18 March 2012

10 cara penjagaan kanta lekap

Assalamualaikum :)


okay kali ni nak share pasal tips-tips penjagaan kanta lekap a.k.a contact lens. okay kita semua especially gegurl ni suka la pakai lens kan. tambah lagi nak pakai lens kaler-kaler. tak cukup kaler-kaler, nak pulak big eyes. #its me. harhar.


skang ni aku pakai lens yg big eyes kaler hitam. perasan cantik kan. kahkah. aku suka beli lens kat kelantan sebab tersangat lah murah.  tambahan pulak aku ni power tak sama, so konfem la kena beli 2 pasang. 2 pasang dah boleh dapat rm60++. kat shah alam hadoo? aku dah survey tak hadoo pun. sepasang yg kalerless pun dah rm50++. beza tak harga? memang berbeza. sebab tu kalau aku balik kelantan memang aku beli banyak pasang terus. XD


mine. :)



tips-tips penjagaan contact lens :


1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.


2) bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.


3) jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.


4) bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.


5) jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda. #pernah berlaku kat aku. baca sini.


6) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.


7) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari. 


8) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.


9) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.


10) jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.




so kalian semua, semoga dengan ada nya tips ini, dapat membantu kalian menjaga contact lenses dengan lebih baik dan cermat. hihi XD


till we meet in next entry. choww! =)

11 March 2012

part 6

Assalamualaikum :)


pada awal-awal sem ni sangat lah gigih aku meng-update blog. tapi bila dah masuk bulan ke 2 dan seterus nya, mula lah blog ni terabai. konon nya sibuk dengan student's life. haha.


okay, aku sem ni dah part 6. makna nya last sem belajar. sem depan aku akan praktikal. bila dah last sem belajar, makna nya makin mencabar la kan. memang betul. sem ni aku kena buat 3 projek. setiap projek tu subjek lain-lain. pening kepala la aku nanti. itu lah student's life kan? tak perlu nak merungut bagai kan? kena lah terima hakikat. cewah pandai aku berkata-kata. =)




kat atas ni adalah jadual aku untuk sem ni. Alhamdulillah jadual tak pack sangat. dan aku takde kelas hari jumaat. kan senior. hahak =P


hari jumaat lepas aku siap pergi tengok wayang lagik. haha. ehh bahaya jugak takde kelas hari jumaat ni. nanti makin kuat aku berjimba. tak boleh tak boleh. sem ni aku kena skor! kan nak grad first class. hihi. doa kan kejayaan saya kalian! =D


till we meet in next entry. choww! :)

10 March 2012

The Woman in Black

Assalamualaikum :)



memandangkan semalam (jumaat) aku takde kelas, ye aku takde kelas, percaya lah. harhar, so aku telah ke Jaya Jusco Bukit Raja bagi mengisi masa lapang. takleh blahh ayat. kahkah. pergi dengan 3 orang kawan. tujuan utama aku pergi sana nak tengok wayang. plan nya nak tengok Adnan Sempit 2, tapi dah takde dah. kecewa betul aku. 



citer yang ada Bunohan, John Carter, The Woman in Black, The Lorax, Seefood dan banyak lagi lah. aku sampai kat panggung dalam pukul 1.30 pm, takpe aku tak solat jumaat, citer yang paling awal masa tu ialah citer Bunohan dan The Woman in Black iaitu 1.50 pm. so terpaksa pilih antara dua tu la. so kami decide nak tengok The Woman in Black. tengok kat poster tu, ada tulis scariest ghost movie in town apa entah ayat dia, lupa. aku bajet tak la takut sangat kan. saje dia nak tarik perhatian orang.






tapi kau, memang menakutkan giler. banyak betul scene saspen. memang memeranjatkan. naseb baik aku ni takde lemah jantung. korang yang mudah terkejut tu jangan la tengok citer ni ehh. hehe. dan ni la first time aku tengok citer hantu kat panggung! memang tutup mata je la aku. kalau korang penggemar citer hantu, pergi lah tengok citer ni. konfem tak nyesal. sangat best okay. kalau nak tengok dia punya sinopsis, boleh baca kat sini.



till we meet in next entry. choww! :)

04 March 2012

Sani Ekspress terbaik!

Assalamualaikum :)


aku dah pun selamat sampai di kolej tercinta ni pagi tadi. malam tadi bas aku jam 9.30 pm. aku bertolak dari rumah dalam 8.20 pm macam tu. ada kawan aku yg naik satu bas cakap, jalan yg dia lalu jem. so aku try la lalu jalan lain. tapi malang, jalan yg aku lalu tu lagi lahhh jem. 


rupa nya ada perarakan kereta berhias sempena perasmian tahun melawat Kelantan 2012. memang aku tak tahu langsung! duduk je kelantan tapi tak tahu pape pun. harhar. kawan-kawan sudi-sudi la melawat Kelantan ye. hihi :)


tapi Alhamdulillah setelah ambil jalan shortcut sampai jugak stesen bas dalam 9.20 pm camtu, bas pun tak sampai lagi. fuhh. ye la, jalan jem kan. ohh fyi, aku naik bus sani ekspress. aku dah serik tak nak naik bus transnasional yg wajib kena tunggu 2 jam baru boleh naik. macam siot kan. hakhak. 


