Assalamualaikum :)
olla u alls. bertemu lagi kite ye. dah seminggu tak update. bukan takde masa, tapi malas. muahaha.
ok jangan buang masa. u alls ada masalah mata tak? maksud saya rabun la. contoh nya saya ni. saya ni ada rabun jauh. power mata kanan 525 dan mata kiri pulak 300. camne, banyak tak? ada sape2 nak lawan? hoho. ni la akibat nya kalau masa kecik2 dulu tak jaga mata elok2. dah besar baru la menyesal. oleh disebabkan pergi kelas tak nak pakai cermin mata a.k.a spek, saya lebih prefer pakai kanta lekap atau nama english nya contact lens. bila dah pakai contact lens ni, rasa macam mata dikembalikan. tak rasa macam rabun pun.
kalau anda ni macam saya, prefer kepada contact lens, korang kena la sentiasa hati2. jangan ambil mudah hal2 berkaitan mata ni. nanti merana la hidup. huu. kalau yg suka pakai yg kaler2 tu lagi la kena hati2. sebab nya, cahaya matahari tu akan masuk kedalam mata kita menerusi kaler tu dan boleh merosakkan mata. lebih kurang macam ni la optometri cakap kat kawan saya. so, hati2 lah ye. tempoh maksimum pemakaian contact lens ini kebiasaannya 8-10 jam. kalau dah lebih tempoh masa tu, lebih baik tanggal kan. ini kerana mungkin akan berlaku nya kegatalan pada mata dan akan menyebabkan mata tak sihat.
tips penjagaan kanta lekap :
- pastikan anda tahu tentang kanta lekap apabila anda membelinya dan melihat tarikh luputnya. kalau dah lebih tarikh luput tu jangan la pakai sebab berkemungkinan akan berlaku jangkitan kuman.
- simpan di tempat yang bersih dan jangan sesekali meletakkan kanta lekap di dalam bilik air. ini bagi mengelakkan jangkitan kuman pada casing kanta lekap.
- cuci tangan sebelum memakai kanta lekap. dapatkan nasihat doktor pakar mata atau optometri sebelum membeli kanta lekap.
ada kes yg berlaku keatas seorang wanita, dimana dia memakai kanta lekap untuk satu malam dan tertidur tanpa menanggalkannya. keesokkan harinya, matanya merah dan berair.dia pergi ke klinik biasa dahulu sebelum matanya menjadi lebih teruk dan bernanah. matanya dijangkiti kulat dan masuk ke dalam bola mata. untuk mengelakkan jangkitan merebak ke otak, pakar mata akhirnya memutuskan untuk membuat pembedahan membuang bola matanya. sehingga kini, wanita tersebut telah buta sebelah matanya.
ini lah akibatnya ye kalau kita ambil mudah tentang kanta lekap ni. ianya boleh membuat mata kita buta. saya pernah tertido selam sejam tanpa tanggalkan kanta lekap. bila dah tersedar tu, sebelah kanta lekap dah hilang! dah puas tilik dalam mata kot2 ada dicelah mata. tap takde. tak taw la kot2 terkatuh ke waktu tido. sekarang sangat risau sebab takut akan rosakkan mata.
anyway, akhir kata dari saya, jagalah mata anda sebaik2 nya! mata adalah organ yg paling penting.
*sumber adalah drpd dara.com