24 July 2011

buah hati ku - anak saudara

Assalamualaikum!

holla. walawey. seminggu kot tak update blog. biasa lah, bila dah menjadi baby sitter ni agak busy jadi nya. takpe yg penting berbayar. hoho. yes it means that i work with my sister. sekarang ni saya dah ada 3 orang anak buah. kesemuanya adalah anak kak long. sekarang ni kak long saya sedang berpantang selepas kelahiran anak ketiga yg baru berusia 17 hari. selamat dilahirkan pada pagi Jumaat 8/7/2011.  nak kenal anak buah saya? semuanya lelaki taw. dah cukup 3 orang lelaki, nanti boleh la buat team sepak takraw. ngeh3. mengarut betul cik kin ni. fyi, my nephew panggil i cik kin. heeee

wan adam rizqie
2007

wan ammar rizqie
2009

wan ar razeen rizqie
2011

versatile tu nama. semua nya ada rizqie kat blakang. tak tahu bila lak nak dapat niece pulak. ekceli tak sabar nak shopim baju girl. semua nya cute2. ohh!


14 July 2011

keywords - Lisa Surihani dan Nabil

Assalamualaikum. 

holla. arini nak cakap pasal keywords setelah godek-godek keywords kat nuffnang tadi. akhir-akhir ni blog ni di view sebab penangan post Lisa Surihani singgah blog! dan The Lazy Song versi Nabil. mungkin ramai yg kecewa pasal post Lisa Surihani tu. ye lah, dorang cari blog Lisa Surihani tapi blog ni pulak yg muncul. hihik. tapi kalau yg Nabil tu betul lah sebab rata-rata cari lirik lagu yg Nabil nyanyi masa final ML dulu.


last month
keywords kanta lekap ada jugak sebab pernah buat post kanta lekap boleh rosakkan mata.


last week
'dulu aku seorang jutawan aku ada banyak kawan nabil mp3' tu yg tak tahan tu. maybe tak ingat kot tajuk lagu Nabil nyanyi ni. hihi, reben kartun tu lak sebab pernah post dapat hadiah reben dari blog aksesori perempuan. post boleh baca kat sini.


this week
pernah post pasal lirik lagu tema nora elena. dan yg hias blog menarik tu boleh tengok kat sini.


today

title post kita sangat lah memainkan peranan. kita perlulah guna title yg ringkas dan mudah difahami. bila title sama dengan keywords, makna nya akan ramai la singgah blog kita. hehe *betul tak? hihi* 

bila baca pasal keyword ni nak tergelak pun ada. hahakk ;)



09 July 2011

dashboard baru

Assalamualaikum. :)

holla. eh korang dah guna dashboard baru belum? semalam nak bukak blog, tup-tup dashboard baru la pulak.  pening sket nak guna. ye lah, tak biasa lagi kan. kaler tema nye putih dan oren. oren tu sebab sama kaler dengan logo blogger. nanti lama-lama biasa lah kan.

dashboard


korang pulak macam mana? dah guna dashboard baru?


08 July 2011

volkswagen pink & kuning

Assalamualaikum!

holla. akhir-akhir ni asyik terserempak je dengan kereta volkswagen. terus la ambil gambar. bukan lah minat tapi disebabkan macam-macam kaler, tu yg menarik perhatian tu. hihi ;)

hiraukan kekaburan gambar. hik2

pink atau kuning? mana lagi cantik? hihi ;)

06 July 2011

gara-gara iklan Grapevine

Assalamualaikum. :)

holla. kan sekarang ni ada iklan Grapevine tu kan. ala kalau kita share kita dapat duit jugak tu. *jap, betul kan? ngeh2* kita perlu share iklan tu tak kira la kat facebook ke, twitter ke, msn ke, mail ke. oleh sebab aku takde twitter, so aku share kat facebook je la. dan salah satu iklan tu pasal iphone 4. and u know what? gara-gara iklan tu, ada kawan aku ingat aku nak beli iphone 4. hoho. kelakar la pulak. duit pun tarak camne nak beli. kui3 ;p



ada sesape nak belanje aku iphone 4? fon skarang dah brape kali jatuh. pagi td jatuh dari kereta. aisshhh. =,=

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum.

