04 March 2012

Sani Ekspress terbaik!

Assalamualaikum :)


aku dah pun selamat sampai di kolej tercinta ni pagi tadi. malam tadi bas aku jam 9.30 pm. aku bertolak dari rumah dalam 8.20 pm macam tu. ada kawan aku yg naik satu bas cakap, jalan yg dia lalu jem. so aku try la lalu jalan lain. tapi malang, jalan yg aku lalu tu lagi lahhh jem. 


rupa nya ada perarakan kereta berhias sempena perasmian tahun melawat Kelantan 2012. memang aku tak tahu langsung! duduk je kelantan tapi tak tahu pape pun. harhar. kawan-kawan sudi-sudi la melawat Kelantan ye. hihi :)


tapi Alhamdulillah setelah ambil jalan shortcut sampai jugak stesen bas dalam 9.20 pm camtu, bas pun tak sampai lagi. fuhh. ye la, jalan jem kan. ohh fyi, aku naik bus sani ekspress. aku dah serik tak nak naik bus transnasional yg wajib kena tunggu 2 jam baru boleh naik. macam siot kan. hakhak. 


dan aku seronok gilaa dapat naik bus sani ni. di setiap kerusi ada tv haa. nak kata tv tak jugak macam ipad camtu la. haa bukan main canggih lagi kau. bus lain hadoo? takde bhai. sesape yg pernah naik bus sani mesti tahu kan. ohh ohsem gila. tak dapat aku ungkapkan keterujaan itu. cewaahh. ;)


tv tu, walaupun bukan tv aku panggil tv lah, touch screen kau. memang sebijik macam ipad. dalam tu ada movie, lagu, software Al-Quran, games dan etc, tak ingat. wooww memang teruja betul lah aku. jakun sekejap. harhar. aku pilih tengok movie. movie pulak bermacam jenis ada - english, malay, chinese, kids. at first aku tengok movie Edward Scissorhands. mesti korang pernah tengok kan. besst dapat tengok tapi tak sempat habis sebab mengantuk. hehe. last tengok citer tu mase 6 tahun kot. hoho. 


tadi aku ada google pasal citer tu, konon nya nak download lah, tapi memandangkan broadband aku hanya lah 1.5gb, terpaksalah batal kan niat tu. kang tak pasai makin slow broadband aku. kehkeh. rupanya kan, citer tu tahun 1990 lagi. and I was born on that year! aku sama tua dengan citer tu. eh silap, sama muda. hakhak. dan aku baru tahu si Edward tu Johnny Depp. giler lain. memang tak perasan langsung. =.=


bukan setakat tu je, kat setiap bawah kerusi tu ada soket. tapi aku panggil plug. haha. korang tahu kan? yess percaya lah. kalau tak nak tengok movie dalam tu, boleh bukak laptop sendiri layan movie sendiri. hehe. sememang nya ohseemm. aku tak habis teruja lagi nih. bukan main dengan bersungguh-sungguh nya aku citer kat kawan-kawan. harhar. so korang yg naik bas sebagai pengangkutan utama untuk balik kampung, sila lah naik bas sani ekpress yee. konfem korang tak nyesal. hehek ;)


okay tamat part tu. sekarang nak citer pasal ni pulak. esok akan bermula lah sem baru. ini bermaksud, esok aku dengan rasminya menjadi student part 6! panggil aku senior okay? hahak. suka dapat jadi part 6 sebab dah last sem belajar. tapi tak suka part study tuh. uhukk. nanti part 7 praktikal. ohh yeaah dah nak habis degree. kalau ada rezeki nak sambung master pastu kawen. #kbai


okay aku bercerita dah macam karangan. nanti aku sambung balik yeh. hihi :)


till we meet next entry. choww! :)

8 pink people talk :):

Unknown said...

mirah 3x doh naik sani x ajin buleh hok ado tv.. waaaaaaaaa beci!

نورعيم said...

tok rajin lg naik bah sani. saem2 oyak best snn seleso.

oloh, nok naik alah mano gak mugo study mace ni jah. huhu.

kinn said...

@Amirah Adnan: rilek2, lain kali cuba lagi deh. hahak ;p

kinn said...

@Noraim: haha xpo. nati boleh shah alam naik bas sani dehh. :)

BERT said...

huhu lame tak naik bas... :))

Anonymous said...

awak akan merindui zaman study.. serius..

kinn said...

@BERT: time student je naik bas kan. hee :)

kinn said...

@cikchempakaツ: ramai orang cakap macam tu. :)