28 November 2011

ponteng kelas?

Assalamualaikum =)

aku bukan lah suka ponteng kelas. aku pantang betul dengan orang tak pergi kelas sebab tak siap kerja. sape tak suruh tak buat kan. kalau aku tak siap, aku copy paste la dengan sape-sape yang dah siap. bhahaha. giler buruk perangai.


ada jugak yang sanggup tak pergi kelas semata-mata nak study untuk test. contoh macam ni laa, malam ni ada test math. kelas akaun pukul 4 petang, sanggup tuu tak pergi sebab nak study untuk test. perlu ke sampai macam tu? yes mengaku sangat menyampah dengan orang macam ni. yang dikejar tak dapat, yang dikendong terciciran. eh betul ke peribahasa aku? ahh lantak lah. Alhamdulillah aku setakat ni tak pernah lagi buat macam ni. mintak jauh la kann.


and for the first time ever, jumaat lepas aku ponteng kelas. tapi bukan lah sebab-sebab kat atas okay? aku pergi Pusat Kesihatan(PK) sebab nak  suruh doktor check kulit aku gatal-gatal. tak tahu lah kenapa gatal-gatal. lepas cuti sem aritu jadi camni haa. kawan-kawan aku 2 3 orang ada gak jadi camni. mungkin sebab air kotor? entah lahh. doktor bagi aku ubat makan dan krim sapu. 


nampak tak muka aku gatal-gatal tu.
ahh buruk nye muka. =.=


kelas 8.30 pagi aku pergi. memang tak tahan woo gatal. dah merah-merah muka aku. kawan aku cakap dia tak nak pergi kelas 10.30 pagi. ohh okay aku tak kesah la. 5 minit lepas tu aku cakap kat dia tak nak pergi jugak lah. aku suruh dia teman aku PK. memang gelak laa sama-sama tak pergi kelas. kehkeh.


then kiteorang pergi la PK. dalam setengah jam kot urusan aku dengan doktor selesai. sambil tunggu kawan aku sorang lagi jumpa doktor, nak tahu tak apa jadi? lecturer kelas 10.30 tu call aku! walawey, aku memang nervous la weii. memang tak nak angkat la kan, takut kena marah. aku biar kan jee. aku cakap kat kawan yang teman aku tu, kot-kot puan call semua orang tak pergi kelas. and i was true! lecturer call pulak kawan aku tu. mula-mula dia tak nak angkat. tapi dia angkat gak. apa lagi, terukk la kena marah.


lepas balik tu baru la aku mesej lecturer sebab aku tak pergi kelas. aku pun sebenar nya takde mood kalau dalam kelas dia. ikhlas aku cakap. kadang-kadang kalau dia buat lawak, aku langsung tak gelak. orang lain bukan main ketawa terbahak-bahak. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku tak dapat nak adopt cara dia mengajar. asyik duk tunjuk slide je. tak bagi salin pulak tu. mengantuk la baiii. at least kalau salin hilang la siket mengantuk tu. ada 1 chapter tu, takde pun nota lengkap yang di salin. bagus lah. nanti test, nak jawab apa? 


mungkin kata-kata aku kasar. tapi lebih baik terus-terang daripada duk pendam kan. merana nanti. 


Alhamdulillah terluah jugak apa yang di pendam. ringan rasa dada ni. muehehe.


#nak kena buat surat kat lecturer la pulak. sape suruh ponteng kan. padan muka.

21 November 2011

go away STRESS!

Assalamualaikum =)

pernah tak korang stress? boleh di kata kan semua orang akan mengalami stress kalau terlalu banyak beban yang terpaksa ditanggung. 



contoh camni laa. kita kan student. ni dah tengah-tengah sem ni banyak betul segala macam jenis assignments, quizzes, tests. tak tambah lagi dengan projects, proposals. nak pulak semua benda tu perlu di submit pada waktu yang sama. maksud nya korang kena siapkan semua kerja tu dalam satu masa. pastu mula la tak cukup tidur, tak sempat makan. memang betul-betul boleh stress la kan?

tapi aku awal-awal sem lagi stress. bila lecturer tanya sape ketua kelas, semua duk tuding jari kat aku. macam la aku sorang je ada dalam kelas tu. stress kamu tahu. yelah, nak kena fotostat nota bagai. nak kena kutip duit lagi. bukan mudah sorang-sorang nak bagi duit. sampai aku buat muka tak malu mintak banyak kali. ngeh ngeh. tapi kan, nampak sangat aku orang famous dalam kelas. okay, sangat perasan. bhahahaha

stress atau tekanan adalah cara badan bertindak balas kepada apa-apa jenis permintaan.


okay, berikut adalah cara-cara untuk menangani stress.

