28 June 2011

Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu”

Assalamualaikum :)

holla. kali ni rasa nak join contest lak. dah lama tak buat aktiviti ni. apa salah nya mencuba nasib pulak. cis skema giler ayat. ;p

amaran : entry ini panjang. sila bersabar. ;)





Dengan menggunakan tajuk post “Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu””Cuba terangkan/explain/gambarkan/rajahkan siapa sebenarnya Hakim.Which mean,rupa dia ke,sifat2 dia ke,perangai dia ke,ntah2 dia Superhero ke.Ntah2,si Hakim ni orang tua ke.Gambaran,tak semestinya LOGIK,Mengikut kreativiti memasing.Lagi tak mampu capai dek akhlak akal,lagi best.

sebenarnya saya baru kenal Hakim ni. bukak2 blog tadi tengok dia jemput saya tuk join contest ni. bagus bro. promote contest. macam ni baru la orang ikhlas nak join. hihi ;)




suka la header kau bro. tulisan tu chantek. kih2. ;)
header yg dulu chantek gak. tgk kat sini.

nama gelaran beliau ialah HAKIM IS MIKAH. bro, apa maksud tu? tak paham la bro. hihi. yg ni copy dari dia punya blog.
Hakim nie hensem giler...sangat perasan...suka mencaPub tahap gaban Ultraman...Ade awek Cun yang cute mute...suka dia.. :) saya harap saya dapat ramai follower yang best2 supaya saya boleh dapat ramai kawan2 baru...

sebenarnya, Hakim ni hensem giler. hehek. ok ni tak tipu. tengok la style rambut dia, stylo beb. macam orang korea pun ada gak. ahakss. sila jangan perasan ya Hakim ;p. dengan putih melepak nya kulit dia, rambut depan panjang tutup mata, serius macam artis korea pulak saya tengok. hensem bro hensem. ;) tak boleh nak puji lebih2 sebab tak tengok lagi rupa sebenar si Hakim ni. kang tak pasal jadi indah khabar dari rupa. hehekk. ;p perangai si Hakim ni pulak gila2 la kot. tengok la entry2 dia, mesti ada bab yg gelak2. dan dia jugak seorang romantis. ye ke? hihi. mesti la, kalau tak, takkan ada LOVE STORY lak kat blog dia. keh2. ;)
dia seorang yg rajin berblogging. hey mesti la kan dah seribu lebih follower tu. bukan nya macam aku. =,= .

dah puas dah mencarut. skarang nak tag - wafaa & nash =)

saya kena menang sebab saya sesuai tuk awak. saya boleh menari tiang. muahahaha. ok sila jangan percaya.

ni pulak hadiah2 yg kata nya berjumlah RM150 tu. ^_^

Hadiah tempat Pertamax:Topup atau Wang Tunai bernilai RM40 @
All u can eat at PIZZA HUT @
Cenderamata bernilai RM60(Tudung,batu tudung dari vietnam) &
Post dan blog akan dipromoted secara habis-habisan

Hadiah tempat Keduax:Topup atau Wang Tunai bernilai RM30 @
All u can eat at PIZZA HUT @
Cenderamata bernilai RM50(Tudung,batu tudung dari vietnam) &
Post dan blog akan dipromoted secara sederhana-sederhanaan

Hadiah tempat Ketigax:Topup atau Wang Tunai bernilai RM20 @
All u can eat at PIZZA HUT @
Cenderamata bernilai RM40(Tudung,batu tudung dari vietnam) &
Post dan blog akan dipromoted secara kecil-kecilan

Manusia Bertuah (Untuk Tiga Peserta): Topup atau Wang Tunai bernilai RM10
Untuk 25 Penyertaan yang pertama:Anda berpeluang mendapat hadiah saguhati.

this is best bro. this is best. ;D

tarikh tutup 23 JULAI 2011.

