25 December 2012

Choco Chips Cookies

Assalamualaikum :)


google


anda pernah makan biskut Famous Amos? mesti pernah kan. sedap giler kannn. hehe. kadang-kadang makan mesti tak puas kan. kalau beli 100mg tu almost rm10, which is costly for me. hewhew. dan ni, saya nak introduce satu biskut ni, rasa dan rupanya sebijik sama macam Famous Amos. nak taw? jeng jeng jeng. hihi


Choco Chips Cookies !




Choco Chips Cookies ni home made taw. dibuat dari rumah. so memang special edition punya. kalau rasa tak puas makan yg Famous Amos tu, rasa malas nak pergi beli Famous Amos dekat mall tu, boleh cuba rasa dan beli Choco Chips Cookies online je taw. haa kan senang. semua tu di hujung jari anda je. :) 


Pakej A 
5 biji  =  RM2.50/pack
10 biji  =  RM4/pack


Pakej A+
5 biji  =  RM3/box
10 biji  =  RM4.50/box



Pakej B 
15 biji  = RM7.50/box


Pakej C
20 biji  =  RM9/box


Pakej D
30 biji  =  RM14/box


Pakej E
40 biji  =  RM15/box


sekarang ni ada YEAR END SALES taw, which is, free postage! so boleh sms/call/whatsapp saya di 0194490116 untuk lebih details! :)


promosi ni juga untuk VIRGIN COCONUT OIL --> http://sakinahabdul.blogspot.com/2012/11/virgin-coconut-oil-vco.html


dan EVERLYNN SKINCARE --> http://sakinahabdul.blogspot.com/2012/11/everlynn-skincare.html


feel free to contact me! =)

30 September 2012

industrial trainee's life

Assalamualaikum :)


pada 10/9 yg lepas, aku telah berjaya melaporkan diri sebagai pelajar praktikal di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). hari pertama, lebih tepat lagi minggu pertama, tak banyak sangat kerja yg dibuat. kerja utama adalah merenung dan tengok tv. HAHA. aku ditempatkan di Pengurusan Kemanusiaan. atau lebih spesifik lagi ialah dibawah unit Hal Ehwal Murid (HEM). dibawah unit ni, aku bekerja dibawah bos-bos. makna nya, aku seorang la staf biasa. what-to-do. hihi


bila dikatakan PPD, mesti la berkait dengan sekolah kan. so dah boleh agak la apa kerja aku. macam yg biasa kita dengar, pelajar praktikal disuruh fotostat, call, fax. and yes. itu lah yg aku buat. kena fotostat surat untuk sekolah, kena fax surat untuk sekolah, kena call sekolah. eventho tak berkait langsung dengan bidang belajar aku, yg penting dapat pengalaman kerja. lecturer pun ada cakap, yg penting pengalaman kerja. so bila interview kerja nanti boleh la cerita pengalaman tu. walaupun siket, pun boleh.


sudah masuk minggu ke 4 aku praktikal. maka nya tinggal lagi 10 minggu. sejak aku berpraktikal ni, PPD ada buat 2 event. 1 under PPD sendiri iaitu Jamuan Hari Raya pada 18/9. 1 lagi under unit HEM iaitu Kem Gaya Hidup Sihat bersama pelajar tingkatan 4 di Bukit Keluang, Terengganu pada 25/9-27/9. :) 


jamuan hari raya. tema merah youuu


the one and only budak praktikal bersama
umur 20. okay matang gilaaaa


bukit keluang! wehuuu


bersama kumpulan Gaya Kami Hidup Sihat
kumpulan ni sangat sportinggg


bersama kumpulan 3S
mereka sangat happening!


sepatut nya hari ini ikut bos ke Kuala Terengganu. tapi tak dapat ikut last minit sebab ada perkara tak dapat dielakkan. tapi takpe. dapat pergi ke Bukit Keluang pun dah cukup seronok. budak-budak tu siap ajak pergi reunion lagi. kikiki


itu lah serba sedikit yg dapat diceritakan sejak berpraktikal ni. 


until we meet in next entry! =) 


03 September 2012

Hei.. Aku Kenal CINTA!

