10 June 2011

Sinopsis Samarinda - ANNISSA

Assalamualaikum.

*gambar dari cik google*

ecece nak buat sinopsis citer la pulak kan. ki3. korang tgk tak citer ANNISSA yg sedang hangat di tayang kan kat TV3 tu? best jugak kan citer tu. ok ni sinopsis utk korang semua. ye la, tak nak kasi suspen kann. hehee

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yg sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej, membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. mereka berjanji utk bersikap jujur antara satu sama lain, namun keakraban mereka mula goyah apabila syak wasangka bersemi dlm hubungan tersebut. memasuki tahun ke-5, Annissa Corporation mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. namun, kehidupan peribadi mula tercalar.
Anna(Fiza Elite) mengesyaki suaminya Farid(Zamarul Hisyam) sudah kahwin lain. wlpn Farid menafikannya, Anna tetap cuba siasat siapakah isteri ke-2 tu. Balkis(Rozita Che Wan) ialah sahabat yg paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. namun, Balkis telah khinati Anna dgn kahwin dgn Farid secara senyap2. mereka pandai simpan rahsia dan jadikan Kamal(Eizlan Yusof) sbg kekasih Balkis. Kamal tinggalkan Balkis apabila Balkis memintanya berpura2 jadi suaminya slps mengandung. maka, Balkis upah Imran menyamar sbg suami.
Sara(Aida Aris) ambil keputusan utk tarik diri drpd Annissa Corporation dan jauhkan diri drpd kwn2 nya slps disahkan hidap barah peringkat ke-3. sikap Sara yg banyak berahsia mula timbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila(Faradhiya) turut memusuhi Sara kerana bersimpati dgn Anna. apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna sedar dirinya telah mempersalahkan Sara selama ini. wlpn akhirnya Shila dapat hidu hubungan sebenar Balkis dgn Farid, dia tak sanggup beritahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. 

Bagaimana Anna berdepan dgn pengkhianatan sahabat karib yg ibarat adik-beradik kpd nya? jangan lupa utk menonton citer ni pada setiap hari Selasa-Khamis, jam 10.30 mlm hanya di TV3. ^__^

*dipetik dari Berita Harian*


13 pink people talk :):

Unknown said...

semangatnye.. hehe..

yup2.. jumpe dgn kakak kinn.. keje sekali.. hehe

kinn said...

Amirah Adnan : harus semangat la. hahahh. tu r, dia ada oyak etep. duk sero dah mirah. hihi

Yatie Musa said...

yatie cume layan nora elena je hari2. cerita lain x tngk pun. kehkeh.

Fira hilwa said...

sukaaa jugak cte ni. lg bgs lyn cte ni drp nora elena yg tah pape tuh... huhu

nurul ain ozali said...

love dis story damn much la! napak gempak, mcm2 skandal ad! actress pom lawa2 beb! haha..cun ahhhhhh

Unknown said...

cerita kawan makan kawan la ni ye..
tak pernah tengok..:p

saya bukan tomato said...

cite ni leh tahan best jgk kan .. ^^

kinn said...

Pinky Pixie : nora elena pun kin layan ari2 jugak. hihi :)

MissF ; tapi sakit hati tgk citer ni. huhu ;p

nurul ain : yup3 memang pun! hihi :)

diana : tgk la. best taw! hihi ;)

saya bukan tomato : yes it is! :)

Noor Fatin said...

best cite ni. geram tgk zamarul hisham tu. haha

kinn said...

NOOR FATIN : kin pun geram tgk dia. ahahh

Budak Botak said...

Alamak Budak Botak sorang ja lelaki yang komen kat sini, he3...

Entry terbaru -> Ini Jadinya Kalau Tak Belajar Jawi... (",)

Unknown said...

TAKPew budak botak..
aku teman ko utk komen kat sini..
huhuhuh...
wah..cm best jerk citer ANNISA ni..
tapi, bahaya betul kalau pompuan main tikam blkg..
snggup kawin laki kwn sendiri..
ish..ish..ish...

Hanim Mahali said...

cerita ni memang best... banyak pengajaran.... sebenarnya dengan kawan sendiri pun belum tentu kita boleh percaya 100%... bahayossss....