dan aku seronok gilaa dapat naik bus sani ni. di setiap kerusi ada tv haa. nak kata tv tak jugak macam ipad camtu la. haa bukan main canggih lagi kau. bus lain hadoo? takde bhai. sesape yg pernah naik bus sani mesti tahu kan. ohh ohsem gila. tak dapat aku ungkapkan keterujaan itu. cewaahh. ;)


tv tu, walaupun bukan tv aku panggil tv lah, touch screen kau. memang sebijik macam ipad. dalam tu ada movie, lagu, software Al-Quran, games dan etc, tak ingat. wooww memang teruja betul lah aku. jakun sekejap. harhar. aku pilih tengok movie. movie pulak bermacam jenis ada - english, malay, chinese, kids. at first aku tengok movie Edward Scissorhands. mesti korang pernah tengok kan. besst dapat tengok tapi tak sempat habis sebab mengantuk. hehe. last tengok citer tu mase 6 tahun kot. hoho. 


tadi aku ada google pasal citer tu, konon nya nak download lah, tapi memandangkan broadband aku hanya lah 1.5gb, terpaksalah batal kan niat tu. kang tak pasai makin slow broadband aku. kehkeh. rupanya kan, citer tu tahun 1990 lagi. and I was born on that year! aku sama tua dengan citer tu. eh silap, sama muda. hakhak. dan aku baru tahu si Edward tu Johnny Depp. giler lain. memang tak perasan langsung. =.=


bukan setakat tu je, kat setiap bawah kerusi tu ada soket. tapi aku panggil plug. haha. korang tahu kan? yess percaya lah. kalau tak nak tengok movie dalam tu, boleh bukak laptop sendiri layan movie sendiri. hehe. sememang nya ohseemm. aku tak habis teruja lagi nih. bukan main dengan bersungguh-sungguh nya aku citer kat kawan-kawan. harhar. so korang yg naik bas sebagai pengangkutan utama untuk balik kampung, sila lah naik bas sani ekpress yee. konfem korang tak nyesal. hehek ;)


okay tamat part tu. sekarang nak citer pasal ni pulak. esok akan bermula lah sem baru. ini bermaksud, esok aku dengan rasminya menjadi student part 6! panggil aku senior okay? hahak. suka dapat jadi part 6 sebab dah last sem belajar. tapi tak suka part study tuh. uhukk. nanti part 7 praktikal. ohh yeaah dah nak habis degree. kalau ada rezeki nak sambung master pastu kawen. #kbai


okay aku bercerita dah macam karangan. nanti aku sambung balik yeh. hihi :)


till we meet next entry. choww! :)

02 March 2012

komik

Assalamualaikum :)



kali ni nak citer pasal komik. kalau korang nak tahu, aku ni suka baca komik. komik cintan-cintun la. harhar. komik ni sebenarnya asal dari Jepun. tapi dah di-translate ke bahasa melayu. aku memula addicted baca komik time diploma dulu. first pinjam yg senior je, pastu berminat nak beli jugak. dari first sem diploma sampai la sekarang, ada je komik aku beli. selalunya aku beli kat Popular atau MPH. kekadang kalau masuk 7-E dan ada komik menarik, beli la jugak. hehe.







kat atas ni semua koleksi komik aku. banyak jugak rupanya aku ada. baru perasan. harhar. sekarang ada 46 komik. tu pun ada satu dua hilang entah kemana. satu buku RM 6.50 atau RM 7.50. lepas dikira-kira, aku dah habiskan duit aku lebih kurang sebanyak RM 345. bapakk banyak! dengan duit sebanyak tu aku dah boleh beli kereta sebijik. #ok tipu. harhar. tapi aku tak nyesal pun. sebab aku puas dapat beli komik. dah nama nye hobi. ye dak?





pernah aku beli 4 bijik komik, kalau tak silap aku, dapat paper bag free. iaitu gambar di atas. bukan main suka lahh. time tu beli kat Popular One Utama. tak guna sangat pun paper bag ni sebab sayang. hihik kartun kat paper bag tu adalah salah satu watak dalam komik Maid Maiden.








ni lah komik Maid Maiden. puas gila hati aku dapat beli komik ni. sekarang komik ni ada 5 siri. dan bakal lagi keluar dengan siri seterusnya. aku beli komik ni guna baucer. jimat la siket duit aku. harhar. memang aku dah bajet nak beli komik ni dengan baucer. sebab nak beli dengan duit sendiri tengah pokai. maklum la masa tu akhir sem. hahaha.






okay last but not least, semalam aku pergi pesta buku islam antarabangsa kat Balai Islam Negeri Kelantan. kebanyakan nye buku agama la dijual. dah nama nye pesta buku islam. ye dak?  banyak jugak aku, adik aku dan umi aku beli buku. aku beli buku kat atas ni haa. adik aku lah hasut. harhar. time bosan boleh cari-cari perkataan. disamping menambahkan vocab. ececece ;)



till we meet next entry. choww! ;)