22 June 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum :)

ni first time buat Worldless Wednesday. terasa nak buat sebab nampak seronok orang lain buat. cek dis out. :)



21 June 2011

watermark baru :)

Assalamualaikum! :)

olla olla. bertemu lagi kite ye. hehe. dah beberapa hari daku menghilang kan diri. sekarang dah kembali dengan kedatangan watermark baru. hihi. mahu tengok watermark itu? sabar ye. keh3. watermark ini ada hubung kait header. apa? tak paham? tunggu dan lihat ye. ngeh3

ini header yg digunakan sekarang.

mempersembah kan.....







tadaaaa!!

amacam? ada chantek tak? hehek. ni buat sendiri taw. cuma ada la orang yg mengajar nye. thanx kawan. hihi. watermark ni guna Adobe Photoshop. first time nih gune benda alah tu. haha. nampak sangat kejakunan di situ.sebenarnya nak guna Photoscape je. tapi tak boleh nak crop ikut suka hati je. dengan Adobe Photoshop, segalanya boleh. kalau korang perasan, perkataan 'pink site' tu diambil dari header. baru la match kan. kemudian di edit sedikit dengan menambahkan rama-rama dan bunga. yg penting semua nya pink. hoho.

kepentingan utama watermark ni untuk memelihara keaslian gambar dimana gambar tu milik kita sendiri. kalau ada orang copy gambar kita yg dah ditampal watermark, at least ada orang tahu yg gambar tu bukan lah gambar asli orang tu. kekreatifan watermark ni juga penting sebab orang akan ingat kita punya blog berdasarkan kita punya watermark. sebab itu lah saya ambil perkataan tu dari header. supaya orang sentiasa ingat. heheh.

ini gambar selepas ditampal watermark baru. :)



apa pendapat korang? kalau nak tempah pun boleh jugak. ahakss ;p

17 June 2011

result exam dah keluar la!

Assalamualaikum! :)

hari ni, 17/6 officially result exam uitm dah keluar. oh mai mai mai. sebelum cek tu, bukan main berdebor-debor. takut nih nak cek. tapi bile dah tahu, lega. kerisauan pun hilang. Alhamdulillah sangat-sangat bersyukur atas kejayaan yg diberi oleh Allah s.w.t. masih lagi dapat merasa nikmat d.l. terima kasih Ya Allah. bercakap pasal result ni, sebenarnya result saya jatuh gedebuk gedebak gedebuk. macam turun lif dari tingkat 13 ke ground floor tanpa henti. laju gitu. tapi masih diberi peluang untuk merasai d.l. tapi tak tahu la ada peluang tak nak dapat anugerah math. 

nampak gaya nya sem depan kena berusaha lebih lagi la. nak maintain kan cgpa. kalau boleh nak grad nanti first class. hihi. InsyaAllah kalau diberi peluang oleh-Nya. uitm skarang kalau bagi result dia bagi emel terus. senang haa. tak payah nak bersesak-sesak kat student portal tu. tadi cek result dalam pukul 11 pagi. dah tengok result tu, Alhamdulillah bersyukur kepada-Nya.

kawan-kawan yg berjaya tu tahniah diucapkan. sama-sama kita usaha lagi sem depan ye! :)

syukran Ya Allah! ^__^



16 June 2011

Happy Anniversary Blog!

Assalamualaikum. :)

semalam, 15/6 merupakan anniversary blog ni. dah setahun rupa nya saya ber-blogging ni. kejap betul rasa nya masa berlalu. teringat pulak first entry yg entah pape tu. kiki. jangan memandai nak cari ye! hahax. sempena annivesary ni, maka follower saya pun dah cukup 200. bukan main payah ni kumpul 200. yelar, i kan bukan blogger tegar dan femes. agagaga. jom kite kenal follower ke 200 tu. :)




nama beliau Aifa Afiqah Sulaiman. boleh klik header aifa untuk terus ke blog beliau. aifa ni pelajar sains kesihatan. dan yg penting dia pun suka pink jugak! hihi. sory la yunk takde hadiah la untuk u. hehek. yg lucu nye, boleh pulak kan dia tersilap followers ke 2000. ahahxx. mula2 tu dia tak perasan kot terlebih kosong. hihik. kalau betul la followers dah 2000 teruja betul i. nak 2000 konon, nak bukak blog hari2 pun malas. muehehehe

kepada kawan2 yg sudi singgah blog yg xseberapa ni, terima kasih bebanyak diucapkan. sayang korang ketat2. ekekeke


