lepas dia patut nye aku lah. tapi bile tu? ohh memang tak sabar. hahaha. memang giler gataiii aku ni. =,=


tapi tak salah kan ada keinginan nak kahwin. awak, cepat kerja, nak kahwin lak. haha. waktu aku dan classmates pergi kursus kahwin, memang kite orang heboh kan kat facebook la kan. pastu ada satu mamat ni, kawan kepada kawan aku, dia cakap macam ni haa, korang ingat kahwin ni main-main ke? terguris hatiku membaca nye. sebab aku nak sangat kahwin. terus aku balas, memang lah kahwin bukan main-main, tapi kalau kahwin awal lagi la bagus, dapat elak kan maksiat. teus dia tak balas komen. haha giler kejam ayat aku. 


lately duk kecoh kat facebook pasal video DENA & ARIFF tu. mesti korang dah tengok kan. lucky her. suka ayat ni. 

'i want to be with you forever until Jannah'
'bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah'


:)

23 December 2011

Final Exam

Assalamualaikum =)


holla. tak lama lagi aku akan start final exam. jadual pun dah keluar. Alhamdulillah jadual terbaekkk.


11/1/2012 - PDE
14/1/2012 - COMPLEX
17/1/2012 - STAT
20/1/2012 - TAX


Alhamdulillah lambat siket start. sempat lah nak buat proposal yg langsung tak buat apa lagi ni. ada group project lagi. erk. tak tido malam la aku nanti. haha


muka tension. bhahaha



anyway, good luck for me! :)

11 December 2011

student's life

Assalamualaikum :)

holla. ya aku masih lagi bernyawa, cuma kerajinan untuk meng-update itu tiada. ekekeke.


tahun 2011 hampir melabuh kan tirai. oh rasa sekejap pulak masa berlalu. tahun depan dah 22 dan tinggal lagi setahun nak habis degree. rasa macam baru semalam daftar diploma. sem 5 aku pun nampak nya dah nak berakhir. moga ilmu yang dapat sem ni dapat digunakan dalam exam nanti. amin.


aku budak u. so mesti la blog aku pun cerita pasal campus life, student's life. ni je idea yang aku ada. kesian kann. HAHA


sekarang uitm ada lagi 2 minggu belajar sebelum start final exam. dan dalam 2 minggu akhir ni lah, lecturer dengan meriah nya nak buat tests, nak bagi assignments, projects and others. ya aku memang suka begini. kehkeh. memang tak dinafikan, keadaan begini sangat lah mnyerabutkan kepala otak. selasa ni aku ada test. tapi sekarang masih lagi bersenang-lenang kat kampung halaman. ahh i don't care. home is the place ever! :)


Alhamdulillah aku dah lepas presentation bel selasa lepas. first presenter tu. memang aku suka jadi first presenter. kalau boleh semua nya nak first. ahakss. kalau tak lepas lagi, memang menangis lah. yela, pagi selasa ada test dan lepas test ada presentation bel. penting tuu, markah individu.


selama mana aku belajar ni kan, aku rasa aku tak pernah rasa stressed gilaa. kalau aku stresses gilaa pun aku tak mengeluh atau mengomel. sebab aku ingat pesan umi aku, kalau kita buat sesuatu kerja, jangan mengeluh. kena buat kerja dengan ikhlas. lepas solat jangan lupa baca Al-Quran. Alhamdulillah I made it. 


sekarang dah nak akhir sem. as I mention earlier, time ni lah macam2 tugas kena buat. aku perhatikan, kawan2 aku macam sort of mengeluh atau mengomel. aku bukan nya nak kutuk dorang, tapi just nak luah kan apa ada kat hati ni. ecece. kalau tak dapat solution untuk sesuatu kerja tu, memang lah dorang tak give up, tapi macam2 lah perkataan keluar kat mulut tu. aku rasa tak perlu nak mengeluh atau mengomel sebab kita yang decide nak masuk u, so kena la hadapi segala cabaran.


aku ada 4 upcoming tests. selasa(13/12), sabtu(17/12), khamis(22/12), jumaat(23/12). ada assignment kena  submit 19/12. proposal kena submit 2/1. video arab kena submit 20/12. all just nice right? haha. untuk test memang ape pun tak prepare lagi. arab tak shooting lagi. assignment tak buat lagi. proposal baru buat siket. nanti nak submit baru la rushing aku ni. haha


itu lah student's life. busy je memanjang. nak2 lagi time akhir sem. tapi aku sedar, aku tak perlu merungut sebab aku yang pilih nak masuk u. so aku kena la hadapi semua tu dengan tenang. 


aku nak bagi tips siket untuk kawal stress. kalau anda mula nak rasa stress, tarik nafas dalam2, hembus. buat 2 ke 3 kali. lepas hembus nafas tu beristighfar la. InsyaAllah anda akan mulai rasa tenang. anda juga jangan lupa. sentiasa lah anda jadikan Al-Quran sebagai teman rapat anda. jangan disebabkan anda busy nak study untuk exam, anda ketepikan Al-Quran. Al-Quran lah yang perlu anda buka untuk yang pertama setiap hari sebelum buku2 lain. dengan membaca dan menghayati Al-Quran, anda akan rasa belajar itu mudah. InsyaAllah. =)





semoga aku dapat menjawab soalan final exam nanti dengan tenang dan lancar. InsyaAllah. amin. =)