26 January 2011

u follow i dulu, then i follow u balik

Assalamualaikum..

sebelum nak buat entry ni, dah pikir banyak kali dah. sebelum ni dah ramai blogger cakap pasal benda ni. tapi nak cakap jugak lah. lain orang lain cara olahan tu kan. hehe

apa pendapat korang kalau nampak ayat ni 'follow u, please follow me back'. kalau kite nak follow tu, follow la dengan ikhlas hati kan. ni cakap macam tu macam tak ikhlas je. pakse kite follow balik.huhu.

tak tahu la pe tujuan cakap macam tu. nak kumpul kan ramai follower kot. follower ramai ke tak, tak kisah, janji ada orang yang sudi melawat.hehe. kin mase mule2 blogging dulu takde la sampai cakap macam tu. slalu nye kin cakap, 'salam ziarah. kin follow blog =)'. simple je. takpe simple pun. asal kan tuan blog tak meluat dengan kate2 kite. dulu kin slalu refer kepada blogger2 lama macam mana cara nak berkenalan dengan blogger lain..

yang tu ok lagi. tapi kalu yang ni kin geram siket. 'follow my blog, i will follow ur blog back'. paksa kite follow2 lak kan. kalau orang macam ni, kin akan tengok dulu blog dia menarik hati kin tak. kalau menarik follow la.huhu.

ape2 pun, kalau korang2 semua nak follow sesape, cakap lah dengan ayat yang lebih ramah. contoh nye macam ni ke, 'salam ziarah tuan blog', 'salam perkenalan', 'hai tuan blog, saya follow blog yang menarik ni' tak salah kalau kite ramah kan? =)

saya hanya memberi pendapat,

22 January 2011

dulu saya suka hias2 blog.tapi sekarang?

Assalamulaikum wahai orang bandar sekalian..hehe


dulu kan. masa first2 ada blog, suka sangat letak widget2. ye la konon nye nak jadi kan lebih menarik. nak visitor ramai datang melawat. contoh widget yang kin pernah guna yang 'welcome to my blog. be my follower ok.' haha. biase la budak baru nak up mase tu. letak la macam2. tapi lame2 rase makin serabut ada lah.

sometimes kan widget yg kite gune ni menyusahkan follower yang datang. contoh nye kin lagi. kin gune netbook. so mesti la size view tu kecik kan. kdg2 bile duk bw, terjumpe widget yg follow2 tu, widget tu akan melindungi entry. so automatik nye menghilangkan mood nak baca entry. kan dah rugi kat situ.

tadi pulak nak follow satu blog ni. tapi widget salji dia dah menghalang punat follower tu. nasib baik dia letak navbar kat atas tu. boleh la klik kat situ. tapi kalau tak letak, tak dapat la nak follow. huhu.

tak salah nak letak widget2 tu semua, tapi kena la letak kat tempat yg sesuai ye. supaya takde la susah kan visitor kite. MySpace

pesanan ikhlas dari saya,

17 January 2011

kami tersangat gembira!

Assalamualaikum guys..

sorry its been a long long time no update..hehe..biasa la, sem baru dah mula.bermacam kerja la jawab nya..next week 2 quiz bakal menjelma..hoho..ok tak nak cakap banyak2..just nak share gambar2 kin n frens masa g klcc n mid valley jumaat lepas..we really had a great moment!

K L C C
*of course la pink baju saya!* MySpace

*very very like dis picture*

*sanggup bergambar dikala panas terik*

*kami nyata gembira*

MID VALLEY MEGAMALL
*satu gambar je sempat di snap sebab sibuk shopping!*

saya yang sangat2 gembira! MySpace

11 January 2011

header baru lagi dan lagi dan lagi

Assalamulaikum =)


korang perasan tak? tukar header baru lagi kan. hoho. dah 5 kali tukar header. semangat betul kan. ye la kalau asyik sama takut ada yg bosan lak. dengan background putih, so sesuai la apa jenis header pun. pink itu mesti dikekalkan ok. ;p

yg ni header pertama guna masa awal2 ber-blogging dulu. buat sendiri tu. cantik ke? biase je kan? huhu. yg ni palig lama bertahan. ada la lebih kurang 4 bulan. pastu dah bosan buat yang lain pulak.




yg ni yg ke-2. simple mimple je. tak cantik pun. kejap je bertahan yg ni. tak sampai pun seminggu. pastu tukar pulak.