1. Plan to priorities (merancang untuk keutamaan)
rancang lah setiap apa kerja yang kita nak buat. perancangan kerja amat lah penting. kalau tak rancang dari awal, nanti akan kelam-kabut. dan dari situ anda akan mula stress.

2. Reduce anger (kurangkan marah)
kalau sebelum ni anda seorang yang panas baran, cuba lah untuk kurang kan nya. ya memang susah untuk kawal kemarahan. tapi benda yang paling simple untuk kawal kemarahan anda tu adalah dengan berwudhuk. InsyaAllah kemarahan anda akan reda.

3. Laugh a lot (banyak kan ketawa)
dengan banyak ketawa, anda dapat kurang kan stress. cuba lah tengok Running Man seribu kali, pasti stress anda dah takde.    #walaupun aku tak minat sangat Korea, tapi aku tahu jugak pasal Running Man. kehkeh

4. Change lifestyle (ubah cara hidup)
kalau sebelum ni anda seorang yang suka tidur lambat, cuba anda tukar habit tu. cuba tidur awal dan bangun awal. kalau anda buat kerja di awal pagi, anda akan rasa tenang. dan InsyaAllah kerja yang anda buat tu akan lancar.

5. Exercise (bersukan)
dengan banyak bersukan, badan anda akan berasa segar. kepenatan akan hilang dan seterus nya dapat mengawal anda daripada stress.

6. Ibadat
ya, memang hari-hari anda solat kan. tapi adakah hari-hari juga anda membaca Al-Quran? cuba anda luangkan masa untuk mengaji selepas solat dan sebelum anda mula kan kerja. InsyaAllah anda kan rasa tenang. perkara ini lah yang paling penting yang perlu di utama kan dalah kehidupan seharian.  #aku tak la reti bab agama, tapi aku hanya nyata kan pengalaman aku je.


berikut adalah gambar untuk menguji sama ada korang stress ke tak.












adakah anda melihat gambar tak bergerak? makna nya anda tak stress. tapi, kalau anda lihat gambar bergerak, makna nya anda stress! semakin laju gambar bergerak, maksud nya anda tersangat lahh stress. so, cuba lah untuk atasi. lihat cara-cara kat atas dan cuba praktik kan nya.


SELAMAT MENCUBA!


20 November 2011

newbie dalam blog

Assalamualaikum :)


recently aku tengok ramai blogger baru. kebanyakan budak-budak sekolah. yang darjah 5, 6 pun dah ada blog. hebat dowhh budak zaman skarang. aku masa sekolah rendah dulu sangat lah tak tahu pasal benda-benda alah ni. 

bila dah nama nya budak-budak, penulisan pun faham-faham lah kan. suka buat short form macam tulis message tu. okay, aku admit aku dulu pun macam tu. pastu aku sedar, kalau buat short form susah kowt orang nak faham. kalau short form yang faham tu takpe lah, kalau tak faham? terus aku tekan pangkah. 

yang short form aku boleh lagi, tapi yang tulis ada huruf w kat belakang tu. oohhh sangat lah menyampah. contoh macam ni, kiteww sukewww diewww. ewww! geli-geliman aku baca. tambahan lagi, blog yang duk cerita pasal pakwe-makwe tu. meremang bulu roma aku. kiteww nak awak tahu, kiteww sayang awak. ewyaks! walaupun aku ada pakwe, aku rase tak pernah aku cerita pasal pakwe aku dalam blog. tak percaya? cari lah sendiri. muahahaha

okay for those newbie yang baca entry ni, kalau korang ada terasa, maaf okay. ni luahan hati aku. kalau kita nak terus orang baca blog kita, yang paling penting adalah penulisan kita. dari situ, orang tak kan berhenti visit blog kita.

dan kat bawah ni some tips yang aku nak share pasal blogging ni. semuanya aku punya pendapat. kalau tak puas hati, boleh refer kat bloggers lain yang lebih hebat.





#sempat lagi aku nak update blog, padahal esok ada test. gosh!

16 November 2011

TAG!

Assalamulaikum :)

thanks to Yatie Musa yg sudi menge-tag. ohh dah lama gilaa tak jawab tag. actually dah lama kena tag, tapi hari ni baru sempat nak jawab. muahaaa. tag kali  ni lain dari yg lain sebab kena jawab soalan dan bagi soalan untuk bloggers lain. interesting enough uhh? ;p

The Rules :

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.