holla. rabu datang lagi maksud nya gambar muncul lagi. wekss. :)

aku seorang yg perasan. agagaga 


03 July 2011

The Lazy Song versi Nabil

Assalamualaikum :)

holla. korang tengok tak final maharaja lawak yg lepas? mesti la tengok kan. musical Nabil paling sy suka. best brooo. hihi. tak jemu kowt tengok banyak kali. oleh itu sy sanggup salin lirik Nabil nyanyi. hoho. entah betul ke tidak salin tu. haha

Nabil
*rembat gambar dr google*
sy suka tengok Nabil sebab gigi dia cantik. kih2. tak macam gigi aku. bak kata Mamat Sepah, "ni bukan taring. ni jongang. bangang." haha. ok mengaku gigi aku tak cantik. lalalala. 

ni versi tangan. haha
ni versi Nabil

dulu aku seorang jutawan
aku ada banyak kawan
tak punyai masalah wang
*duit baru nak hutang
dulu aku seorang jutawan

dulu aku memang seorang yang bergaya
pakai barang semua berjenama
LV, Gucci kau namakan saja
pakai kereta mewah sport rim besar giler
tapi boleh muat 2 orang sahaja
awek-awek aku cun giler
ohh tapi aku, tapi aku, aku terpedaya

duit pun macam biskut juga
kejap ada kejap takde
jangan suka-suka belanja
lama-lama habis juga
boleh jadi papa kedana
papa kedana

whoohh whoohh whoohh papa kedana
whoohh whoohh whoahh

niat nak kasi kan duit yang dah ada
lalu aku masuk skim cepat kaya
tak perlu lagi bekerja
oh mai god seronok nye

berbulan ku tunggu sunyi sepi
ape pun takde, ape dah jadi
aku pun pergi mencari
whooaahh
*pin dah takde, ejen dimana 
aku dah terkena
duit pun takde, aku dah terkena

duit pun macam biskut juga
kejap ada kejap takde
jangan suka-suka belanja
lama-lama habis juga
boleh jadi papa kedana
papa kedana

nak menyesal pun tak guna
aku sudah pun papa
papapapa kedana

nak menyesal pun tak guna
aku sudah pun papa
papapapa kedana


kini aku hidup sendiri
dalam kotak yang kecil ini

yang ada tanda * ni, tak tahu betul ke tidak. tak dengar sangat. kui3 ;p

enjoy yaa! ^__^


01 July 2011

racing di pagi hari & volkswagen pink

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat. :)

holla. ni sy baru balik dari hantar kakak sy g kerja. pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. awal sih pergi kerja. biasa la kerja doktor. tambah pulak arini on-call. bila kerja memang sibuk giler. tapi bila dapat gaji memang seronok giler ahh. HOHO. ceh aku lak yg gelak lebih. agagaga. 

masa dalam perjalanan ke hospital tu, kakak sy drive kereta almost 100km/j. padahal takde kereta pun. bukan je dia yg drive laju, sy tengok kereta2 lain pun ada jugak. yg sy nampak akak2 nurse yg bawak laju tu. ok shift 7 pagi la tu kot. yg bukan nurse ada gak oii. tak tahu la depe nak pergi mana. bawak kereta laju2 pagi hari lagi. ada kerja jugak la tu. depe semua macam duk racing pulak nengok nye. kejap lane kanan kejap lane kiri. haha. yg langgar lampu merah pun ada padahal masa tu lane lain lampu hijau. nak cepat nak pergi mane tak tahu. huhu. rasa macam duk kat shah alam lak sebab ada orang kerja ari jumaat. kui3.

semalam lak masa nak pergi ambil adik abes kerja, jalan jammed giler. ingat kan hape, rupa2 nya traffic light tak menyala. giler hura-hara jadi nya. first time sy drive dalam situasi camni. tambah lagi bile betul2 terperangkap kat tengah2 tu. ffuuhhh. takut giler. Alhamdulillah semuanya selamat. ngeh2. dalam waktu jammed tu, nampak kereta ni. fuh giler chentek menarik da booomm. terus snap gambar. kaler tu yg penting. 


Volkswagen Pink =)
kalau kecik2 dulu panggil kereta kura2. haha
driver nye lelaki oke.

nanti dah kerja nak beli kereta Accord kaler pink lah. ada tak ekk? *wink2*