15 June 2011

ini cerita semalam

Assalamualaikum! :)

sebenarnya malam tadi lagi nak update, tapi sebab terlalu letih, lepas solat isyak terus tertido. nak bangun pukul 10 nak update blog, tapi tersangat lah mengantuk. terus sambung tido. hihi. sebenarnya takde la buat ape sangat letih sangat tu. seharian jadi driver. driver je pun. ahah. nasib baik la myvi tu auto, kalau manual memang boleh kejang kaki ni. MySpace

pagi semalam hantar adik bongsu pergi sekolah ditemani my mum. dah la saya tak mandi lagi mase tu. haha. nasib baik la adik yg bawah saya(mihah) yg praktikal tu tumpang kawan mak saya pergi kerja, kalau tak memang rushing laahh nak pergi hantar dia lagi. lepas hantar adik sekolah, pergi lak hospital (husm), umi saya nak pergi ambil ubat. tunggu dalam kereta je la saya ni, malu kowt nak turun. ekeke. dalam setengah jam jugak la tunggu. then balik rumah breakfast. lepas tu keluar pulak. masa ni dah mandi ok. kikiki. teman umi saya pergi tabung haji lak. lepas siap kat situ balik ambil adik balik dari skolah pulak. dah sampai rumah berehat2 la dulu.

then pukul 3.15 keluar pulak, ditemani adik bongsu. nak tengok rupa si driver tu? ni haa. 
bagus tak i berbaju kurung? kah3

adik bongsu yg ambil kan gambar. ni pulak gambar dia. nama dia idham.
amcam stylo tak? haha

ni nak pergi asrama adik lelaki yg form 2 sebab dia tertinggal barang. nak hantar barang kat dia lah ni. dah sampai sana dia tak balik skolah lagi, tunggu dia pulak. ni la adik saya. nama dia azim
mak aihh kalah si kakak, tinggi betul si adik tu. dia skarang form 2, skolah kat Maahad Muhammadi Lelaki. skolah arab. bagus dia ni. tak macam kakak dia. muahaha.

dalam kul 4 lebih dah siap jumpa dia. then nak pergi pulak ambil mihah abis kerja. asrama si azim dengan tempat kerja si mihah tu dekat je. so dlm 4.30 ptg sampai la. nak tunggu abis kerja pukul 5. setengah jam jugak la menunggu si mihah tu. dalm kereta je tunggu. saya dengan idham macam cacing kepanasan dah. haha. 

lepas ambil si mihah tu, nak pulak ambil kakak saya, ida, kat hospital belakang tempat mihah kerja. nasib baik  la dekat2 tempat kerja diorang ni. senang la nak hantar dan ambil kerja. dlm 15 minit jugak la tunggu dia. tapi hari ni tak payah ambil dia sebab dia on-call. jadi doktor busy u. kesian pulak kite ni tengok kat dia. working non-stop. setiap hari. kalau u all nak tahu kerja doktor macam mane, sila la ke blog dia. bermacam2 jenis cerita. boleh tengok kat saya punya bloglist kat tepi kiri tu. 

dah ambil dia bukan terus balik, singgah bank dulu, lepas tu stesen minyak, lepas tu masjid ambil umi saya. dalam 6.30 petang jugak la sampai kat umah. nasib baik sempat tengok Nora Elena. hahaha

sebenarnya nak citer saya jadi driver je. macam ni la kerja driver, kena hantar dan ambil dan menunggu. hahak. ni baru boleh update sebab baru balik rumah dari keluar pagi tadi. Alhamdulillah dah banyak perkara setel pagi ni. 

u alls yg kerja macam saya lak macam mane citer? share la sket. hihihi MySpace


8 pink people talk :):

Hans Hanis said...

hahahaha
memang patutlah tidur awal pun
penat tu dari pagi berkejar sana sini
:-)

Kisah Sekuntum Bunga Hitam

Efa said...

Busy2..=) nice la background polkadot..=)

kinn said...

Hans : memang pun. hehe. thanx sudi singgah sini. :)

Efa : memang busy. nice? thanx dear! ;)

Cik Mimie said...

wah, byknye destinasi..jd driver cik mimie leh x?? hehehe..

Nazifa M.Zali said...

hekhek jd driver Bulan nak?bulan banje apam polkadot =p

Budak Botak said...

He3, jadi driver lak ye...

Entry terbaru -> Great Knaresborough Bed Race - Perlumbaan Katil Yang Pelik Tapi Menarik... (",)

kinn said...

Cik Mimie : boless tapi kena upah la. hihik ;p

Bulan : nak blanje/ nak3! ;)

Budak Botak : hehe. kerja time cuti. :)

Mel said...

aiseh! name adek sy pun azim!