Assalamualaikum :)


di pertemuan kali ini, aku nak kongsi kan satu novel ni yg konfem best punya. bak kata orang korea, daebak. eh? LOL


tajuk novel ni ialah Hei.. Aku Kenal CINTA! ditulis oleh XEERA FEEQA. fyi, penulis ni kawan aku okay. *bangga kejap* dia satu kos dengan aku masa diploma dulu. tapi bila degree dia amek Sains Aktuari. budak hebat dia ni. hihi. novel ni merupakan penulisan pertama beliau. :)


ekceli aku baru je beli buku ni kat Popular tengah hari tadi. sebelum ni dah baca 5 bab kat fesbuk tapi tadi baru berkesempatan dapat beli. hehe. okay, novel ni mengisah kan cinta zaman moden. tapi kan, kalau aku cerita semua tak best lah pulak. apa kata korang baca sinopsis kat sini - SINOPSIS



Hei... Aku Kenal Cinta
cover novel



xeera feeqa :D


lepas korang baca sinopsis tu, konfem korang akan suka punya. so, jangan lupa beli taw. sokong novelis ni aka kawan aku. hihi ;)


UPDATE 5/9/12 : aku dah habis baca novel ni. serius best. sesiapa kaki novel tu jangan lupa eli ta! ;D


till we meet in next entry =)

24 August 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum  :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua yg membaca entri ini.  arini dah raya ke 6 tapi baru nak update.  maklum lah, beraya sakan.  bila update, harus lah mahu berkongsi cerita dan gambar. heee ;)


raya ke 2
idham(adik), kin(saya), hidaa(kakak), mieha(adik), azim(adik)

bergambar ketika mahu pulang ke kampung untuk kali ke 2. raya pertama takde gambar official sebab busy sangat beraya, sampai tak sempat nak bergambar. kehkeh


raya ke 2
cikgu zalehan, kin, hidaa

pergi beraya rumah kawan kakak, terjumpa dengan cikgu matematik sekolah rendah dulu. rupa nya kawan kakak tu adik cikgu. kecik betul dunia ni. terjumpa jugak dengan anak lelaki cikgu yg satu kelas dulu. tapi dia lagi comel masa kecik dulu. ops tergatal pulak. kihkih. amek gambar guna bb. tu yg tak cantik. hahar


raya ke 3


raya ke 3
family day belah abah

raya ke 3 ada family day 3 keturunan keluarga belah abah. diadakan 2 tahun sekali. tahun ni kali ke 2, seramai 200+ yg hadir. masa pertama kali diadakan, seramai 502 yg hadir, sampai masuk kosmo dan sinar harian. :)


raya ke 4
saya, aida, shafa, azam, baz, nik, fatin

ni semua classmates kat uitm shah alam. shafa tu orang selangor. kampung dia kat kelantan. so, dikesempatan dia balik beraya kat sini, kami beraya la ramai. maklum la, sem depan kami dah tak jumpa sebab pektikal kat tempat berlainan. lokasi sini ialah rumah aku. guna bb lagi sebab tu gambar tak cantik. kehkeh.


raya ke 4

selepas rumah aku, kami semua ke rumah fatin pula. fatin ni orang terengganu. kebetulan dia balik beraya di kelantan, kami pun ambil kesempatan jugak beraya kat rumah dia. yg lain-lain tu dah memang orang kelantan. hehe



raya ke 4
fikri, akram, fatin, saya, fazlin, zulhilmi

ni rumah fatin jugak. mereka semua ni kawan sekolah menengah dulu. memang lama lah tak jumpa. untung jugak pergi rumah fatin, dapat jumpa dorang. kehkeh.