11 facts about me :
1. I love pink a lots. walaupun asyik kena kutuk. sadiss.
2. Ada masalah rabun yg sangat teruk. power mata kanan 5++, power mata kiri 3++. T_T
3. I'm a dangerous driver. muahahaha
4. Banyak cakap kalau dengan siblings. dengan kawan-kawan saya jadi pendiam. kui3
5. Seorang yg makan banyak. tapi berat tak naik-naik sejak diploma.
6. Suka baca komik Jepun. yeah!
7. Kadang-kadang kedekut, kadang-kadang borosss.
8. Suka tengok kartun. *sekarang sedang tengok medabots*
9. Agak panas baran kalau something tak kena.
10. Tak suka orang yang merokok!
11. Love Mc Donalds a lots.

Questions from Yatie :
1.  Apa benda yang korang inginkan sangat waktu ini?
kahwin! muehehe

2. Benda yang paling korang sayang?
my mini pink laptop dell!

3. Moments indah yang tak dapat dilupakan?
banyak sangat yang indah. tak muat nak citer. ekekeke

4. Azam tahun baru?
nak abis kan degree dengan first class. InsyaAllah.

5. Pernah frust rasa nak terjun kbmall? Apa yang korang lakukan untuk atasi rasa tu?
tak pernah. kbmal bukan tinggi pun. lagi pun dah jemuu shopping kat situ. hehehh

6. Tiba-tiba stuck kat jalan gelap. Bateri hp mati. Apa yang akan dilakukan?
err. meraung mintak tolong. sambil tutup mata. *saya takut gelap*

7. Hadiah perkahwinan yang paling korang impikan.
Banglo 4 tingkat dengan 2 bijik swimming pool. hoho

8. Cikgu zaman sekolah yang paling korang ingat. Dan kenapa.
Teacher Maslinda yang ajar English 3111. sebab dia sangat baik dan cantik.

9. Fb, twitter dan blog. Mana yang paling best bagi korang.
Blog. sebab dapat buat luahan perasaan. walaupun jarang update. muahaha

10. Bangga atau malu kalau pasangan korang mungkin kurang cantik/kacak tapi penyayang.
Kenapa perlu malu? yang penting kita sayang kat dia. hikhik

11. Pernah rasa nak bunuh orang tak? Kenapa?
Setakat ni tak pernah lagi. tak taw la esok lusa camne. ahakss

11 orang yang bertuah :
(sebab korang baru follow blog ni. so, boleh saya kenal lebih rapat. eheee ;) )
1. Syahira
2. Nasirah
3. Khadijah
4. Farah
5. Farahin
6. Dierayura
7. Aadila
8. Lyana
9. Rin
10. Moshie
11. Hani


11 soalan untuk korang :
1. Apa impian korang yang dah tercapai?
2. Kalau parents korang dah cari jodoh untuk korang, apa reaksi korang?
3. Pernah naik roller coaster? Suka tak?
4. Subjek yang korang paling gemar sekarang?
5. Warna kegemaran korang?
6. Kalau pergi shopping, apa yang korang sentiasa beli? 
7. Sebab korang ber-blogging?
8. Saat sedang berjalan dengan confident nya, tetiba jatuh. Perasaan korang?
9. Cara korang hilangkan stress sebab study?
10. Tempat pelancongan yang korang teringin nak pergi? Kenapa?
11. Pasangan korang tetiba melamar korang untuk kahwin. Respon korang?


Happy answering guys! bila dah jawab, jangan lupa bagitaw saya ye. heee :)


14 November 2011

Pertunangan Dr. H

Assalamualaikum =)

selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua. maaf terlambat. tak sempat nak wish awal-awal. eheee

berbanyak terima kasih diucapkan kepada followers yg sudi follow blog ni walaupun hampir 2 minggu tak ter-update. tak sempat larhhhh. anyway, ada satu tugas untuk korang nanti. nanti kan yee. heee ;) *bajet korang baca je entry ni. muahaaa*

okay, start to main point. pada hari yg ke-2 yg lepas, kakak saya dah pun bertunang. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. pihak lelaki datang 10 buah kereta tu. sangat ramai. penuh satu rumah. :D

ohh sangat jeless dengan dia. bila la pulak turn saya. muahaha. *gatal jap*. 



nak tengok lebih banyak gambar? jom tengok kat blog dia, boleh klik kat entry ini, kisah klasik aku & dia ; Engaged. terima kasih. =D