21 November 2011

go away STRESS!

Assalamualaikum =)

pernah tak korang stress? boleh di kata kan semua orang akan mengalami stress kalau terlalu banyak beban yang terpaksa ditanggung. 



contoh camni laa. kita kan student. ni dah tengah-tengah sem ni banyak betul segala macam jenis assignments, quizzes, tests. tak tambah lagi dengan projects, proposals. nak pulak semua benda tu perlu di submit pada waktu yang sama. maksud nya korang kena siapkan semua kerja tu dalam satu masa. pastu mula la tak cukup tidur, tak sempat makan. memang betul-betul boleh stress la kan?

tapi aku awal-awal sem lagi stress. bila lecturer tanya sape ketua kelas, semua duk tuding jari kat aku. macam la aku sorang je ada dalam kelas tu. stress kamu tahu. yelah, nak kena fotostat nota bagai. nak kena kutip duit lagi. bukan mudah sorang-sorang nak bagi duit. sampai aku buat muka tak malu mintak banyak kali. ngeh ngeh. tapi kan, nampak sangat aku orang famous dalam kelas. okay, sangat perasan. bhahahaha

stress atau tekanan adalah cara badan bertindak balas kepada apa-apa jenis permintaan.


okay, berikut adalah cara-cara untuk menangani stress.

1. Plan to priorities (merancang untuk keutamaan)
rancang lah setiap apa kerja yang kita nak buat. perancangan kerja amat lah penting. kalau tak rancang dari awal, nanti akan kelam-kabut. dan dari situ anda akan mula stress.

2. Reduce anger (kurangkan marah)
kalau sebelum ni anda seorang yang panas baran, cuba lah untuk kurang kan nya. ya memang susah untuk kawal kemarahan. tapi benda yang paling simple untuk kawal kemarahan anda tu adalah dengan berwudhuk. InsyaAllah kemarahan anda akan reda.

3. Laugh a lot (banyak kan ketawa)
dengan banyak ketawa, anda dapat kurang kan stress. cuba lah tengok Running Man seribu kali, pasti stress anda dah takde.    #walaupun aku tak minat sangat Korea, tapi aku tahu jugak pasal Running Man. kehkeh

4. Change lifestyle (ubah cara hidup)
kalau sebelum ni anda seorang yang suka tidur lambat, cuba anda tukar habit tu. cuba tidur awal dan bangun awal. kalau anda buat kerja di awal pagi, anda akan rasa tenang. dan InsyaAllah kerja yang anda buat tu akan lancar.

5. Exercise (bersukan)
dengan banyak bersukan, badan anda akan berasa segar. kepenatan akan hilang dan seterus nya dapat mengawal anda daripada stress.

6. Ibadat
ya, memang hari-hari anda solat kan. tapi adakah hari-hari juga anda membaca Al-Quran? cuba anda luangkan masa untuk mengaji selepas solat dan sebelum anda mula kan kerja. InsyaAllah anda kan rasa tenang. perkara ini lah yang paling penting yang perlu di utama kan dalah kehidupan seharian.  #aku tak la reti bab agama, tapi aku hanya nyata kan pengalaman aku je.


berikut adalah gambar untuk menguji sama ada korang stress ke tak.












adakah anda melihat gambar tak bergerak? makna nya anda tak stress. tapi, kalau anda lihat gambar bergerak, makna nya anda stress! semakin laju gambar bergerak, maksud nya anda tersangat lahh stress. so, cuba lah untuk atasi. lihat cara-cara kat atas dan cuba praktik kan nya.


SELAMAT MENCUBA!


6 pink people talk :):

deeya said...

sgt brgune!thanks=)

dinie said...

yang exercise 2 mcm interesting je.. jom main badminton..hehehe

Anonymous said...

dulu, penah tgk gambar nie....mmg laju giler gambar tu bergerak.
tapi, tadi tgk balik gambar nie....dak kurang bergerak. Dah kurang stress ar kan? heheh...tq!

kinn said...

@deeya : selamat mencuba. most welcome! :)

kinn said...

@dinie : nanti free kite main dehh. hihi ;p

kinn said...

@~Budak Merah~ : nampak gaya nya dah kurang la tu. heee :)