raya ke 5

sebelum bertolak ke kampung abah untuk makan capati. ni azim yg amek gambar. guna iphong kakak. tak tahu lah kenapa muka aku macam tu. -_-


baju raya sepasang je tahun ni iaitu putih dan tudung pulak yg 3 layer tu. dah namanya tudung raya harus lah pakai setiap kali pergi beraya walaupun hari-hari. kahkah. =.='


until we meet in next entry. =)

29 July 2012

kahwin =D

Assalamualaikum :)


bertemu lagi setelah sekian lama menyepi. hihi. okay kali ni nak bincang pasal kawen lagi. suka lettew. kekeke


~Perutusan Raja Sehari~
google

kawen muda


lately ramai kawan-kawan dan bloggers yg kawen muda. kawen muda yg dimaksudkan disini adalah kawen ketika umur 20/21/22/23/24 tahun. bagi aku lah. hehe. bagus sebenarnya kawen muda ni. selain daripada mengikut syariat Islam, dapat jugak mengelakkan maksiat. 


kawan satu sekolah yg sebaya dengan aku dulu pun ada yg dah kawen. yg bakal kawen raya nanti pun ramai. yg dah bertunang pun tak terkira ramainya. eventho sepupu aku yg umur 21 tahun pun dah bertunang. bulan 12 ni kawen. bloggers pun tak kurangnya. antara boggers yg kawen muda yg aku kenal ialah Dena Bahrin, Irine Nadia, Dian Pelangi. kalau tak silap, umur mereka tak cecah 23 tahun pun lagi. ehee


yes, I do jeles dengan orang yg kawen muda ni. muahahaha. aku pun teringin sebenarnya nak kawen muda. tapi bila mengenangkan both of us tak kerja lagi, so jangan mimpi lah. nak amek duit kat mana? ahahaha. lain  lah kalau dapat bakal suami yg dah kerja. nak kawen sambil belajar pun boleh. memang lah aku duk menggedik nak kawen, tapi aku tahu nak kawen ni perlukan baaannyyyaaakk duit. so dengan aku yg baru nak abes belajar ni,dalam mimipi sajalah boleh kawen. hewheww


google

kawen ketika belajar


sebenarnya kawen ketika belajar ni lebih kurang sama je dengan kawen muda. remaja sekarang ramai yg belajar tinggi-tinggi. lepas abes degree terus sambung master. disebabkan ada yg dah masuk meminang, mereka kawen lah masa duk belajar lagi. kawen muda pulak mungkin kedua pasangan tu dah berkerja. so, tiada masalah la nak kawen kan. hehee. lagi pun tak salah sebenarnya nak kawen ketika belajar ni. ;D


ada 3 kategori dalam kawen ketika belajar ni.
1) suami sudah bekerja isteri masih belajar
2) isteri sudah bekerja suami nasih belajar
3) suami isteri masih belajar


untuk kategori 1 dan 2, kesefahaman adalah sangat penting. kategori 1, suami perlulah menyokong si isteri yg masih belajar ni. jangan bagi si isteri stress. kalau dah stress, boleh ganggu peajaran tahu? kalau nak anak sekalipun, bersabarlah. bagi peluang untuk isteri tu untuk belajar sampai abes dulu. jangan paksa-paksa isteri. tapi kalau dapat anak, rezeki Allah nak bagi la kan. :')


kategori 2, isteri jangan lah nak membandingkan taraf dengan si suami. walaupun isteri dah kerja, bagi sokongan untuk suami abes kan pelajaran tu. jangan bagi suami stress. selebih nya sama lah jugak dengan kategori 1.


kategori 3, disebabkan kedua-dua masih belajar, perlu jugak kesefahaman tu. sokong antara satu sama lain. saling tolong menolong dalam pelajaran bagi yg sama kursus. banyak cerita aku dengar, pasangan dalam kategori ni berjaya dalam pelajaran. ada tu, siap dapat anugerah naib canselor lagi. see, kawen bukan lah halangan untuk belajar!