yg ni yg ke-3. not bad la. sebab tak nak letak gambar yg besar2. PRETTYandPINK tu perlu sebab macam dah trademark. ekekeke. puas hati guna yg ni sebab pink putih, sangat2 sesuai dengan blog. then ada bestie kin buat kan header untuk kin. so tukar pulak. yg ni maybe seminggu lebih je kot bertahan..




yg ni yg ke-4. bestie kin yg buat kan. thanx a lot. pandai betul dia design2 ni. kin memang tak reti. ye la edit guna photoscape je pun. apa sangat la boleh di edit. then dia ada design kan yg baru pulak. yg ni ada la dalam sebulan lebih bertahan..



yg ni yg latest punya. sangat3 chantek kan? kin suka sangat2. rama2 yg warna pink. cute. pink site tu colourful. menarik. budak perempuan yg macam malu2. sama macam kin. muahaha. pandai kan bestie kin ni design kalau nak dibandingkan dengan yg kin design. terima kasih banyak2 awak! (^___^)
saya suka!

10 January 2011

meronda shah alam

Assalamulaikum! :)

hye guys! apa kabar semua nya? wink2
semalam, hari ahad kin pergi meronda di shah alam.
sebenar nye saje nak bawak kawan kin jalan2 kat sini.
dia baru je daftar masuk kat uitm ni...
so kebetulan kiteorang free, keluar la sama2..
tunjuk2 tempat apa yang ada kat shah alam ni..
emm sebenar nye pergi SACC MALL, PAS, PKNS jeee.
bunyi kecoh jee macam meronda 1 bandar shah alam tu kan.haha

masa kiteorang duk jalan2 cari barang dalam the store,
kin nampak pensel warna di sangkut di benda yang kreatif ni..
sangat kreatif la cara diorang buat benda ni..
kira nya ia dapat menarik perhatian kanak2
untuk beli pensel warna tu.
ini lah benda tu..

bentuk istana - Faber Castell

pokok besar - staedler

sangat2 kreatif kan? ape pendapat korang? MySpace

ok abis cerita yang tu.hehe
ni kin nak tunjuk 1 barang kin beli.
tersangat lah cute.hee
beli beg dapat perfume dengan deodorent. pakej.
harga tak sampai rm50 pun. murah kan?adidas original beb. hoho
sebenar nye nak ambik perfume yang warna pink tapi bau nye kuat sangat.
so ambik la yang ni. bau yang sangat lembut...
mungkin korang boleh beli jugak?ekekeke

saya yang riang hati, MySpace

07 January 2011

keputusan muet

Assalamulaikum! :)

first of all, mintak maaf banyak2 sebab dah lame xupdate. walaupun tak busy tapi tak tahu kenapa takde mood nak ber-blogging. sape2 yang sudi singgah blog kin ni, terima kasih di ucapkan. kin dah pun follow balik mane2 kawan2 yang follow lately. disebab kan hari ni terlalu la bosan sebab dah takde class, rajin la siket bukak blog.heeee

ok back to main topic.hehe. seperti mana yang korang dah tahu, result muet yang akhir tahun 2010 dah pun kuar. maksud nye kin dah tahu la result kin.hoho. nak tahu tak kin dapat berapa? jom tgk kat bawah ni..

[ klik untuk lihat lebih besar ]

ok la tu kan dapat band 3. average la tu. kin ni tak pandai sangat english2 ni.heee. target memang la nak band 4, tapi dah tak dapat nak buat camne kan. kita kena la bersyukur dengan apa yang kita dapat. kan? kan? kan?

saya yang gembira! MySpace

02 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum.. :)

SELAMAT TAHUN BARU di ucapkan kepada semua rakan bloggers. moga dengan kedatangan tahun baru lebih memeriah kan tahun anda. cewah. mesti korang semua ada azam baru yang di laksanakan kan? kan? kan? moga kalian semua dapat mencapai azam kalian dengan jayanya.

sekarang kin dah pun berada di kolej. pagi tadi daftar kolej. memang jammed jalan. budak budak baru pum baru nak daftar ari ni. maaf la ye kin kurang update lately. yela agak buzy sebab packing barang nak datang sini. kin akan cuba untuk sentiasa update. al maklum la bila dah start new sem busy la kan. esok dah start kelas. agak malas rase nye. nak cuti lagi boleh? miahahaha

ok guys. banyak betul barang nak kena kemas ni. jom la tolong skali.keh3. jumpe korang dalam entry akan datang :)

salam sayang dari saya,