23 February 2012

result exam dah keluar.

Assalamulaikum :)


Alhamdulillah. fyi, result exam untuk uitm baru keluar semalam. lambat pulak keluar. budak u lain dah start kelas. takpe, yg penting aku cuti lagi. heaven! haha. dan sangat lah tak heaven untuk aku bila dapat tahu result aku yg macam ___. entah la, aku pun tak tahu nak cakap apa. 


aku dah expect result aku tak seberapa sebab jawab exam aritu bantai je banyak. ni lah kali pertama dapat result macam ni. sangat-sangat-sangat terkejut. nak tunjuk pun malu. hahah. dan untuk pertama kali nya aku tak dapat dekan. makna nya takde la harapan aku nak rangkul anugerah naib canselor nanti. T__T .masih lagi berdukacita. sebenarnya nak update semalam lagi, tapi mood tu takde. 




apalah aku ni. tak dapat dekan pun tak bersyukur. orang lain yg ada sangkut tu lagi sedih dari kau tau tak kin. tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab lulus semua. aku ada risau satu subjek tu. takut sangat sangkut. yalah, masa jawab aritu, aku confident jawab 20 markah je. carry marks lagi lah tak tahu. memang tawakkal je jawab. nak tahu tak aku dapat apa? C+ koottt. hebat tak? first time aku dapat subjek math C+. budak math dapat C untuk subjek math. dan untuk rekod, subjek math aku sem lepas takde yg dapat A. sangat memalukan. >.<


baru aku faham, sebenarnya cara aku study tak betul. aku study macam hafal cara jawab. bukan faham cara nak jawab. kat situ satu. yg kedua, aku suka kutuk lecturer. teruk kan aku? please dont this too. sekarang aku dah terima akibat. padan muka. memang betul orang cakap, kalau suka kutuk atau mengata kat lecturer, ilmu tu tak berkat. benar semua nya. padan muka aku, sekali lagi. =.=


aku kalau bab-bab result ni cerewet siket. aku tak suka sangat orang tanya result aku. its my nature. aku takut tujuan orang yg tanya tu untuk berbanding sama lain. kalau ada kawan mesej tanya result, kalau aku dah cek la, aku takkan balas mesej dia. sori ye kawan. dan kalau korang nak tahu sangat result aku, meh nak habaq. Alhamdulillah semua lulus dan aku tak dekan. puass? giler kejam aku. muahahaha 


takpe lah. benda dah lepas. tak boleh nak buat apa dah. aku sudah terlepas peluang untuk anugerah naib canselor. tapi ada satu lagi peluang akan ku capai. grad degree with first class. InsyaAllah.






di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada my beloved sebab bakal grad first class, jika tiada masalah  dengan prektikal nya. I'm proud of you. :)



4 pink people talk :):

Anonymous said...

dear kin,

be strong ok. org2 selalu tye result kin,sbb dorg pcye kin hebat! :)
xpe kin,grad with 1st clas honour tau! gudluck! jgn sedih2 da. cayok kin cayokkk!

with love,
ain cute (statistics)
-Romate tika-

mesti x sangke kte yg komen kan? kan? hehehehehehe.

kinn said...

@Anonymous: ain!! kite dah agak mesti ain akan baca,heee. kite dah tak sedih dah, dapat terima hakikat dah. insyaAllah ain, I'll do my best! good luck tuk ain jugak taw! :D

نورعيم said...

kin, xpe nanti insyaAllah grad dgn first honour.

kin bdk pure maths kan? sem berapa dah? utk degree nti sy apply pure maths dgn stats tp xtau lah dpt ke tak. huhu.

kinn said...

@Noraim: amin. :)

kin bukak sem ni dah part 6. honestly, statistik mudah nak skor. kalau norain dapat pure maths boleh la jumpa kat sana! ;)