ya, aku tak kawen lagi so tak boleh nak komen banyak. tapi, aku tulis berdasarkan pemerhatian, pengalaman kawan dan pendapat sendiri. maaf sekiranya ada yg tak berpuas hati. hehee. anyway, sebarang komen atau pandangan anda amat lah dialukan. :)




till we meet in next entry! :)

23 June 2012

Final Exam On The Go

Assalamualaikum :)


straight to the point. minggu depan aku dah start final exam untuk final semester degree. ya Allah seriously aku tak sangka dah nak abes degree. eventho sem depan ada pektikel, sem ni lagi takut. sem ni lah penentu segalanya. aku tak prepare pape lagi untuk exam ni. cadangnya nak study pagi ni, tapi tetiba laju pulak tenet uitm nih. aku tergoda! bhahahaha. dah la dengan report final year project kena hantar ari isnin, stress. kahkah


google


wokey lah, just nak share jadual exam aku je. hihi

‎27/6 - MAF 310 - MANAGEMENT ACCOUNTING
2/7 - ENT 600 - TECHNOLOGY ENTREPRENEURSHIP
11/7 - MAT 652 - ALGEBRAIC STRUCTURES
12/7 - QMT 634 - SIMULATION
16/7 - MAT 660 - PRESENTATION FINAL YEAR PROJECT

nak mintak awak awak semua du'a kan saya ye. harapan saya nak pegang anugerah naib canselor dah takde. tinggal harapan pegang kelas pertama.  saya tak nak harapan tinggal harapan. saya nak harapan saya jadi kenyataan. saat saat macam ni la saya perlukan sokongan dan semangat. hewhewww. wish me luck! :')


when there's a will, there's a way.


google


till we meet in next entry. =)

14 June 2012

cara kurangkan rabun mata

Assalamualaikum =)


okay kali ni nak share satu tip untuk kurangkan rabun mata. anda yg rabun tu mesti nak tahu kan. harus lah kan. sangat tak selesa bila rabun ni. dah rabun baru menyesal tak jaga mata baik-baik. aku lah tu. hahar. aku pernah baca tip ni kat majalah apa pun aku lupa lah. sebab dah lama. bila aku praktikkan, Alhamdulillah berhasil. okay okay mesti korang dah tak sabar kan. okay jom ikut cara kat bawah ni.

ketika berwudhuk di bahagian muka, buka mata supaya air wudhuk masuk ke dalam mata. amal kan setiap hari. insyaAllah berhasil.

sangat senang. bayang kan kita berwudhuk untuk solat wajib saje dah 5 kali sehari, tak campur sunat lagi. so, total dalam sehari kita berwudhuk kat bahagian muka 15 kali. seminggu? sebulan? kira lah sendiri ye. hew3. korang praktik lah. insyaAllah berhasil.

aku aritu cadang nya nak buat spek baru. bila cek power mata, power turun. aku pun heran camne boleh turun. padahal tiap tiap hari mengadap laptop haa. bila aku duk pikir pikir, baru teringat aku praktikkan cara ni. Alhamdulillah berhasil. so, korang cubalah ye. :D


till we meet in next entry. =)

13 May 2012

HIJABISTA

Assalamualaikum :)


ada sesape tak tahu majalah HIJABISTA ni lagi? fyi, Hijabista ni adalah majalah fesyen untuk pompuan-pompuan berhijab. ekceli, aku pun baru tahu ada majalah ni. hihi. jumaat minggu lepas, lepas tengok Chow Kit kat Jaya Jusco Bukit Raja, pusing-pusing lah dulu satu mall tu. pastu terpandang majalah ni kat satu kedai ni. terus terpikattt. terus beli. haruslah. aku kan suka berfesyen. wekkk. ;p



hijabista



at first, aku tak cam lagi taw sape cover ni. lepas cari nama, baru prasan si Diana Amir rupanya. seriuss dia cantik bila bertudung. :) ini merupakan edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama pada bulan Julai ini. ianya berharga RM10 dan merupakan harga mampu milik. macam-macam tips fesyen dalam majalah ni. cara pakai shawl, cara mix and match. korang kena beli sendiri lah baru tahu kan. hehe.



