28 November 2011

ponteng kelas?

Assalamualaikum =)

aku bukan lah suka ponteng kelas. aku pantang betul dengan orang tak pergi kelas sebab tak siap kerja. sape tak suruh tak buat kan. kalau aku tak siap, aku copy paste la dengan sape-sape yang dah siap. bhahaha. giler buruk perangai.


ada jugak yang sanggup tak pergi kelas semata-mata nak study untuk test. contoh macam ni laa, malam ni ada test math. kelas akaun pukul 4 petang, sanggup tuu tak pergi sebab nak study untuk test. perlu ke sampai macam tu? yes mengaku sangat menyampah dengan orang macam ni. yang dikejar tak dapat, yang dikendong terciciran. eh betul ke peribahasa aku? ahh lantak lah. Alhamdulillah aku setakat ni tak pernah lagi buat macam ni. mintak jauh la kann.


and for the first time ever, jumaat lepas aku ponteng kelas. tapi bukan lah sebab-sebab kat atas okay? aku pergi Pusat Kesihatan(PK) sebab nak  suruh doktor check kulit aku gatal-gatal. tak tahu lah kenapa gatal-gatal. lepas cuti sem aritu jadi camni haa. kawan-kawan aku 2 3 orang ada gak jadi camni. mungkin sebab air kotor? entah lahh. doktor bagi aku ubat makan dan krim sapu. 


nampak tak muka aku gatal-gatal tu.
ahh buruk nye muka. =.=


kelas 8.30 pagi aku pergi. memang tak tahan woo gatal. dah merah-merah muka aku. kawan aku cakap dia tak nak pergi kelas 10.30 pagi. ohh okay aku tak kesah la. 5 minit lepas tu aku cakap kat dia tak nak pergi jugak lah. aku suruh dia teman aku PK. memang gelak laa sama-sama tak pergi kelas. kehkeh.


then kiteorang pergi la PK. dalam setengah jam kot urusan aku dengan doktor selesai. sambil tunggu kawan aku sorang lagi jumpa doktor, nak tahu tak apa jadi? lecturer kelas 10.30 tu call aku! walawey, aku memang nervous la weii. memang tak nak angkat la kan, takut kena marah. aku biar kan jee. aku cakap kat kawan yang teman aku tu, kot-kot puan call semua orang tak pergi kelas. and i was true! lecturer call pulak kawan aku tu. mula-mula dia tak nak angkat. tapi dia angkat gak. apa lagi, terukk la kena marah.


lepas balik tu baru la aku mesej lecturer sebab aku tak pergi kelas. aku pun sebenar nya takde mood kalau dalam kelas dia. ikhlas aku cakap. kadang-kadang kalau dia buat lawak, aku langsung tak gelak. orang lain bukan main ketawa terbahak-bahak. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku tak dapat nak adopt cara dia mengajar. asyik duk tunjuk slide je. tak bagi salin pulak tu. mengantuk la baiii. at least kalau salin hilang la siket mengantuk tu. ada 1 chapter tu, takde pun nota lengkap yang di salin. bagus lah. nanti test, nak jawab apa? 


mungkin kata-kata aku kasar. tapi lebih baik terus-terang daripada duk pendam kan. merana nanti. 


Alhamdulillah terluah jugak apa yang di pendam. ringan rasa dada ni. muehehe.


#nak kena buat surat kat lecturer la pulak. sape suruh ponteng kan. padan muka.

6 pink people talk :):

Anonymous said...

totally agree with u. menyampah giler, bile dengar classmate ponteng kelas semata2 nak study utk test. Dlm aty kate...kalau xdapat A utk test tue, jage ko....huhu!

Anyway, nie student UiTM Shah Alam ke? PK, kelas kul 8.30, 4....

kinn said...

@~Budak Merah~ : i was thinking like that too! yup student uitm shsh alam. :)

reen said...

meh ler join belog kitew!
http://anuarandizrin.blogspot.com!

Yatie Musa said...

takboleh eh ponteng kelas utk study test. ok, iteww x buat lagi la. ngeh2

kinn said...

@reen : will visit u! :)

kinn said...

@Yatie Musa : haha. jangan buat lagi okay? :)