29 February 2012

bersyukur itu perlu!

Assalamulaikum :)


tadi godek-godek nuffnang. terkejut bila tengok satu b.e tu dah tamat. cepat-cepat fikir idea nak update blog, sebab takut b.e yg ada lagi tu tamat jugak. kalau ikut kan hati nak tunggu bulan depan je update.  btw, hari ni kan tarikh special, so untung lah kalau update. harhar. #sejak bila aku suka camtu.


okay, berkaitan dengan tajuk aku tu, aku ada benda siket nak citer. fyi, yuran pengajian uitm dah naik. yess naik. baru 2 3 ari lepas aku tahu. tu pun kawan-kawan aku tweet kat twitter. kalau tak memang aku tak tahu. ye lah, cuti kan, student portal pun aku tak nak pandang. wahaha. #aku dah ada twitter sihhh. harhar


bil penyata aku



gambar di atas merupakan aku punya bil sepanjang aku belajar degree ni. cuba korang tengok yuran pengajian aku untuk tahun 2010 dan 2011. hiraukan tahun 2009 sebab masa tu baru daftar memang banyak.  RM 490 kan? tapi, untuk tahun 2012 yuran pengajian ialah RM 525 iaitu naik sebanyak RM 35. yuran kolej RM 420 sebab aku duduk bilik 2 orang. kalau bilik 4 orang RM 210 seorang, bererti satu bilik berharga RM 840. #ehh macam duk mengajar math pulak.


disebabkan kenaikan RM 35 ini lah kawan-kawan aku duk kecoh kat facebook. 2 3 ari lepas, macam biasa, aku bukak aku punya group. classmates aku duk kecoh pasal yuran naik iaitu RM 525. dorang macam argue la kenapa naik dan RM 35 tu untuk apa. kata nya fasiliti sukan apa entah, aku pun tak pasti. bukan main nak call hep bagai nak tanya pasal yuran. tetibe aku bengang tengok komen dorang. terus lah aku update status macam kat bawah. 


'eh budak-budak uitm nih. yuran naik siket pun berkira. budak u lain yuran rm2000 taw, takde pun dorang merungut. bersyukurlah kita selagi duduk kat uitm.'


and guess what? kawan-kawan aku yg duk komen pasal yuran naik tu, tak like or komen pun status aku. biarlah mereka terasa. hakikat bukan? uitm lah universiti dimana, yuran paling murah, tak sampai seribu pun yuran untuk satu sem, sementalah budak universiti lain lebih seribu setiap sem. kalau yuran uitm mahal pun mahal untuk budak master. dalam RM 2+++. mahal? murah dah tu kan. yuran master uitm sama dengan yuran degree universiti lain untuk setiap sem. 


kawan-kawan sekalian, bukan lah disebabkan aku dapat JPA, suka hati aku je nak cakap RM 525 tu murah. kalau tanpa JPA memang aku pun tak mampu nak bayar. the point is, yuran uitm dah cukup murah. bersyukur lah kita. kak long aku dulu duk UM, dapat JPA satu sem dalam RM 3+++, lepas bayar yuran, duit tinggal RM 6++. banyak tak yuran? sangat banyak. kakak atas aku, amek medik. aku tak tahu dia dapat berapa JPA, tapi for sure yuran RM 1800 satu sem. banyak tak yuran? sangat banyak. kalau nak dibandingkan dengan RM 525, RM 525 tu sangat lah murah.


kawan-kawan sekalian, mari lah kita muhasabah diri kita menjadi insan yg bersyukur dia atas apa yg kita perolehi. =)


#aku dah ada twitter. sesape yg follow blog aku ada twitter, follow lah twitter aku jugak ye. aku giler glamer. muahahaha ;)

4 pink people talk :):

Yatie Musa said...

sebenarnye sy tak check ape2 lagi. haha. cuti sakan tak? tapi btul la. u lain mmg mahal yurannye.

kinn said...

@Yatie Musa: memang betul kan. sangat sakan cuti. harhar :)

oNy NaKaShiMa said...

salam, honestly, i like ur entry, yuran kita mmg sgt sket nk bnding ngn u lain..cma aku nk betolkan cket je..aku rasa ko da misjudge psl post kt grup kelas tu..most of y post bkn lah argue yuran tu naik..just curious if ada kesilapan..tkt kta ni disalah aggap student baru since student baru nye yuran tu asl nye 525,itu jer..sori klu tersilap pape.. heeee :)

kinn said...

@oNy NaKaShiMa: hoho, thanx sudi komen. ok sori jugak kalau aku ada salah paham :)