15 June 2011

ini cerita semalam

Assalamualaikum! :)

sebenarnya malam tadi lagi nak update, tapi sebab terlalu letih, lepas solat isyak terus tertido. nak bangun pukul 10 nak update blog, tapi tersangat lah mengantuk. terus sambung tido. hihi. sebenarnya takde la buat ape sangat letih sangat tu. seharian jadi driver. driver je pun. ahah. nasib baik la myvi tu auto, kalau manual memang boleh kejang kaki ni. MySpace

pagi semalam hantar adik bongsu pergi sekolah ditemani my mum. dah la saya tak mandi lagi mase tu. haha. nasib baik la adik yg bawah saya(mihah) yg praktikal tu tumpang kawan mak saya pergi kerja, kalau tak memang rushing laahh nak pergi hantar dia lagi. lepas hantar adik sekolah, pergi lak hospital (husm), umi saya nak pergi ambil ubat. tunggu dalam kereta je la saya ni, malu kowt nak turun. ekeke. dalam setengah jam jugak la tunggu. then balik rumah breakfast. lepas tu keluar pulak. masa ni dah mandi ok. kikiki. teman umi saya pergi tabung haji lak. lepas siap kat situ balik ambil adik balik dari skolah pulak. dah sampai rumah berehat2 la dulu.

then pukul 3.15 keluar pulak, ditemani adik bongsu. nak tengok rupa si driver tu? ni haa. 
bagus tak i berbaju kurung? kah3

adik bongsu yg ambil kan gambar. ni pulak gambar dia. nama dia idham.
amcam stylo tak? haha

ni nak pergi asrama adik lelaki yg form 2 sebab dia tertinggal barang. nak hantar barang kat dia lah ni. dah sampai sana dia tak balik skolah lagi, tunggu dia pulak. ni la adik saya. nama dia azim
mak aihh kalah si kakak, tinggi betul si adik tu. dia skarang form 2, skolah kat Maahad Muhammadi Lelaki. skolah arab. bagus dia ni. tak macam kakak dia. muahaha.

dalam kul 4 lebih dah siap jumpa dia. then nak pergi pulak ambil mihah abis kerja. asrama si azim dengan tempat kerja si mihah tu dekat je. so dlm 4.30 ptg sampai la. nak tunggu abis kerja pukul 5. setengah jam jugak la menunggu si mihah tu. dalm kereta je tunggu. saya dengan idham macam cacing kepanasan dah. haha. 

lepas ambil si mihah tu, nak pulak ambil kakak saya, ida, kat hospital belakang tempat mihah kerja. nasib baik  la dekat2 tempat kerja diorang ni. senang la nak hantar dan ambil kerja. dlm 15 minit jugak la tunggu dia. tapi hari ni tak payah ambil dia sebab dia on-call. jadi doktor busy u. kesian pulak kite ni tengok kat dia. working non-stop. setiap hari. kalau u all nak tahu kerja doktor macam mane, sila la ke blog dia. bermacam2 jenis cerita. boleh tengok kat saya punya bloglist kat tepi kiri tu. 

dah ambil dia bukan terus balik, singgah bank dulu, lepas tu stesen minyak, lepas tu masjid ambil umi saya. dalam 6.30 petang jugak la sampai kat umah. nasib baik sempat tengok Nora Elena. hahaha

sebenarnya nak citer saya jadi driver je. macam ni la kerja driver, kena hantar dan ambil dan menunggu. hahak. ni baru boleh update sebab baru balik rumah dari keluar pagi tadi. Alhamdulillah dah banyak perkara setel pagi ni. 

u alls yg kerja macam saya lak macam mane citer? share la sket. hihihi MySpace


10 June 2011

Sinopsis Samarinda - ANNISSA

Assalamualaikum.

*gambar dari cik google*

ecece nak buat sinopsis citer la pulak kan. ki3. korang tgk tak citer ANNISSA yg sedang hangat di tayang kan kat TV3 tu? best jugak kan citer tu. ok ni sinopsis utk korang semua. ye la, tak nak kasi suspen kann. hehee