model terbaru. kekeke


dalam kita berfesyen pun, kita kena ingat, menutup aurat tu yg utama. aku macam notice la skarang ni sesetengah orang tu berhijab untuk berfesyen, bukan berhijab untuk menutup aurat. well tu pandangan aku saja, aku tak boleh lah nak cakap lebih sebab pemakaian aku kadang-kadang tak sempurna mana ka. but i'm trying to make it perfect. :)

till we meet in next entry! =)

05 May 2012

Malam Pra Graduan

Assalamualaikum :)


betapa gigih nya aku update blog arini. hihi. okay kali ni nak cerita pasal event malam tadi iaitu Malam Pra Graduan (MPG). MPG ni diadakan khas untuk meraikan pelajar tahun akhir fakulti aku, Fakulti Sains Komputer & Matematik yg bakal menamatkan ijazah tidak lama lagi. event ni telah diadakan di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam. 


acara kemuncak untuk event ni ialah penyampaian anugerah kepada pelajar terbaik untuk setiap jurusan di fakulti aku.  fakulti aku ada 13 jurusan dan ini bermakna ada 13 pelajar terbaik. tambah lagi dengan pelajar terbaik untuk akademik, kokurikulum, khas dan lain-lain. tak ingat la weh. tak fokus sangat sebab duduk kat meja belakang sekali dan kecoh mengambil gambar. hahaha


dengan bertemakan HIGH CLASS, mahasiswa mahu pun mahasiswi tak mahu kalah berfesyen. macam-macam stail yg dapat lihat. tapi aku tak lah ambil gambar depa semua kan. gambar aku dengan kawan kawan pun dah kecoh nak mengambilnya. ok sekarang tibalah masa untuk melihat gambar gambar tersebut. hihi =)


me =)


anna :)


chu r + shafa :)


anna + farah :)


nik + fudzla :)


nik + fudzla + ain :)


fatin + k.dinie +sushi :)


fudzla + ain + nik + wanie + fatin :)


yummyyy :)


control lapar ;)


dessert - pudding ;)


tetibe muncul. wekkss ;p


suka tengok gambar ni. LOL


dress' girls


ain :)


shafa :)


my lovely classmates =) xoxo


love you all ;)






wanie isoniy :)






bazlin :)




sushi :)




wanie :)


adda :)


miera :)






badariah :)










L O V E


xoxo





gambar semua instant. malas nak edit sebab tak sabau nak update. dah la pagi tadi ada finishing school, lagi la malas nak edit. kiki. we had so much fun. walaupun makan kenyang kejap je, tapi yg penting dapat ambil gambar banyak banyak. yalah, this is our last semester here. our last semester together. sem depan praktikal mesti dah tak bersama. kebanyakan nya nak praktikal kat kampung.aku lah tu. tehee. 


5 gambar terakhir tu ambil kat kawasan kolej je. haha. tak puas lagi nak bergambar, kawasan kolej pun jadi lah. lepas siap bergambar, budak 4 orang tu rakam video nyanyi lagu happy birthday kat aku. i'm so touched. tak pernah dilayan sebegitu. terima kasih banyak kawan. :")


oh fyi, classmates are all girls. no boys. tuyg kadang kadang bosan jugak tu. keke. suka dapat pergi MPG ni sebab dapat tangkap banyak gambar. to be honest, aku dan budak kelas tak banyak gambar bersama. bila ada event macam n lah kami kecoh nak ambil sana sini. this is the time for us to keep the memories. we are leaving uitm soon. we should be proud of ourselves. :')