11 April 2012

Mathematical Contest in Modelling 2012

Assalamualaikum :)


rasa pelik pulak nak taip walaupun blog sendiri. #tipu. hahar. memandangkan aku ni budak nerd, seharusnya dalam blog pun citer pasal esaimen, projects bagai kan. haha. pada cuti sem yg lepas, iaitu 9/2 - 14/2, aku telah pergi ke kampus untuk menyertai pertandingan modeling matematik or dalam english nya Mathematical Contest in Modelling (MCM). first time kau time cuti sem aku sanggup datang fakulti semata-mata nak join contest ni. lecturer tu cakap contest ni international level punya aka peringkat dunia, tu yang aku beriya-iya tu. HOHO


poster contest


contest ini dianjurkan oleh United States. dan untuk pengetahuan semua, UiTM adalah satu-satu nya universiti dalam Malaysia yg masuk contest ni. #bangga sekejap. kiki. satu group dianggotai 3 orang dan fakulti bayar 100USD untuk satu group. UiTM hantar 10 kumpulan. kebanyakan nya adalah budak tahun akhir.


soalan diberi melalui emel pada 10/2 jam 9 am. kami diberi masa selama 4 hari untuk menjawab soalan dengan membina model matematik. #sesape budak maths mesti faham apa aku cakap ni. jawapan pula perlu di emel kepada pihak penganjur sebelum 9 am pada 14/2.


soalan group aku. rajin kan baca ye. =P


memang tak tido malam buat benda ni. sampai kan advisor, pukul 12 malam baru balik rumah. kami pulak pukul 3,4 pagi baru balik kolej, sampaikan kena marah dengan guard. #menyampah. 


akhirnya, selepas 2 bulan menanti, results telah pun keluar sabtu yg lepas. Alhamdulillah our effort are paid. group aku dapat Honorable Mention. 3 group dapat Honorable Mention, selebih nya dapat Successful Participant. semuanya ada 5 kategori pemenang iaitu 1st-Outstanding, 2nd-Finalist, 3rd-Meritorious, 4th-Honorable Mention, 5th-Successful Participant. not bad la kan untuk group aku kan? hihi. senarai nama pemenang boleh tengok disini RESULTS. sebanyak 5026 groups yg join. aku punya result kat page 21. 


group aku dalam kotak pink.
kotak kuning group yg dapat sama.


i'm so proud for what we got. aku sangat happy u allsssss. =D


till we meeet in next entry! =)

4 pink people talk :):