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yg sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej, membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. mereka berjanji utk bersikap jujur antara satu sama lain, namun keakraban mereka mula goyah apabila syak wasangka bersemi dlm hubungan tersebut. memasuki tahun ke-5, Annissa Corporation mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. namun, kehidupan peribadi mula tercalar.
Anna(Fiza Elite) mengesyaki suaminya Farid(Zamarul Hisyam) sudah kahwin lain. wlpn Farid menafikannya, Anna tetap cuba siasat siapakah isteri ke-2 tu. Balkis(Rozita Che Wan) ialah sahabat yg paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. namun, Balkis telah khinati Anna dgn kahwin dgn Farid secara senyap2. mereka pandai simpan rahsia dan jadikan Kamal(Eizlan Yusof) sbg kekasih Balkis. Kamal tinggalkan Balkis apabila Balkis memintanya berpura2 jadi suaminya slps mengandung. maka, Balkis upah Imran menyamar sbg suami.
Sara(Aida Aris) ambil keputusan utk tarik diri drpd Annissa Corporation dan jauhkan diri drpd kwn2 nya slps disahkan hidap barah peringkat ke-3. sikap Sara yg banyak berahsia mula timbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila(Faradhiya) turut memusuhi Sara kerana bersimpati dgn Anna. apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna sedar dirinya telah mempersalahkan Sara selama ini. wlpn akhirnya Shila dapat hidu hubungan sebenar Balkis dgn Farid, dia tak sanggup beritahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. 

Bagaimana Anna berdepan dgn pengkhianatan sahabat karib yg ibarat adik-beradik kpd nya? jangan lupa utk menonton citer ni pada setiap hari Selasa-Khamis, jam 10.30 mlm hanya di TV3. ^__^

*dipetik dari Berita Harian*


07 June 2011

LAGU TEMA NORA ELENA

Assalamualaikum :)

olla korang. layan tak citer Nora Elena? ala yg kat TV3 tu. ape, tak tengok? tipuu. hihik. dalam citer ni banyak lagu tema yg best. tapi lagu yg betul2 menarik perhatian sy ialah lagu TERHENTI DISINI. lagu ni so sweett. jom kite layannnn~~ 

TERHENTI DISINI
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta






lagu ni boleh di download kat sini. best wooo. ;)
*lirik lagu kredit kpd liriklagumuzik*

06 June 2011

Lisa Surihani singgah blog!

Assalamualaikum.

*gambar dari cik google*


gempar gempar. korang tentu tak tak caya kan kalau sy cakap Lisa Surihani singgah blog ciput ni. Lisa Surihani bukan ke artis tu ke? nape dia nak singgah blog yg camni? LOL AAK. tapi betul. tak tipu. ni bukti nya.


first2 sy tengok2, berdebar2 jugak. betul ke ni? Lisa Surihani artis tu ke? disebabkan tak sabar, terus sy klik kat nama Lisa Surihani tu. jeng jeng jeng. daku tertipu! ingat kan betul2 Lisa Surihani. tapi orang lain. tapi takpe. disebabkan blog dia sangat lah cantik, terus tak jadi marah. ekekeke ;p

jom kita terjah blog "Lisa Surihani" tu. ^___^



05 June 2011

blog ini telah direview!

Assalamualaikum.

baru perasan yg blog ini telah direview. 2 hari yg lepas. sy sangat2 terharu ok. blog ini telah direview oleh Saya Bukan Samdol. thanx a lot girl! i really appreciate that. tak sangka rupa nya ada jugak orang yg berminat nak review blog yg xseberapa ni. hihi. 

cara dia view blog ni mmg sangat menarik. puji blog sendiri.hihi. panjang berjeler2. banyak woo dia puji sy. menyebabkan sy poyo sekajap. ekekeke. u're great sis. terima kasih banyak2. kalau korang nak tengok cara dia review, just klik here

dear Saya Bukan Samdol, thank you. syukran. origato. kamsahamida. xie xie. danke. ^___^


02 June 2011

1st Giveaway from Mizayusof.com

Assalamualaikum

olla. okay update bulan Jun dimulakan dengan GA. di masa kelapangan yg ada ni ada baik lah join GA kan. stakat ni tak bertuah walau dah join banyak GA. tapi kali ni diharap ada la tuah tu. hihi. GA kali ni adalah dari Miza Yusof. blog yg sangat cantik dan kemas. dah lama dah follow blog dia. hehe. (perlu ke mention?. ngeh3)


1st Giveaway from Mizayusof.com




untuk maklumat lanjut, klik je kat banner. :)

sekarang nak paksa depe ni join.  *surina* *whoda* *lala*

korang2 yg rasa nak join tu, sila la join. anda amatlah dialu2 kan. hihi ^__^